Sunday 30 December 2012

Sujud



Banyak lagi perlu aku cari
Sepanjang perjalanan abadi
Ku tahu banyak noda tidak tercuci
Berona hitam, busuk dan kotor
Ku takut dengan janji Illahi
Dan tidak ku mahu berpaling atur


Sujudku pada kuasaMu
Kau Yang Satu
Tetapkanlah hatiku 
Amin



Saturday 10 November 2012

Rasa.


Kepada Allah.


Hari ini hatiku disakiti oleh seseorang. Dia terlalu sombong dengan kepandaian yang Kau anugerahkan kepadanya sehinggakan pendapat aku diketepikan. Bukanlah aku berdendam, tapi aku berharap semoga Kau tunjukkan pengajaran kepadanya agar jangan terlalu takbur dengan kurniaanMu.


Aku tidak menangis apabila dimarahi, aku tidak marah apabila dijauhi, dan aku tidak berdendam apabila disakiti. Tapi dari dahulu sehingga sekarang, aku kuat kerana aku selalu yakin yang Kau akan buktikan siapa yang betul dan siapa yang salah akhirnya. Semakin ramai yang membenci, semakin ramai juga yang menyayangi. Aku takkan mengeluh jika setakat ini rezekiMu kepadaku.


Masih jauh perjalanan aku di sini. Semoga Kau mengurniakan semangat yang kuat kepadaku.  


Amin.


Monday 5 November 2012

Syurga.


Cabul langkah percaturan
Kiri dan kanan sedikit tidak kau hiraukan
Kau robek tapak sabar
Apa kau fikir kau terlalu besar?

Ramai memandang tidak percaya
Namun, kau bangga mendabik dada
Konon kau menongkah arus dusta
Kau gunakan agama sebagai senjata

Bukankah Islam agama yang mudah
Mencari saudara, menolak amarah
Tapi cerca nista yang kau hamburkan
Kini kau kata itu ajaran tuhan?

Apakah sudah hilang peradaban
dalam diri seorang perempuan?
Sudah hancurkah rasa rendah hati
dalam diri seorang lelaki?

Kita sama di mata Allah
Amalan yang membezakan setiap darjah
Jangan kau bongkak kuatnya agama
Belum tentu jaminanmu syurga.




Wednesday 31 October 2012

Dry Heart. (terjemahan secara terus daripada bahasa melayu)


Situasi:


BF:     Helo! ha, dah siap ke belum?

GF:     Kejap kejap, nak keluar dah ni.

BF:    Lambat! Saya pegi dulu la, nak jumpa member dulu. Awak tunggu la, sejam lagi saya datang                       balik.

GF:     Tapi.....saya dah siap. Tinggal nak keluar je ni. (sambil bukak pintu pagar)

BF:     Vrooommmmmm!!!! (Dah jalan....)

GF:     Sobsss.... :'(



Yes, he is my bf. Hati kering. But tak kisah la. Pengajaran: Siap on time. Kalau tak, tinggal!



Sekarang, rasa beruntung tak bf sanggup tunggu awak bersiap lama-lama? So, kalau si dia membebel, awak tahan jela telinga tu eh. haha..



Bye!







Monday 29 October 2012

Sedia untuk Bertatih.


Cari aku dalam keterbatasan waktu
Meniti norma-norma kehidupan
Gelak tawa yang semakin sayup
Udara yang semakin sukar untuk dihirup
Senyap dan diam,
Juga resah, membungkam di dadaku


Ku kira percaturan masa semakin menghimpit aksaraku
Ku takut melebihi kemampuanku
Susur galur beriak sumbang
Sengaja aku biar pincang
Agar tidak terhanyut jauh
Dalam meraih arah tuju


Cari aku dalam warna warni kerinduan
Membilang setiap satu kenangan
Aku relakan diri menipu hati
Mengoyak sanubari
Melihat sisa-sisa kehidupan yang telah pergi
Tapi aku janji aku akan datang kembali


Sungguh, jalan ini yang aku pilih
Maka aku sedia untuk bertatih.




Saturday 29 September 2012

Buruk. Cantik.

Orang yang cantik
Bila memandang pada yang buruk
Adakah pandangan kamu ikhlas?
Atau senyum sinis mula terhias?

Segala ciptaan Allah adalah cantik dan indah
Tiada yang lebih, tiada yang kurang
Yang membezakan manusia bukan paras yang jelita
atau susuk yang menawan
Tapi iman, amal, dan budi

Allah maha besar
Selalu ingatkan ini kepada aku
Amin...







Thursday 30 August 2012

Cinta Hati





Aku bukan pencinta haiwan. Tapi pelik, macam mana aku yang bukan pencinta kucing tiba-tiba boleh terjatuh sayang kat depa ni.. hehe.. Kuasa Allah. Sekejap je boleh terbalikkan hati aku. Sekarang ni bila jauh pun aku teringatkan diorang. Weird huh? :p





Monday 27 August 2012

Jus Belimbing di akhir Ramadhan



Aku bukan jauharimu yang tegar
Mengenalimu cuma sebagai sahabat kakak
Hanya dapat ku visualkan daripada penceritaan
Kadang ku simpan, kadang samar di fikiran


Kakak banyak memuji kamu 
Tawa kakak jarang mengalah bila menyebut tentang kamu
Sedih kakak sekejap dengan nasihat kamu
Kakak begitu menyanjung kamu, itulah interpretasiku


Ramadhan tiba menyambut umat
Tetapi kakak selalu pulang lambat
Ku kira kerja menimbun menjadi punca
Rupanya melawat kamu di hospital setelah berbuka puasa


Seminggu terakhir Ramadhan
Keadaan kamu semakin membimbangkan
Kakak minta kamu bertahan
Syawal bakal menjelma dan kakak akan bawa kamu jalan-jalan


Kau pinta kakak urutkan kakimu
Kakak buat
Kau pinta kakak melawat kamu selalu
Kakak buat
Cuma satu, 
Pintamu supaya kakak belikan jus belimbing buatmu
Tidak kakak tunaikan
Doktor berpesan buahan patut kamu jauhi
Kerana itu kakak berkeras tidak mahu membeli


4 syawal
Kau sudah tidak boleh bersuara 
Jari jemarimu keras tidak boleh merasa
Kakak mula menangis
Tapi kakak cuba optimis
Dalam senyum kau memberi isyarat
Meminta kakak supaya lebih kuat


5 Syawal
Setelah 24 jam bertarung nyawa dalam koma
Kamu akhirnya pergi buat selamanya
Kakak menggoncangkan perlahan bahumu
Kakak masih menagih janji-janjimu untuk sihat seperti dulu
Berlagu-lagu tangis kakak sehingga rebah dalam sendu 


Doktor memeriksa seluruh badan
Sambil menitipkan waktu kematian 
Dengan sisa iman, kakak menghubungi semua kawan-kawan
"Shawal sudah tiada", pesanan bersama tangisan


Kakak masih terasa dengan kehilanganmu
Tapi di saat-saat terakhir nyawamu,
kakak puas kerana dapat menemanimu
mengharungi Ramadhan  dan Syawal terakhir bersama denganmu


Sesungguhnya sedikit pun kakak tidak terkilan
Jus belimbing untuk kamu tidak dibelikan
Kerana kakak mahu menjaga kesihatanmu
Kakak harap kamu faham tentang itu


Tenanglah kamu di sana
Kami akan selalu mendoakanmu ....




Al- Fatihah buat abang Ahmad Shawal Amir Rahman yang telah meninggal dunia kerana lymphoma dan kanser darah.



" Ya Allah, tempatkanlah hambaMu ini di sisiMu. Sesungguhnya dia banyak menggembirakan manusia di sekelilingnya. Maka, gembirakan lah dia dengan memuliakan darjatnya di sisiMu. Amin ya Rabb al 'alamin..."















Saturday 28 July 2012

Filem Melayu.

Assalamualaikum warahmatullah :) 


Lately makin banyak aku tengok cerita-cerita Melayu yang kurang bermutu kat televisyen. Aku bukan anti cerita Melayu ye, aku layan je since parents aku mana layan cite omputih sangat. Tapi, kalau dah sampai mengarut sangat tu, aku mula la sakit hati nak tengok. 


Yang paling aku tak boleh nak terima bila cerita berkaitan dengan apa yang aku belajar. Contoh, drama Natasha yang si Fasha Sandha berlakon dulu tu. Apa jadahnya bila anak Jalaluddin Hassan dalam cite tu mati, Fasha Sandha pulak dipersalahkan, konon-konon dia bawak sial. Sebab sial Fasha dalam cite tu, anak Jalaluddin Hassan yang cinta mati dekat Natasha jadi arwah disebabkan kesialan tersebut. Dipersalahkan tu takpe lagi kot, tapi didakwa di mahkamah ye! Ok Natasha, tunggu surat peguam dari aku sebab kesialan ko dah membunuh anak aku. Eh ni kalau orang luar tengok cite ni mau tergelak terguling-guling! Gobloknya la peguam dari Malaysia sampai boleh terima kes ni kan? Ayoyo.. Menjejaskan kredibiliti guaman la weh..



Ye ye, aku tau banyak je cerita omputih and hindustan yang berlebih-lebihan dalam penyampaian filem diorang tu. Contohnya, cerita Incredible Hulk yang aku tengah tengok sekarang ni. But hello, sains tu terlalu luas untuk diteka kemampuan dia ye. Apa2 pun boleh jadi dalam sains. Cerita Koi Mil Gaya lakonan Hrithik Roshan and Preity Zinta, superb! Aku salute cerita XX ray yang Aziz M. Osman buat dulu tu. Aku suka cerita Senario XX yang Fazura jadi heroin tu. Ala yang Apek and Wahid Senario jadi alien tu. Kenapa? Sebab itu lah sains. At least filem Malaysia cuba untuk berdiri sama taraf dengan movie dari luar. Kita tak boleh berlebih-lebihan sangat sebab negara kita majoriti citizens are Muslims.  Nanti orang cakap percaya makhluk halus and alien ni macam orang takde agama pulak. The point is, sains tu subjektif, unpredictable. But laws are facts, fix punishments. So please, buat kajian dulu ok before approve cerita2 yang boleh bagi bad impression dekat orang luar.



Ouh lagi satu, please please, cerita hantu dari Malaysia, memang ada bagusnya buat, tapi jangan lah melampau-lampau sangat pengeluarannya. Dah nanti orang ingat negara kita kaya dengan hantu je. But aku suka cerita Khurafat yang Shamsul Yusof arahkan tu. Nampak kesinambungan dia. At least aku tau kenapa hantu tu ganggu dia. Bukan sekadar hantu bangkit dari kubur sebab nak balas dendam. Tapi rupanya Shamsul tu dah guna-gunakan Sabrina Ali guna roh orang mati. Bila Sabrina mati, roh dia tak tenang la. 



Cerita indonesia yang drama-drama aku tak layan. Memang aku tak minat pun. Banyak pengarutan yang mengarut. Sorry! Tapi movie diorang pasal keagamaan memang marvelous! Tak perlu bersentuh-sentuhan, mesej dah cukup kuat untuk disampaikan. Yang pasti, pengarah-pengarah kat Malaysia banyak yang tak yakin dengan pembawaan konsep yang macam ni. Kena ada jugak peluk-peluk, cium-cium, gesel-gesel baru cerita jadi fantastic. Yeah right. Aku rasa after this kalau ada jugak adegan2 macam ni, patut nya haramkan je tayangan. *Emo. 


Sekian :) 















Saturday 21 July 2012

Petua menjaga kulit muka.

Assalamualaikum warahmatullah :) 

Selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama memperoleh berkat daripada Allah s.w.t. Amin :)


Ok lah, short entry je ni. Pagi-pagi tadi after mandi, aku saja nak try apply tomato kat muka. Petua ni aku dapat daripada ex bibik cousin aku. Untuk hilangkan jerawat dan haluskan kulit muka. Serius, muka beliau sangat-sangat licin. Baru sekarang aku berkesempatan nak cuba. Hari pertama try tak boleh la nak nampak efek kan. But, memang rasa la jerawat macam mengecut. hehe..Akan ku cuba lagi, tengok berkesan atau tak, dan baru aku update kat sini la. Segan la pulak nak cerita lebih2 sebab baru nak try. hihi :p


Cara-caranya mudah saja. Ambil sehiris tomato, pastu gosok lembut di muka. Kalau tak puas hati, boleh apply lagi sehiris. Then biar kering dalam 30 minit. Lepas tu basuh dengan air suam.


Lepas tu, petang tadi aku try apply putih telur kat muka. Petua ni untuk tanggalkan semua kekotoran di muka. Erm aku rasa ni memang berkesan la. Tertanggal semua blackhead whitehead aku. Buat seminggu sekali je. Cara ni depends la kat jenis kulit masing-masing.hehe.. Takpe, nanti aku cuba lagi, dan akan diupdate lagi. 


Cara-caranya:
1-   Asingkan putih telur dan kuning telur. 
2-   Putih telur dikacau dalam mangkuk sampai sebati (berbuih). 
3-   Buih tu sapu di muka sehingga rata. Biar kering dalam 5 minit. 
4-   Sapu lagi layer yang kedua. Then terus letak tisu atas muka. 
5-   Lepas letak tisu, terus apply layer ketiga atas tisu. Biar kering dalam 30 minit. 
6-   Tanggalkan tisu perlahan-lahan dari bawah ke atas muka.
7-   Basuh muka dengan air suam.


Ok, selamat mencuba! :D





Thursday 19 July 2012

How could you be so selfish~


Assalamualaikum warahmatullah :)

Selfish. Selfish tu kadang2 bagus. Tapi kadang2 boleh buat orang naik muak. Contohnya, bila kau dah janji nak keluar dengan kawan2 kau, tapi tiba2 kau cancel sebab boyfriend kau ajak jumpa. Lepas tu kau nak conceal perihal kau nak pegi dating dengan boyfriend, kau sanggup tipu kawan2 kau dengan alasan2 tak logik. Friend, I don't mind u nak pergi dating, tapi boleh kot bagitau benda yang betul. Apa kes nak tipu2 bagai? If kau tak nak lepak2 dengan kitorang since dah last sem degree ni, apalah daya diriku mahu menghalang. Tapi ralatnya hatiku ini kerana dirimu memilih kekasih lebih daripada kawan2, dan bertambah terluka jiwaku apabila kau menipu diriku dengan alasan2 basimu. Aku kini menjadi sangat tegar untuk tidak mempedulikanmu. Sebab aku sangat2 benci orang menipu aku... Betapa selfish nya kamu :'(


Sememangya aku tak kisah kalau ada kawan2 yang mementingkan boyfriend lebih daripada kawan2, sebab dia dah besar, dia boleh pilih jalan hidup sendiri, dah boleh fikir. Tapi at some point, aku rasa nak sayang boyfriend pun kena berpada-pada la. Aku pun ada boyfriend, tapi takdela sampai macam tu. Boyfriend aku pun faham kalau aku dengan family or friends, dia takkan kacau aku. 


Aku teringat pernah sekali nak buat kerja group, tapi sorang kawan aku ni tak sampai2 rumah aku untuk buat kerja sama2. Bila aku tanya, dia cakap tengah dating. Fine, aku sambung buat kerja sorang2. Sepicing pun aku tak marah. Tapi bila sampai ke malam baru nak datang, time tu aku berasap. Aku ni dah berjanji dengan boyfriend aku nak pegi tengok wayang terpaksa cancel sebab time tu baru kau terhegeh2 nak datang rumah aku. Sumpah annoying gila. Tapi memikirkan kawan, aku sabar je. 


Aku tahu banyak benda walaupun kau tak bagitau. Aku diam sebab aku tunggu kau mengaku. Memang lah nampak aku macam tak kisah, buat muka takde perasaan apa semua, memaafkan semua tingkah laku, tapi sampai satu masa bukan semua orang boleh sabar dengan perangai manusia macam ni. Kalau aku sebagai kawan pun tak boleh terima, apatah lagi orang lain. 


Semoga kau bahagia dengan cara kau. Tapi ingat la siapa dengan kau waktu susah dan waktu senang. Don't take them for granted. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah. Ok!









Tuesday 10 July 2012

Lukisan misteri~








Siapakah gerangan yang berani menconteng arang ke atas attendance list aku ni??


Dah lah guna pen! Sabar jela..-_-"




Tiap-tiap minggu aku kena berusaha cari liquid paper nak padam masterpiece sahabat aku ni.. Tanak mengaku pulak tu!!! 0_o



Ok sambung study balik. Musim exam.. InsyaAllah lepas habis exam, akan aktif berbloging seperti biasa.. :D



Sekian.




Sunday 6 May 2012

Eat eat at Seoul Garden (makan-makan di Seoul Garden)





























Akhirnya dapat jugak makan kat Seoul Garden dengan 3 orang ni. Plan daripada last semester..haha 0_o



Thanks guys for such a woderful memory :')




Jumpa esok kat kelas! 













Tuesday 1 May 2012

Kawanku kahwin lagikkkkkk!!!





Congratulations to Nur Farhanah Ramlan! 

Dah kahwin pun hot stuff sorang ni..hihi :)

Bertuah la Encik Amin dapat wife lemah lembut, cantik dan bergaya :D :D

Cepat-cepat dapat anak XD


BYE!!! 




Friday 27 April 2012

KALI INI ...

Dugaan berat kali ini.
Doakan aku kuat kali ini.
Bukan aku lemah, tapi tak cukup tabah kali ini.
Sabarkan aku kali ini.
Pinjamkan aku bahu kali ini.
Bantu aku kali ini.

Tak tahu dah berapa banyak hati mengalah kali ini.
Tak tahu dah berapa banyak air mata tumpah kali ini.
Tak tahu dah berapa banyak insan mendengar kali ini.

Semoga Allah tunjukkan aku jalan kali ini.
Hanya kali ini.


Sunday 15 April 2012

D'ella BeautyQ- screams for hijabs, ladies!!!!

Assalamualaikum warahmatullah! Hello everyone :D :D :D


Fiuhhh! Setelah beberapa minggu tanpa sebarang update di blog ini, akhirnya bernyawa jugak.hehehe.. Ok lah, for today's entry tanak membebel banyak. Just nak promote page along aku. Haa, along aku dah terlibat dengan dunia business dah lama. Baru sekarang berminat nak jual selendang. So sekarang ni, korang semua WAJIB tengok shawls yang along aku jual. Tak tipu, memang cantik. Pada aku, memang berbaloi la beli. Puji bukan sebab along aku tau, tapi ikhlas ni.hahaha.. Ni page beliau.





Yang jadi model tak lain tak bukan cik Yat la.. hehehe..










Ada lagi corak2 lain kat page along aku. Kalau minat corak shawls kat page along aku tu, jangan tunggu2 lagi, terus je pilih and beli..wahahaha! ^_^




Ok bye! :D







Saturday 24 March 2012

Orang ketiga dan confession.


Assalamualaikum warahmatullah~ Tak jawab dosa, mati seksa, masuk neraka! hehehe.. :p


Hari ni aku rasa nak bercerita pasal orang ketiga. Eh dah kenapa aku tetiba nak ceghita pasai ni? Eh suka hati aku la. Blog aku..hihi :p Aku ada beberapa pengalaman buruk dengan orang ketiga. Tapi aku pun dikelilingi oleh kawan-kawan yang tegar untuk menjadi orang ketiga. Acane tu? Aku selalu menghadapi dilema perasaan bila jadi consultant tak bertauliah kepada kawan-kawan yang tegar jadi orang ketiga ni. Perit nak bagi nasihat, tapi aku gagahkan jugak la sebab kawan-kawan punya pasal. Tapi apa yang aku dapati, tak semua orang ketiga tu jahat. Well, cinta itu buta kan? 


Aku jadi cair seperti ais krim bila tengok mata kawan-kawan yang bercahaya bila cerita pasal boyfriend or girlfriend diorang, tapi diorang sendiri tau yang pasangan diorang tu dah ada steady girlfriend or boyfriend. Apa yang aku boleh cakap kat diorang, kalau betul-betul sayang, suruh lah orang tu putuskan steady bf/gf diorang dengan elok. Jangan curang. Aku memang pantang dengan orang yang curang-curang ni. Nak tepuk muka kengkawan sendiri tak sampai hati, tu yang rasa nak tepuk muka bf/gf diorang tu. Eh emo XD


Aku pernah ditinggalkan several times sebab ex bf ada orang lain. Knowing me, I'm not that kind of person yang kisah dengan siapa bf nak berkawan. Aku memang bagi 100 percent trust kat bf. Nak berkawan dengan perempuan lain pun aku tak kisah. Aku tak tahu kenapa aku macam ni, kalau perempuan lain mungkin dah kena maki agaknya bf diorang tu. Tapi aku tak. Tahu-tahu je nanti bf dah ada orang lain, siap letak kat fesbuk in a relationship with Siti Aminah (bukan nama sebenar). Lerr kau dah ada orang lain ke mat? Apasal tak bagitau?? Grrrr! Aku mesej bf (waktu tu la) dengan perasaan amarah, and cakap "Bro, lu ada awek baru, lu tak cakap kat gua?? Ni buat gua panas hati ni! Lu cakap lu nak putus dengan gua sebab lu nak jaga mak lu sakit la, nak tumpu kat pelajaran la, nak jaga kucing sakit la, nak kerja dulu la. Alih2 gua tengok lu dah ada awek lagi cantik dari gua?? Ni gua rasa nak tumbuk muka lu ni!"


Lepas tu, bf time tu terkejut beruk la sebab aku tak pernah marah. Sekali meletup memang macam bom jangka la.Time tu la sibuk nak mintak maaf lah, apa lah. Sebenarnya aku tak marah pun dia ada orang lain. Yang buat aku marah sebab dia tak confess kat aku pasal feeling dia yang dah berubah tu. Mengaku je, aku tak kisah. Apa boleh buat, takkan nak paksa orang sayang kita pulak kan. Tapi lepas tu, aku boleh baik lagi dengan ex bf as a friend sebab aku tak suka dendam2 ni. Siap wish semoga berbahagia lagi kat diorang bila ada orang lain. Lepas tu gf baru diorang pulak siap jadik friend aku kat facebook. Aku ok je. Sememangnya aku sangat lenient kan? Kalau jadi lecturer ni memang students semua dapat A+ la..haha :p


Entah la, pada aku kalau betul dah suka kat orang lain, jangan lah curang. Confess je. Kalau aku boleh faham, perempuan lain mesti boleh faham punya. Ecece! Kalau ada kasut tumit 6 inci melayang kat korang, jangan salahkan aku! hihihihihi :D


Kepada yang ditinggalkan, tak ada masalah. Korang akan dapat lagi better dari ex bf korang. Trust me. Stop crying, lap hingus meleleh-leleh tu. Don't worry. Cinta ini tak payah dicari, biar dia datang sendiri :D


Bye!




Monday 12 March 2012

Banjir di Hulu Langat :'(


Asslamualaikum warahmatullah!


Hulu Langat banjir teruk. Banyak kawasan yang dilanda bencana alam ni. Kampung aku- Kampung Sungai Semungkis pun tak terkecuali. Kesian, ada family yang baju pun habis hanyut. Mak aku bagi sikit baju-baju lama kitorang. Harap-harap boleh pakai.


To my friends yang dalam kesusahan sebab banjir kali ni, sorry sangat-sangat tak dapat ziarah and tolong korang. Aku pun busy tolong mak aku distribute makanan kat flood victims kat Semungkis tu.


Oh yea, lagi satu. Aku berdoa Allah terangkan hati-hati manusia yang tak reti bersyukur dan bersabar atas musibah ni. Patutnya bila jadi macam ni, take time la untuk muhasabah diri, and think kenapa Allah bagi kesusahan ni. Jangan emosi. Ni tak, almost setiap hari ada je manusia yang tak puas hati datang rumah aku marah-marah sebab lambat dapat bantuan. Kesian mak and abah, tension diorang. Aku pun tension jugak, sebab mak and abah tak bagi aku explain kat diorang yang bising-bising tu. 


Tapi fikirlah, bukan korang je mangsa banjir. Ramai lagi! Bawak-bawak lah bersabar. Ini ujian kecil je dari Allah. Kalau lepas ni ada lagi mulut-mulut longkang yang tak reti nak cakap elok-elok kat facebook abah aku and YB Mail, aku printscreen conversation korang, lepas tu aku paksa abah aku report kat polis and charge korang atas dakwaan defamation and harassment! GEDDIT?? Ceh! Macam depa baca! T_T


But seriously, sampai sekarang I tak faham la, macam mana orang yang bising-bising ni sempat lagi berfesbuk bagai waktu rumah tengah rosak teruk tu? Bukan sepatutnya diorang berkemas ke? Tapi diorang bising sangat nak bantuan cepat-cepat? Sampai nak suruh YB berenang pergi rumah diorang. Siap ada masa lagi nak datang buat kecoh kat rumah aku. Kak, cepat gila bersihkan rumah?? (Seriously??)


Aku tengok teacher Karimah yang confirm rumah terukkk sangat tenggelam dengan air cool je hari tu. Termasuklah dengan beberapa nenek-nenek gorgeous yang sangat sporting dan sabar menerima ujian ni. Tenang hati aku tengok. Tapi yang muda mudi ni.....HAIH! Malu sikit kat warga-warga emas ni boleh tak?? Depa lagi takda kudrat dah. Yang muda-muda ni ada kudrat lagi, toksah nak dok hingaq la! Ok, aku tak paham kenapa tetiba aku cakap utara.


Ni kat rumah teacher Karimah


To all victims, harap bawak bersabar ok. Kita serahkan semua kepada Allah. Allah lebih tahu. Allah takkan menduga hambaNya dengan dugaan yang kita tak boleh hadapi. Be strong ! :)


Ok bye!






Saturday 10 March 2012

Hijab's Alert!!!!!


Assalamualaikum warahmatullah! :D

Ini saya.



Nampak tak tu??


Cantik kan?? Err..... I mean selendang tu...cantik kan? >,<


Tak tipu, memang selendang  ni best. Aku beli kat kawan aku. Senang je nak pakai. Banyak dah aku beli kat beliau. Boleh jugak kalau nak custom made panjang selendang ni..So no worries ok !


Eh eh! Tudung pun ada tau.. So kepada lelaki-lelaki sejati yang berminat nak hadiahkan kepada gilfrens anda semua, boleh la hadiahkan selendang or tudung yang kawan aku jual ni.. 


Ok, sesiapa yang berminat nak beli selendang or tudung yang cantik, bergaya, dan masih menutup aurat, boleh lah layari page kawan saya ^_^




Ok bye! 




Thursday 1 March 2012

My result shows my efforts :')


Assalamualaikum warahmatullah :) Hello friends :D


Last semester; semester 5 was very stressful. The most toughest semester I have ever had. Loads of work, assignment, project paper, and etc. And together with all that workloads, there was me; a very fussy and precise person. Seriously. When it comes about work and assignment, I will be a very strict and particular person. It was hard to please me. But, believe me, I don't treat MYSELF as kind as I treat my group mates. I myself am not easily satisfied with my work. Haih....


Last semester, my housemates were rarely seeing me sleep in my bed. Plus, I always staying up late until 3 or 4 am doing my work! There! An unhealthy lifestyle of mine. Do not try this at home ok! :p 


Nevertheless, despite all the obstacles, I managed to raise my pointer in last semester's examination! Yeayy! Alhamdulillah :') My efforts have paid off! Hehehe.. 


I'm looking forward to a better result next semester. With a little more effort, InsyaAllah I will get it, right? :D 


Thanks Allah for making me a stronger person each day. Thanks mommy and daddy for always supporting me. Thanks Encik Razin for always being there for me. Thanks friends for always being good listeners for me.  I value each one of you! (Wait! An award winning speech, NOW?? Lol! ) XD


I will try harder, eh no! I will try SMARTER next semester. InsyaAllah :D


P/S: Study SMART, not study HARD. 






Friday 24 February 2012

Kek Kasih Sayang :)


Ini Faralina, my best friend. 



Aku panggil beliau Cik Yat. Dia pun panggil aku Yat. Seperti kembar bukan? Tapi tidak. Fara lebih cantik. hihi..


Kami tak pernah mengalami krisis identiti sebab panggilan rasmi ni antara kitorang je, orang lain tak panggil kami macam ni.


Anyway, Cik Yat ni bukan sahaja baik dan cantik jelita, malah beliau juga seorang yang hebat memasak, maklum lah degree student in Pengurusan Seni Kulinari la katakan :D 


Nak dijadikan cerita, kakak cantik kita ni teramat la tahu aku ni tersangat la suka makan kek. Oleh itu, beliau selalu buat kek untuk aku dengan niat nak bagi aku gemuk. 


Baru2 ni beliau tiba-tiba buat "surprise!" dengan menghantar satu kotak kek comel kat rumah aku. Terharu la sekejap kan :')






Meh kita intai isi dalam kotak ni..JENG JENG JENG!!!




Comellllllllllll ^_^



TADAAAAA!!!







Nampak tak nama "Yat" tu? Nampak tak? Nampak tak??




Nah close up shot.






Aku sempat snap picture sebelum kek ni menjadi mangsa korban perut manusia2 di rumahku ini..hihihi ^_^


Hokkeh! Rakan-rakan sekalian! Kalau ada hati nak order kat cik Fara kita ni buatkan kek yang comel dan sedap seperti ini, boleh la inform me ye. Cupcakes pun Cik Fara boleh buat jugak :D


Aip! Order kek sahaja ok! Order number phone tak boleh. Nehi nehi! Nanti lebam bijik mata kena tumbuk dengan boipren dia. >,<


To Cik Yat, thanks so much for this lovely cake. Rupa kek tak penting, your love for me is all that matters. 


I heart u !

:D









Thursday 16 February 2012

RAYYAN


Ini Rayyan.




Tak percaya? Ok tak apa. Kita tanya dia sendiri. Siapa Rayyan, angkat tangan!



See?? Hye Rayyan, I am your daddy's cousin. Call me Angah cantik.

Erm, Rayyan suka buat apa? Hah? Rayyan suka menari sambil main gitar??










WAIT!



Okay........ What's with that look?


Yes, that look!



JENG JENG JENG!!



Tott tett tott tett! (jalan terkedek-kedek)




Tot tet tot tet!




Tot tet tot tet tot tet!!



GOTCHA! Angah snap picture Rayyan curik2! 



Jap, macam best pulak tengok webcam nih.......

ZUP!!


Rayyan usha line belah kiri. Mommy is watching.



ZAP!


Rayyan usha line belah kanan. Wan is watching.


Common guys! I'm a big guy la...


Ah tak kira! Nak usha gak laptop Angah cantik ni..


 GET SET!





READY......



GO!!!



ZRAPPPPPP!



Jap, camana gua boleh lupa Angah cantik ada kat sebelah gua ni??

Now, gua terpaksa pura-pura innocent pulak!



Ini tidak adik tidak adil bagiku........





Ini tidak adil tidak adil baginya.......................


Sigh..~



Anyway.......

my name is Rayyan, and I'm cute.

Thank you.



:D







Sunday 12 February 2012

Cikgu kah daku?


Assalamualaikum warahmatullah..Hello beautiful people! :D

Cuti ni aku jadi replacement teacher for Form 3 students untuk kelas BI, and also for Form 2 students untuk subjek Sejarah. Kenapa tak ajar subjek lain?? Errr subjek matematik? Ok, rule pertama kalau nak mintak student Law ajar tuisyen, jangan sekali-kali mintak kami ajar subjek yang berkaitan nombor! Aku tak kata semua students Law macam ni, tapi kebanyakannya la.. Dan dalam kebanyakan tu, aku adalah salah seorang insan yang tak berdaya yang dipilih oleh Allah...sob sob....T_T Sains?? Errr, sorry saya memang tak minat sains dari dulu......*kuis2 jari kaki kat karpet...... Geografi? Minat jugak..Tapi kena lukis2 peta pulak..Maaf, jejari runcing i tak berseni. I jejari kayu je. Eh. 








And and and, I jadi ustazah pada setiap hari Rabu pukul 9 till 10 pm and hari Sabtu 1030 am till 12.30 pm. Hambekau! Aku melarang sekeras-kerasnya dan menentang bermati-matian (ok over!) my only student tu panggil aku ustazah. Eh eh dia nak panggil cikgu pun aku tak bagi tau. Aku ingat nak suruh dia panggil aku Si Cantik je. OUCHHH!! Siapa baling batu sungai kat aku ni???!!! OK FINE! Aku suruh dia panggil aku akak je..Kak Husna. He is my only student sebab beliau ni special case. Why? Beliau memang agak ketinggalan compared to students lain. So terpaksa bagi private tutor kat beliau. Geddit? Good. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses membaca Iqra' :D







Amacam? Ada gaya seorang guru ganti di pusat tuisyen tak? *Flip hair sambil angkat kening. >_<

Cikgu dah cecantik snap picture sebelum pegi kelas tadi. Students pun selalu confuse umur cikgu. Selalu nampak macam baru 16 tahun. Eh, cuba memuji diri sendiri pula. Maafkan saya (suara kartun dalam cerita Conan).





Ok, tu saja buat masa sekarang. Take care! Bubbyyyeeee :D












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...