Monday 30 May 2011

Just remember darling all the while, you belong to me ~


 Assalamualaikum..Heyo everyone!!! ^_^



Semua orang nak cakap pasal Chris Medina lately. Bukan lately la, recently..Hah, betul kan kan kan?? Yup, memang cinta sangat beliau kat tunang beliau..Tunang beliau, survived in an accident, however, she is now suffering from brain damage. But still Chris Medina ni sangat sangat sangat setia dengan tunang dia, still jaga tunang dia, layan tunang dia dengan baik..  




Nak dijadikan cerita, beliau pun try la audition American Idol 2011 hari tu. He sang from his heart, and he sang for his fiancee waktu audition tu..Guess what? He made it through the next round! Sweet kan? :D Tapi beliau tersingkir minggu keberapa entah (sorry, aku tak ikut la pulak show tu kan..hee)..





Tapi tapi tapi, ada satu lagi video yang betul-betul meruntun jiwa aku sebagai seorang manusia yang normal. Serius aku menangis first time tengok video ni. Sorry la Chris Medina, kau kalah! huh..hehehe..




Story line dia macam ni, masih berlatar belakangkan audition American Idol, penyanyi utama is an old man. Beliau sangat sangat sangat sayangkan his wife. Wife beliau sakit kanser yang dah tak boleh nak diselamatkan lagi. So, dalam proses to help his wife to keep lifting, this old man makes a petition yang ada list of things to do, and lepas buat tu, dia akan ambil signature sebagai tanda beliau dah buat la macam yang dalam list tu. Petition tu penuh dengan signatures macam2 orang, and this old man akan tunjuk kat wife beliau petition tu, everyday.




So sekarang ni ada satu lagi yang beliau nak buat, but after this beliau tak boleh tunjuk kat his wife petition ni, because his wife was dead 2 days before the audition.......(sedih....korang tengok sendiri jela dia nyanyi untuk wife dia.......sob sob sob......T_T)





YOU BELONG TO ME

See the pyramids along the Nile
Watch the sunrise on a tropic isle
Just remember darlin' all the while
You belong to me

See the market place in Old Algiers
Send me photographs and souvenirs
Just remember when a dream appears
You belong to me

I'll be so alone without you
Maybe you'll be lonesome too, and blue

Fly the ocean in a silver plane
See the jungle when it's wet with rain
Just remember 'til you're home again
You belong to me

(I'll be so alone without you
Maybe you'll be lonesome too, and blue)

Fly the ocean in a silver plane
See the jungle when it's wet with rain
Just remember 'til you're home again
You belong to me







P/S: Kalau korang tak sedih pun, sila pura-pura sedih! huh




Saturday 28 May 2011

Penyakit rindu stage akhir ~~





Assalamualaikum.. ^_^



Korang tahu tak, aku rasa la kan, aku memang seorang yang banyak penyakit. Selain daripada aku ni ada penyakit terlalu "rajin" menjadi YB sambil melawat kawasan di fesbuk, aku juga ada penyakit kids addict! 




 Ni adalah lagi satu penyakit yang memang selalu menyerang sistem imunisasi mental dan fizikal aku. Aku kalau bab makhluk-makhluk Allah yang comel ni, memang aku hilang keupayaan untuk elak daripada terpesona. Tiba-tiba je aku jadi sangat teruja dan takjub bila berhadapan dengan kaum kanak-kanak ni..Aku akan jadi macam ni setiap kali berhadapan dengan diorang.. 






 



Kesian kan aku?







Aku selalu tertanya-tanya, takde perasaan kasihan kah mereka pada golongan-golongan yang lemah macam aku ni? Can u guys stop being too cute?? Can u?? CAN U??







Ok lah, disebabkan tadi aku pegi rumah cousin aku yang buat majlis sambutan birthday anak sulung diorang, Nisa dan sekali dengan majlis tahlil anak kedua diorang, Allahyarham Adam Muazzam, dapat lah aku jumpa dengan golongan-golongan comel iaitu anak2 cousins aku..hehe..



Chuna dan Nisa


 Chuna dan Rayyan



Sila simpan pipi tu bagi mengelakkan angah gigit pipi korang! huh



Tak semua ada, ada 2 orang ni je..sedih tauu...mana yang lainn.....!!!!!!  T_T  Siaplah kalau aku jumpa anak- anak sepupu sepapat aku yang berbelas-belas orang tu! Memang pipi korang yang montel tu takkan terselamat! :D



Tahu tak??








Tahu tak..??????????????





Angah rindu korang sangat sangat!









Penyakit rindu ni dah stage akhir..muahhhh!!!! ^_^



 




Friday 27 May 2011

She hits the turtles!!!!



 Sebagai seorang pelawat fesbuk yang berjaya, aku memang takkan lepaskan peluang untuk menziarahi fesbuk2 rakan2 aku. Aku tak tahu lah ni memang penyakit aku ke, atau pun memang aku ni memang freak fesbuk ke, atau pun aku ni memang seorang yang rajin bertanya khabar dengan rakan2 aku ke, atau aku ni memang kasihan sebab takde nak buat apa2 cuti2 sem macam ni, atau semua di atas..hohoho..


Tapi, disebabkan kerajinan aku ni, aku dapat la usha satu video yang comel kat wall fesbuk Encik Razin! Hebat tak aku? Hebat kan :D Aku bukan nak discriminate budak2 kecik yang lain sebab tak post video pasal diorang. Aku suka budak-budak..It was a hard decision, though.......Tapi, serius aku terlalu takjub dengan budak umur 1 tahun ni..Kicik2 da boleh jawab interbiu..sampai meleleh-leleh ayaq liur dia..(bak kata encik razin la..hee)..So enjoy peeps!!!!!!!! ^_^








Comel kan kan kan?? kan kan kan?? Tau dah ^_^

























P/S: Encik,, kamu la jadi baby sitter.. saya jadi pengetua nursery..ok tak? hehehe :p



^_^


Kisah patah hati dan cara2 menanganinya~



 Assalamualaikum warahmatullah! ^_^

Entri kali ni panjang sikit, ia berkaitan motivasi diri..ecewahh! hehe.. Aku bukan la pakar motivasi, apatah lagi pakar psikologi.. I'm just a normal human being.. Yang tahu rasa gembira, sedih, kecewa dan patah hati.. (ahah mengadanya ayat! Sila tepuk pipi laju laju..ekekeke :p ) So for today, aku pilih untuk memotivasikan diri berdasarkan cerita kisah patah hati yang dialami sahabat2 aku..Kisah2 patah hati ni macam bermusim tau.. Bila seorang patah hati, semua orang pun berjangkit nak patah hati jugak.. :( :(  


Tapi, aku ambil contoh 1 kisah je la ye..takde la korang korang semua rasa muak nak baca..Maklum lah, dah banyak sangat jadi kan..Aku pun, bila dengar cerita-cerita macam ni, sampai cakap macam ni..




" Hah, korang dah clash? Dia ada perempuan lain?Tula u, siapa suruh u tak colour rambut kaler merah macam perempuan tu..U pegi blonde kan rambut u, memang la ex u mintak clash..Eh u jangan nak kutuk perempuan tu ye, dia ada rambut merah, sebab tu ex u suke..u ada ke?heee"





Sangat rileks kan aku menuturkan kata-kata tersebut?  hohoho.. Jangan cuba ni dengan kawan2 yang korang tak rapat.. Memang korang sengaja menempah tiket untuk dibelasah beramai2 secara eksklusif di tepi koridor kelas korang! 



Serius sikit Chuna! Kita tengah entri patah hati ni ! Ok semua, jom kita tengok kisah sahabat beta ni.....Buat lah muka sedih sikit.....:'(  


KISAH PATAH HATI:
Ada seorang tu dah couple 7 tahun..tapi end up encik boyfie ada perempuan lain lah pulak.. Apela ex beliau ni, girlfriend dia sikit punya cantik, kulit bak telur dikupas, pipi bak pauh dilayang, bibir bak delima merekah, TAPI ex beliau ada gak hati tu nak test market kat perempuan lain..ish ish ish... 

7 years, u keep clinging to the same guy. Mesej setiap 5 minit..call setiap 3 jam, and u keep doing the same routines every single day. And suddenly KABOMMMM!!!!!! That guy ada orang lain! So what do u expect? Susah kan nak lupa? Sebagai seorang wanita sejati, apa lagi my BFF ni boleh buat selain menangis, menangis dan menangis....Malam yang beliau dapat tahu her ex ada perempuan lain, satu malam tu aku dan Nadrah berkampung dalam kereta untuk memujuk beliau..she cried all night long..Why?? Sebab beliau dapat tahu the truth bukan daripada that guy, tapi daripada orang lain!

Sampai sekarang dah beberapa bulan diorang putus cinta, tapi sahabat saya masih lagi tak buleh nak move on..and that guy, sekarang contact my bff tu sebab still sayang. Tapi dah terlambat, my bff sudah tawar hati....... Beliau selalu mintak advice on how to forget her ex sebab beliau dah tak nak terima langsung her ex..

Tapi esok lusa siapa yang tahu kan..Sebab kau dah terbiasa dengan orang yang sama for 7 years..Bukan senang nak alih rasa sayang eh rasa sayang sayang hei..hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei..(cis, kenapa aku menyanyi lak kat sini??)

************THE END*************************

Sahabat ni pernah tanya aku, 
"Macam mana Chuna move on? " krek krek krek.....Ada bunyi cengkerik la kan..Aku pun tak tahu nak cakap macam mana..

"Err...kena provide kajian2 saintifik tak untuk menjawab soalan ni? hehehe..Ke Cik BFF nak tahu my experience je?" My BFF gelak dan mengangguk.

So, inilah cara-cara saya moved on... serius serius! :D




1: Ingat Allah :D
Mengadu dengan Allah. Jangan salahkan Allah atau tertanya-tanya kenapa benda ni semua jadi kat kita. Tapi be thankful sebab Allah tu kan Maha Mengetahui untuk setiap yang terjadi. Mesti ada sebab kenapa Allah bagi semua ujian ni kat kita. Kalau kita tak cukup kuat, Allah takkan bagi semua ujian ni kat kita.Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah tunjuk kat kita dari awal baik buruk orang yang kita pernah sayang tu. Banyak kan berdoa pada Allah so that Allah hapuskan rasa sayang kita pada orang tu kalau betul2 dia bukan untuk kita..

Doa yang saya amalkan: 



2: Right mind set!
Mind set tu paling penting! Jangan sekali-kali doakan yang buruk2 pada ex kita. Treat dia macam kawan biasa. Walaupun dia salah, jangan persoalkan kenapa dia buat macam tu. Set kan dalam otak kita ni, yang perasaan tu tak boleh nak dipaksa. Bukan lah salah ex kita kalau dia terjatuh cinta kat orang lain. Sebab Allah yang wujudkan perasaan tu dalam hati diorang, siapa lah kita nak halang..betul tak? 

So kalau dapat mesej daripada ex yang kononnya nak mintak maaf and be your friend, jangan nak berperang dunia keempat pulak! Tarik nafas panjang2, act cool, reply lah macam takde apa2 jadi..Lepaskan semua dendam kesumat korang tu. Insyaallah, lagi senang korang nak lupakan someone tu bila korang baik dengan dia, bukan bermusuh dengan dia.



3: Sharing is caring...awwww~
Tadi tu cara2 abstrak..Sekarang cara2 yang boleh dinampak ye..hehehe..:D Find a friend, or friends, yg korang betul2 percaya, mengadu lah kat diorang..Mengadu lah sampai diorang mabuk and muntah2 dengar luahan hati dan perasaan korang tu! Kalau diorang pengsan sekali pun, korang ugut je nak simbah asid satu botol kalau tu je satu2nya cara untuk buat diorang dengar!hahaha..Kejam sangat dah tu..hihi.. Menangis lah kalau boleh legakan hati korang..Lepas tu, jangan salahkan orang lain kalau diorang tanya macam ni,

" Eh, u betul ke takde sepupu sepapat dengan panda? Mata korang sama la.." hehehehe


4: Ceriakan hari anda !!!!
Next important way is dengan menyibukkan diri anda ! Bukan lah dengan menjadi penyibuk ye, tapi busy kan diri sendiri dengan aktiviti2 berfaedah :D Such as, keluar dengan kawan2, have fun dengan family, baca buku banyak2, tengok tv, main game, buat past years questions, study study dan study..hahahaha..Trust me, selagi masa terluang korang diisi dengan benda2 macam ni, korang takkan ada masa untuk fikir pasal ex korang tu ;)  

Ini kalau korang dok terperuk dalam bilik, tengok gambar ex, baca mesej2 ex, mengenang kembali down memory lane, memang takkan jadi ape my dear.. Lepas tu nanti korang mula lah nak try luck mesej balek ex korang, kot2 dia layan. Kalau layan takpe lah, kalau dibuatnya dia cakap korang tak paham bahasa, tak ke sadis tu? Korang gak yang sakit hati..Nak pulak kalau time tu dia tengah dating dengan gf baru, lupakan jela impian korang yang mengharap dia reply mesej korang ! *_*


5: Tolong la jadi kejam dengan diri sendiri..pliss pliss plissssss!
Memang la korang tengah patah hati. Waktu tu korang rasa semua orang tak paham korang. Tapi trust me, aku sangat memahami korang.huhu.. Tapi aku tak tunggu lama untuk jadi kejam dengan diri sendiri..HOW?? Senang je...:D :D :D

Delete je semua apa2 yang berkaitan dengan ex korang. Mesej2 and gambar2, dah layak dah tu masuk tong sampah henfon korang tu! Henfon canggih takkan takde tong sampah kan? Henfon baling anjing mati aku tu pon ade tau tong sampah! Jangan nak bagi 1001 alasan pulak okeh..hee..Buang semua benda yang boleh buat korang ingat kat dia.  Kalau tak sampai hati nak buang, simpan barang2 tu semua kat tempat yang korang jarang nampak. Tak pun, pulangkan je balek kat ex korang, ape susah? hehehe..



Ok, setakat tu je la cara2 saya..tu basic je. Yang selebihnya terpulang la kat korang-korang semua ye..huhu..Bukan semua orang sama caranya. Tapi ini cara saya. So far, takde masalah sakit jiwa pun. Selamat mencuba!!!





^_^






Thursday 26 May 2011

Special Entri: Apabila Cik Diva nak kahwin..lalalala ^_^




Kriuk kriuk kriukkk!! (perut berbunyi)

CHUNA: Fara, kau tak lapar ke? Aku dah lapar ni..

FARA: Gila kau, aku pun lapar gak ni. Jom makan kehepsi la nak??

Chuna mengangguk laju-laju mendengarkan cadangan Cik Cantik. KFC pun boleh la, kena gastrik kang siapa nak bertanggungjawab?? Bila dah kena gastrik baru nak aplikasikan konsep pepatah lama "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna", korang boleh la slow2 belajar lupakan hasrat murni korang tu ! 

Chuna dan Cik Cantik sebenarnya datang ke Shah Alam dari Hulu Langat kerana Chuna ingin memulangkan buku di library, manakala Cik Cantik pula ingin membeli pisau untuk kegunaan semester hadapan. Chuna dan Cik Cantik memilih untuk makan di KFC Seksyen 2, bersama-sama dengan adik Cik Cantik yang study di UNISEL Shah Alam. Lepas makan tu, kitorang singgah kat rumah sewa Chuna di Seksyen 2 jugak. Oh, ada orang rupanya di rumah ! Ada Cik Diva, Cik Finaz dan Cik Fiza :D :D Rindu kot kat diorang..hehe..

Cik Diva rupanya sedang pening nak buat guests list for her wedding bulan 7 ni! Banyak pulak tu tetamu beliau jemput..patut lah pening..aiyooo *_*

 ..................................................................................................................................................

TAPI TAPI DAN TAPI,,,,
Chuna tetap eksaited sebab Cik Diva dah nak kahwin! Lepas ni, Chuna mesti rindu nak gaduh dengan Cik Diva ni pasal peribahasa melayu yang beliau asyik salah cakap..huhu.. Ada ke mandi badak?? Sepatutnya mandi kerbau ok! Lagi satu, apa tu membantang?? Membangkang la mak cik!! hohoho.. Tapi Cik Diva ni ape dia kisah. Salah cakap pun konfiden je, macam la betul..haha.. Sebab tu I call her Cik Diva, sebab dia ni diva sangat tanak mengaku salah peribahasa! hihihi :D :D

Cik Diva ataupun nama sebenar beliau 'Aisyah Bukhari, seorang yang sangat best! Walaupun I selalu usik u, gelakkan peribahasa melayu u yang tak betul tu, tapi I sangat sayang u..awww!! I hope Cik Diva happy dengan encik tunang berbahagia hingga ke akhir hayat..AMIN :D 

Jom usha pictures Cik Diva waktu beliau bertunang baru-baru ni.. ^_^


Cantik kan Cik Diva..hehe



Cik Diva dan Encik Tunang <3




 Chuna dan Cik Diva :D


Chuna, Cik Diva dan Cik Model :D




May Allah bless both of you.. 
Aisyah & Muadz 



^_^






"Aku Seorang Yang Gagal........"





Waktu sekolah dulu, aku memang tersangat la aktif menginvolvekan diri dalam seni persembahan ni. Aku tersangat la minat dengan puisi, sajak, pantun teater ni, sampaikan kalau ada pertandingan aku wajib nak masuk jadi wakil sekolah. Pertandingan menulis puisi pun aku layan jugak. Gile publisiti gak aku ni dulu..hahaha.. Takde la, dah takde orang minat, aku nak la jadi rare minat benda2 macam ni.. Tapi serius, memang aku minat pun, tak main2..hehe.. 


Pernah sekali tu, ada seorang sahabat datang dekat dengan aku, and he said that dia suka baca sajak yang aku hantar kat majalah sekolah CITA. Waktu tu aku tak tahu pun diorang dah siarkan..huhu. Time tu karya biasa2 jela, takde la gempak mana pun.. So kat sini aku nak kongsi salah satu karya yang aku pernah buat waktu zaman2 kanak-kanak rebina waktu aku Form 5 dulu..Kanak-kanak rebina la, sebab sekarang aku baru remaja..hihihihi :D :D




AKU SEORANG YANG GAGAL!
Aku selalu bertanya:
Wahai ayah, di mana tabah inginku kutip,
seperti deritamu yang tidak kau titip?

Wahai ibu,
di mana cekalku ingin bertunjang,
seperti lenamu yang tak pernah panjang?

Wahai guru,
di mana perahu tekun inginku mudik,
seperti dirimu yang sabar mendidik?

Lalu jawabmu:
Demi kasih pada anakku,
selaut api bagaikan salju,
Demi sayang merantai hati,
Sanggup nyawaku bergalang ganti!

Dan kerana doamu itu,
Lantas, laksana bersaksi di saat ini,
Tatkala penaku bercanda,
Diperi oleh tinta menari,
Aku berjanji,
akan menjadi seorang yang gagal!
Gagal lantaran tidak mampu untuk menyapu setiap titis air matamu,
Yang mengalir di hari kejayaanku..

Ketahuilah wahai ayah, ibu dan guru,
malah rakan-rakanku,
Berdirinya aku,
Melangkah dengan kaki peribadi,
Lalu,
Ku alun nafas sendiri..





^_^

Wednesday 25 May 2011

Black pepper steak dan air milo laici yang sedap..wink wink! *_*



KRING KRING!!!!

Chuna melihat nama best friend nya yang tertera di skrin handphone beliau, lalu menekan punat answer,


"Helo helo cik yat..Ye ye..aku ade je kat rumah..nape? ouh yeke??? Really?? Bob nak belanja dinner?? Ok, aku siap sekarang. Bye!"



Chuna dengan gembiranya mesej Bob..Begini butirannya..


Chuna: Bobby, kau nak belanje kitorang makan eh eh? kat mana? Pukul berapa?

Bob:    Sape cakap?? Fara la yang nak belanja..

Chuna: Ah, kau tipu! Aku pukul kau kang. Nak makan kat mana weh?

Bob:  Haha..Aku bagi mandat kat korang untuk pilih tempat dan jenis makanan. Choose..Choose wisely..

Chuna: Wokeh! Nanti discuss..



Monolog dalaman:
Perghhh..ingat group discussion ke nak discuss2? hehehe


Ponn! Ponn!! 


Chuna pun keluar dari rumah dan menaiki kereta satria neo encik izzat iaitu bf fara dan say hello kepada semua. Selepas membincangkan secara kritikal di mana restoran yang ingin dituju, mereka sepakat memilih restoran selepas traffic light Batu 9 yang menghala ke Kajang..bak kata bob dan izzat la (description tak boleh blah la sikit!hehehe)


Fara: Weh apehal gelap semacam restoran ni??

Bob: Ni aku tacing ni..time2 aku lapar macam ni, restoran ni nak bergurau pulak dengan masa depan perut aku!

Izzat: Takpe, kita pergi restoran yang chuna suggest  tadi la..
 


...........................................................................................



Macam la jauh sangat kan..padahal restoran yang Chuna suggest tu selepas traffic light Batu 9, tapi menghala ke KL..kakakaka...:D ;D




So, ini lah watak-watak utama dalam cerita ini...

 Saya sebagai Chuna :D


 Cik best friend sebagai Fara

 Fazreen sebagai Bobby / orang yang belanja makan

 Izzat Akmal sebagai Izzat / pemandu kereta satria neo

 Saya dan cik cantik :D

 Cik cantik dan saya :D

 Pembakar-pembakar nyamuk yang terulung

 Bobby bersama izzat iaitu baby beliau..sweett la korang..haha


Anyway, thanks a lot to Encik Fazreen a.k.a Bob yang sudi belanja kitorang dinner.. Best betul dapat kikis duit Encik Bob, and at the same time dapat makan black pepper steak and for the first time, minum air milo laici..tehehe...Sayang korang <3 






 Black peper steak dan air milo laici sebagai watak sampingan :D






P/S: Oh yee.....Black pepper steak dan air milo laici boleh jadi sangat lazat dan sedap, bila orang nak belanja kita makan and kita tak payah keluar duit..haha..boleh diaplikasikan kepada semua jenis makanan dan semua jenis orang..kuikuikui..Cuba lah hari ini ^_^




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...