Wednesday 31 August 2011

Ceritera Chuna #2: Supian Beraya!


*Based on true story...


Supian (bukan nama sebenar) rasa excited nak pegi beraya rumah nenek beliau. Habis je solat sunat aidilfitri, beliau dan family beliau terus bergerak ke rumah nenek beliau yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Sesampai je di sana, ramai saudara-mara sudah memenuhi ruang rumah.


Sedang mereka semua menjamu selera, tiba-tiba ada sekumpulan kanak-kanak datang dan memberi salam. Mahu beraya barangkali.


Kanak-kanak: Assalamualaikum! Kami datang nak raya!


Supian meninjau di luar rumah. Ada lebih kurang 6-7 budak-budak kecik yang datang beraya. Supian syak ini mesti lingkungan umur 5 ke 7 tahun. Boleh tipu, boleh tipu.


Supian: Waalaikumussalam. Adik nak raya ke? Takde orang lah dik.


Kanak-kanak: Aik, macam ramai orang je kami tengok!
Yang selipar banyak-banyak ni sape punye pulak? Mesti ramai orang dalam rumah ni..


Alamak! Coverline Supian..coverline!



Supian: Ohhhhhhh...... Rumah ni nampak je macam ramai orang dik. Tapi sebenarnya takde orang pun...


Kanak-kanak: Eleh, tipu! Abes tu abang ni bukan orang? Abang ni sapeee kalau bukan orang??


Supian: Errr.... Abang memang la orang....................... Tapi abang ni abang bangla.. Mana ada bangla raya kan kan kan?


Kanak-kanak: Muka macam Melayu je! 


Supian: Tak la, abang ni bangla....


Kanak-kanak: Abang! Orang datang nak raya la, tak baik tipu tau! Berdosa.... Dah lah hari raya ni!


Supian: Memang la sekarang raya. Tapi rumah ni tak raya! Takde sape pun raya. Semua puasa lagi. Esok baru raya.. 


(padahal semua tengah sedap melantak lemang ketupat cicah rendang! Puasa apo! huh)


Kanak-kanak: Ouh yeke.. Macam tu, esok jela kami datang raya...


Supian: Esok?? Lagi tak boleh dik.. Esok sirap kat rumah ni habis...


Kanak-kanak: Sirap habis?? Takpe, kami minum lah air lain..


Supian: Eh, abang silap pulak. Tadi baru kawan abang tepon, dia cakap esok kat Langat ni takde air! Lagipun, takkan adik semua ni nak keluar raya tak mandi kan kan?


Kanak-kanak: Yeke bang?? Alamak!


Supian: Iyeee! Baik adik balik, mandi bersih2 hari ni.. Esok takyah mandi lagi.. Betul tak?


Kanak-kanak: Ok ok! Jom balik kawan-kawan!



Alahai..... Kesian budak-budak tu.. Supian Supian! -,-"



Gambar candid Supian dengan kanak-kanak tersebut..





Sunday 28 August 2011

Kau je nak lebih? Fine, attention seeker~


 "Sikap yang suka nak lebih dari orang lain memang annoying. Imagine, aku cakap Aaron Aziz senyum kat aku. Pastu kau tak nak kalah, kau cakap Brad Pitt senyum kat kau, siap mintak phone number lagi.  And tetibe aku dari nak bercerita pasal Aaron Aziz, kau pulak sibuk nak cerita pasal Brad Pitt. Kau tau tak aku rasa nak muntah sebab asik dengar cite Brad Pitt kau je. Maaf, ni perumpamaan je. Bye."- status terbaru Facebook aku.


What happened was, aku tengok kat facebook a friend of mine. He posted a status, yang dia rasa sangat sakit sekarang sebab baru lepas operation. And suddenly ada seorang hamba Allah ni, bagi komen yang pada pendapat aku, tak berapa nak membina la. Camni la lebih kurang komen2 dia:


"Wei, aku punye lagi teruk la."

"Aku dulu operate macam kau jugak. Tapi lagi teruk la sebab kena bla bla bla..."

"Ala, aku nye lagi teruk. Kau punye ok lagi ni. Aku dulu takleh jalan bape lame..Lagi lame kot dari ko.."


Tak membantu langsung komen2 tersebut, serius. Dah kau buat kawan aku tu rasa cam loser pulak sebab sakit sikit pun tak dapat tahan. Kecoh la kau. Kau, kau lah. Sibuk nak bangga diri apahal?Nampak sangat kau tu lagi loser. Attention seeker! Lagi afdal kalau kau bagi semangat ke, kata-kata nasihat ke.. Orang tengah sakit kot. Sumpah aku rasa cam nak tepuk muka kau laju-laju!



Ni same la jugak keadaannya bila kau tengah ada problem dengan boifren/gilfren kau and kau nak buat sesi luahan hati.


Kau: Wei, aku ada problem la dengan Mamat/ Minah ..... Sedih la... Dia tu asyik busy je lately...

Kawan kau:  Eh same la dengan boifren/ gilfren aku tu.. Asyik busy je...Kau tau, dia dah lah tak reply mesej aku, angkat call pun payah. Sekarang ni, entah-entah kua dengan orang lain kot! Geram pulak aku! Kau tau tak, hari tu aku gaduh lagi dengan dia. Mana taknya, bila ajak keluar, asyik busy je.. Pastu, bla bla bla bla bla bla........."
 

Another situation:

Kau: Cute la Mamat dengan Minah together.. Minah tu cantik. Mamat tu kacak. Secocok sangat!


Kawan kau: Erm tula.. You know what, dulu sebenarnya Mamat tu nak kenal dengan I. Tapi tula, I tak anggap dia lebih pun. Plus, he's not my type. bla bla bla......



SEE! SEE! Haish..ubah lah sikit perangai tu..Bukan kau sorang je ade masalah.. And bukan kau sorang je yang hebat. Orang macam ni aku memang tak berapa nak gemar la..Sorry to say, nampak benorr nak perhatian.. Kau pulak pastu terpaksa dengar je cerita dia sambil menahan perasaan.. Betul tak????? Sekali-sekala takpela, kalau banyak kali jadik camni, memang rasa nak meletup pun ade kan.






K bye!




Saturday 27 August 2011

Kosong Tiada Darjah.


Sekali lagi kita bertemu wajah
Tak, aku tak marah
Aku tahu beralah
Cuma kau yang tak mahu kalah.


Pernah, aku dah pilih titik tengah
Diam, tak mahu telagah
Tapi kau agungkan rasa amarah
Kau lupa persahabatan yang indah.


Aku tak mahu marah
Kerana sengketa amat sulit untuk kita redah
Tapi kau tak habis menuding jari bagi setiap salah
Sikapmu itu yang harus berubah!


Sumpah! Aku rasa lelah
Setiap kali pun egomu selalu bercambah
Kau menang, aku tak bagi kau rasa kalah
Aku pun dah tak mahu fikir yang sudah-sudah.


Menjaga hati kau bukan kerja mudah
Tapi ingat! Kau bukan tuhan untuk disembah
Maaf, hormat sudah lama terpisah arah
Sifar...Kosong tiada darjah.







By Nabilah Husna
27th August 2011
06.56 am





Thursday 25 August 2011

Ceritera Chuna #1 : Supian dan Wajiknya.


*Based on true story.


Malam tadi, lepas balik dari main futsal, Supian, Mamat, Jep, Syuib, Nabil, Abu, Ali, Ahmad dan beberapa lagi kawan mereka pergi makan steamboat kat Menara Tinjau Ampang. Buat sahur kata mereka. Walaupun sudah lewat malam, walaupun awek masing-masing dah menalipon banyak kali sambil membebel mengenai bilaaaa laruuttt malammmm..tarkucaca tarakucaca~~ Mereka tetap beranggapan malam itu masih muda. Muda seperti saya. 

  

Mereka sudah bersiap-sedia mahu makan, tiba-tiba Supian bersuara.


"Wei Abu! Kau hulurkan wajik tu kat aku." 

Supian berkata kepada Abu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah pinggan berisi wajik.


"Wajik? Celah mane ade wajik pulak atas meja ni Supian oiii?"  

Giliran Abu bertanya sambil mengurut-urut janggutnya. Beliau mula sangsi mengenai tahap keseriusan Supian. Mungkin Supian cuba membuat lawak sahaja. Mungkin.


"Tu yang depan kau tu. Wajik la tu. Haih, wajik pun dah tak kenal? Melayu mudah lupa kau ni.." 

Supian membebel. Beliau memang teringin makan wajik itu. Kalau direbus mesti lagi sedap rasanya. Manakala, Abu pula amat pasti, wajik yang diperkatakan Supian itu sememangnya tiada di atas meja itu. Lagipun, apa jadah pulak makan steamboat ade wajik?? Musykil musykil.. 


"Wei Supian, sabar lah. Raya lagi seminggu je. Nanti raya kau makan lah wajik sampai muntah ye.." 

Kata Jep pula. Kalau melayan Supian punya keras hati nak makan wajik, sampai ke lusa pun tak habis. Makan jela apa yang ada ni.



 "Apa korang mengarut ni? Cepat lah bagi aku wajik tu, aku nak rebus ni. Kang tak masak kang.."

Supian sudah mula panas hati melihat kawan-kawannya tak memberi respon positif mengenai wajik yang diperkatakan. Dia tertanya-tanya di dalam hati, apakah dia seorang sahaja boleh nampak wajik tersebut?? Misteri misteri..........



"Owh yang ni ke Supian? Supian sayang, ni bukan wajik.."

Tutur Abu pula. Beliau sudah memegang pinggan berisi wajik yang diperkatakan oleh Supian itu. Di dalam hati, Abu sudah berkira-kira mahu menghamburkan tawanya.



"Apa pulak, ini lah wajik! Ni makanan orang Melayu tau tak. Malu la sket wajik pun tak kenal.. Shame on you, shame on you....."  

Supian menggeleng-geleng kepala. Apa sudah jadi dengan anak Melayu sekarang. Semuanya berpaksikan Barat. Sampaikan wajik pun sudah tak kenal! 



"Korang tau tak lagu raya yang Anuar Zain nyanyi kecik-kecik dulu? Ala yang lirik dia macam ni, wajik dan dodol jangan lupakan, peninggalan nenek zaman-berzaman. Hah! Inilah wajik yang saing-saing dengan dodol tu. Selalu time raya ada tau tak, makan dengan dodol! Haishhh..."

Supian menambah lagi. Geram apabila rakan-rakannya tidak tahu mengenai kuih-muih tradisional. Nasib baik ada beliau. Terselit rasa riak dalam hatinya.



"Supian, ini bukan wajik sebenarnya.. " 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"Kalau kau nak tau, ini WANTAN!" 

Jerit rakan-rakan Supian di hadapan muka Supian. Supian mengelap air liur mereka yang bersepai di mukanya sambil tersengih-sengih. 



"Ooohhhhh bukan eh? Yang macam dalam lagu tu pun, bukan menatang ni la...? Aku ingatkan dodol tu manis, sebab tu makan dengan yang ni, kira macam manis lawan dengan pedas-pedas sikit la..hihihihihi........."  

Supian cuba cover malu. Lalu beliau pun sambung la makan steamboat sambil digelakkan rakan-rakannya.




 Wantan yang disangka wajik oleh Supian:



 

Supian, ini lah wajik yang sebenarnya:
 
 



Maaf Supian, sumpah tak sama langsung wajik dengan wantan -,-"





K bye!




Wednesday 24 August 2011

Iftar with friends at Flaming Steamboat! ^_^



Assalamualaikum warahmatullah..Hello peeps! ^_^


Hari Ahad lepas, me and my ex schoolmates kat SMKAJ berbuka puasa beramai2 kat Flaming Steamboat, Sunway. Seronok sangat! Firstly, sebab dapat jumpa kawan2 lama. Secondly, sebab dapat makan steamboat!!! Yeay!! :D  Lepas perut dah penuh, kitorang berjalan pegi Sunway Pyramid and cuci2 mata. Saje nak exercise sebab perut dah senak kan! haha :D :D :D  Now, jum layan picturesssssssssss!!!!




Posing sat! haha

Time tengah tunggu kengkawan lain sampai :p



Yeayyy da sampai! :D


Mula2 sampai, meja kosong lagi. hihihi :)


Antara foods yang ada


U see what I see?? Marshmallow and chocolate yooo! :D :D :D


Yea yea! Ladies first ambik foods..hehe


Fuh, makanan nampak adequate je kan? Tengok next picture!




Makanan atas meja dah start bertambah..haha! Next picture......


Hambekkkk kau! Lautan makanannn!! kikikiki


With Asri..Ok, muka aku nampak sangat muka lapar -,-


Credit to Asri :)


Muka2 gembira dapat makan :D



Makan tak pandang orang dah..hehe



Dah kenyang latewwwww..



with Asri and Ainol :)


Yang depan Bob, yang belakang Dayah. Guess la sape makan lagi banyak? haha.. *Yg belakang tu laaaa..Tak padan ngn kecik! :D


On the way ke Sunway Pyramid



 
























































Really had fun with all of you guys! Korang memang best! Take care semua ye :D



K bye! Muahhhhxx! :D




Monday 22 August 2011

Anas~~~


Hello guys! Meet Anas, my cousin's youngest child. 


Sesape yang interested nak booking beliau untuk jadikan menantu, please leave a message after tone. Coz today I swear I'm not doing anything, nothing at all! lalalalalala~

















Erkkk! Abaikan muka saye yang nampak retarded itu..Abaikan....-,-



Bye!





Kenapa orang panggil saya Chuna?



Assalamualaikum warahmatullah..Hye everyone! :D :D :D


Kira-kira 12 tahun yang lalu, pada tanggal 17 Ogos, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di Hospital Besar Kuala Lumpur. Setelah dipikir-pikir nama apakah yang sesuai untuk bayi perempuan ini, maka ibu bapa beliau pun menamakan beliau dengan nama Nabilah Husna. Nabilah bermaksud cerdik atau mahir. Husna pulak bermaksud kebaikan. Dengar cerita, atuk baby comel ni yang bagi nama. Tak kisah la kan, janji baby ni enjoy! (??????)  -_-"


Hari berganti hari, tahun bersilih ganti, maka bayi ini pun telah menjejak ke usia kanak-kanak. Sudah menjadi lumrah, time-time kecik cenggini la manusia akan merasa takjub melihat kanak-kanak. Standard la tu..Teruja kena lebih..Macam-macam nak tanya, nama la, umur berapa la, itu lah ini lah..Macam mana saya tahu??? Saya pun manusia seperti anda :D



"Adik ni sape nama?" Makcik Bedah bertanya sambil mencubit pipi kanak-kanak itu.

"Umur berapa?" Makcik Senah pulak bertanya.

"Dah pandai cakap ke belum ni sayang? " Makcik Tipah pulak menyoal.


Ek eleh makcik-makcik ni..Ingat budak ni kaunter pertanyaan ke ape??


"Jawablah dik, makcik tanya tu.." mak kanak-kanak tersebut bersuara.

"Anak aku ni pemalu. (haktuihhhh!) Umur dia 2 tahun. Pandai dah cakap tapi pelat lagi.." mak budak tersebut bersuara lagi. Kanak-kanak itu tersipu-sipu malu. Alahai, pemalu sungguhhh......(sila pengsan sekarang!)


"Nama saya Nabilah Hucna.."kata kanak-kanak tersebut sambil menyorok di belakang emaknya.


"Bukan Nabilah Hucna la dik. Nabilah Husna. hehehe..Tu lah, anak aku ni pelat lagi..Sebut nama pun tak betul.." mak budak tersebut membetulkan.


Setelah beberapa lama, akhirnya nama Hucna pun transform jadik Chuna di kalangan ahli keluarga beliau dan melekat lah nama itu padanya sehingga lah beliau dewasa.... Err tak dewasa sangat lah.. Sekarang ni saya baru 12 tahun..tehehehehehe.............................:) :) :)



Aku sewaktu berumur 2 tahun.                   




































P/S: Nama dan pelaku di dalam cermen (cerita menipu) ini tiada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Malah cerita ini telah banyak ditokok tambah bagi menyedapkan jalan cerita.





K bye!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...