Wednesday 18 September 2013

Percayalah, kita tidak kuat.




Dalam hati ibu ada jiwa
Dalam jiwa ayah ada rasa
Mungkin tidak terkisah di wajah
Mungkin tidak mampu diluah
Betapa resah begitu begini
Betapa madah tidak mencukupi
Semua tersimpan rapi, dalam hati


Kala matanya gembira
bersama senyum tawa
adakah anak-anak melayani dirinya?
Kala wajahnya sedih
bersama sendu merangkum raga
adakah anak-anak bertanya kenapa?


Mungkin ibu bapa bukan sesiapa
bukan tokoh mahupun perwira
tapi bersyukurlah selagi mereka masih ada
kerana bila mereka pergi di suatu masa
percayalah anak-anak, kita tidak sekuat yang disangka.



Wednesday 28 August 2013

Jerawatttttttttt!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum warahmatullah..


Baru-baru ni jumpa kawan-kawan lama, depa kata muka cheq flawless dari zaman sekolah sampai la ni. Sapa kata?? Jangan dok buat fitnah cheq....hehehe.. Tidak, tidak, tidak. Aku adalah seorang perempuan yang mempunyai masalah kulit juga. Jerawat kat muka adalah perkara biasa. Cuma aku ni adalah seorang yang pemalas. Malas nak fikir, malas nak jaga, segala-galanya malasssssssss... Kalau aku jaga pun, macam tu jugak keadaannya.. Baik aku biar je..


Meh aku nak tunjuk bukti betapa tak flawless nya kulit aku.. 







Ha ni non edited pictures u know. Sememangnya tak licin, gebu dan seangkatan dengannya kan kan kan? Tapi pada aku ni sume masalah hormon je ni. Aku habis je study, maka jerawat pun habis la menempek pada wajahku ini. hihi.. Kalau aku start stress, berlumba-lumba la jerawat membina kehidupan secara ekspress. Diorang tak bagi aku happy sorang2. cisss.... 


Secara jujurnya, time aku degree, pastu buat LLB (second degree), aku memang takda masa nak jaga kebajikan diri sendiri. Time LLB paling crucial. Nak beli pencuci muka baru pun berkira. Duit nak kena jimat pulak. Tapi last2, aku biar je muka camni. Takda masa nak jaga. Penat la weh. Balik malam, makan pun tak sempat, tido tak cukup. But, Alhamdulillah, start je exam, muka aku start okey sikit. Taktau nak kata, maybe sebab dah kurang workloads, membuatkan aku kurang stress kot. And of course la time exam week la aku paling banyak makan, paling banyak tido, paling banyak buat benda2 lagha. hahaha.. Maka jerawat2 pun sakit hati gamaknya nengok aku gembira, dorang pun berpindah la. Agaknya la..hahahaha !!!!!


Tak caya?? Ha kat bawah ni pulak pictures time nak final. Banyak berjimba, banyak makan, banyak happppyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!! No stress, No pimple! :D




Cik Una yang sentiasa menjadi model di blog saya. Terima kasih..hihihihi :D



Taktau kenapa Bukh buat muka macam tu. Maybe sebab dah lapar..... -_-"







Pssttt... Pipi aku nampak kurus sikit.. Saja nak bagitau..hahahaha :D




Babaiiii!











Friday 23 August 2013

SAMA



Apa kau fikir insani ?
Cuba memijak sesama sendiri
Berbunuh jiwa merobek bahagia
Melaknat maruah demi cita
Puaskah kau daki tangga jaya
dengan menindas sesama manusia?


Janggal di sini 
Kerana ramai penyembah kuasa dan darjat
Tapi jauh firasat dari rasa hormat 
Pandang sepi pada akhirat
Selalu terduga dengan duniawi
Alpa hingga memakan diri
Berbaloikah begini?


Kau dan aku sama
Tak ada kurangnya
Cuma kau lebih pada nama
Aku tiada apa
Tapi gah kau pada pangkat,
sungguh kau fikir itu bisa menggugat? 
Bila jasad ditelan tanah, 
nama kau pun orang tak endah!



Nabilah Husna
23 Ogos 2013
Hulu Langat

Tuesday 6 August 2013

Kesusahan dan keupayaan.


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, diriku sudah mendapat result exam! Yeay!! My second degree.. Akhirnya tamat juga pembelajaran undang-undang kat UiTM ni. 

Seperti yang dijangka, aku memang boleh buat subjek2 yang kena masuk court je. Tak taulah kenapa aku lampi benar bila masuk bab2 non-contentious legal matter and filing2 ni. Gred B je memanjang. But, alhamdulillah, at least aku dapat jugak la lulus, lepas semua paper. Kalau tak, menangis jugak nak mengulang exam. Cheq dah tak laratttttt.....

Ok, nak dijadikan cerita, lepas dapat result exam aritu, aku nangis2 jugak, gembira sebab dah habis belajar. Tengah2 aku fefeeling layan perasaan, ada kawan aku mesej cakap adik dia failed paper law. It happens to be yang adik dia tu junior aku. Kawan aku ni tanya normal ke kalau students law fail paper. Aku jawab, ye kegagalan dalam peperiksaan adalah sesuatu yang amat normal dalam course kami ni. Time degree lagi la. Ini adalah kerana:

1) Setiap semester credit hours kitorang tak pernah kurang dari 20 jam kredit. Setiap sem bertambah, maka subjek pun bertambah, bukan makin berkurang. 

2) Setiap satu subjek, almost hundred cases kena hafal. Tak taula kalau universiti lain camana. Tapi selama aku degree dulu, lecturers sgt menekankan cases and akta2. Wajib hafal! Sekarang, bayangkan ada 9 subjek satu sem, berapa byk kes kena hafal tu?

3) Of course la kitorang boleh bawak masuk buku akta. Tapi tak pernah sempat bukak pun! Kes berlambak kena ingat ni. 1 soalan kau jawab sampai 4 5 pages.  Soalan ada Part A- 6 soalan, Part B- 3 soalan, Part C- 1 or 2 soalan. Markah overall 100 markah, or 200 markah. Sapa sempat bukak akta mmg hebat, tapi sempat ke nak tulis semua? I doubt it.

4) Yg paling crucial bila sampai bab nak kena apply semua law dalam jawapan. Pergh!! Salah law kau, maka salah la application kau. Maka sia-sia lah 3 jam kau terbuang jawab soalan, tapi salah jawapan. Fakta tak betul, maka salah la semuanya. 

5) Susah wei nak faham and ingat undang-undang kat negara lain. Nak kena compare and contrast pulak. 

Aku tak kata subjek law terlalu susah sampai tak boleh nak belajar langsung. In fact, law course is an interesting course to be learned. Cuma kemampuan seseorang tu memang susah nak dijangka. Aku jadikan diri aku sebagai contoh la. I used to get DL time asasi. I finished my foundation in law with cgpa 3.51. But, time degree, aku pernah failed dua subjek time part 4. My cgpa dropped. I graduated with cgpa 2.75 only. See, capability aku terhad. Tak semua subjek aku boleh score. 

With cgpa 2.75, cukup2 makan aku boleh la masuk LLB. LLB ni second degree. LLB lain pulak citenya. For me, tak susah sgt nak compare dgn degree. And subjek2 time LLB mmg banyak involve presentations and trials, which benda2 macam ni la aku suka. And alhamdulillah, I found my track back. 

Apa yg aku cuba sampaikan, semua course pun tak sesenang yg org tengok. Pada aku, akaun tu susah, engineering tu susah, matematik tu complicated, kulinari kena cekap, arts kena kreatif, bahasa kena rajin and etc. Sapa cakap course lain2 tak susah, tak complicated? Semua ada pros and cons. Tapi proses ni la yg kita kena belajar, find our path and our capabilities. 

Jadi kepada juniors, tak kisah la course apa pun, jgn give up ye walaupun fail paper. Tak mati pun. Serius. haha! Belajar daripada kegagalan. Masa depan kita tak tahu. Walaupun aku dah habis LLB, tak tentu lagi org nak ambik aku kerja. hehe.. Ok, kena survey tempat nak buat chambering. Adios!!!





Saturday 13 July 2013

Seronok




Happy Ramadhan Al Mubarak!!!! Happy fasting to all! :D :D :D



PS: Baru habis exam..yeayy!! happy hols to me :D

Tuesday 28 May 2013

Hakim tanpa kelulusan.


Assalamualaikum warahmatullah! :)


Lately, kami students LLB ni semakin busy. Busy yang melampau sampai takde masa untuk diri sendiri. Jadi haruslah difahami keadaan kami ini. Harus saja, tak faham takpe, tak dosa. Banyak undangan tak dapat dipenuhi, banyak janji tak dapat dilestari. Janganlah menghukum kami kerana kesibukan ini..cewah!


Macam aku, bukan aku tak ingat kawan-kawan. Tapi aku sendiri pun takde transport nak ke mana-mana. Cakap memang senang, ada bas, ada teksi. Tapi duit aku bayar satu semester ni pun dah habis kat LLB je :) Tu belum lagi duit sewa rumah. Duit belanja lagi. :)


Sedih jugak tengok orang lain pergi sana, pergi sini. Tapi ini lah pengorbanan aku kan. Aku tak menyesal, jauh lagi nak merungut. Takpela, aku patut lebihkan masa depan aku dan keluarga aku daripada orang lain kan :) Takde siapa akan faham kesulitan orang lain. Yang aku selalu ingat, tak boleh nak bergembira sangat, sebab aku bukan datang dari keluarga senang. Apa aku selalu buat untuk dapat duit, antaranya masuk pertandingan penulisan, tak pun kerja dengan cousin aku. Itu jela yang aku boleh buat untuk kurangkan beban parents aku :)


Jadi jangan lah judge aku kerana aku tak semampu kalian. Jangan lah jadi hakim tanpa kelulusan. Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Tata! 




Saturday 20 April 2013

Hakikat :)




Manusia banyak kelemahan.
Tapi daripada mengakui kelemahan, manusia lagi rela menyembunyikan kekurangan. 
Yang bersuara dipersalahkan 
Maaf tak diterima kewarasan
Aku kira itu satu perjudian
Tapi banyak hati terkesan. 
Aku juga terbeban. 
Di belakang dilempar tuduhan
Aku terima, aku telan
Rupanya inilah harga sebuah kritikan. 
Ku kira rakan yang baik adalah rakan yang memberi kritikan
Rupanya aku salah percaturan. 
Tapi aku tak pernah memberi bayangan keburukan!
Aku tak sehina itu kawan.


Mungkin kini kau ketawa dan bercanda
Mungkin aku sudah puas kau persenda
Dendam amarahmu sudah terbela
Aku pula yang rasa kecewa
Tapi aku takut kawan 
Kalau suatu hari nanti kau tersia
Tak bisa bangun dengan bangga
Kerana kekurangan tidak kau tapakkan di jiwa
Kau biarkan kesilapan menjadi raja
Hari ini mungkin ramai yang membela
Tapi kemudian hari, siapa yang ada? 


Mungkin kau rasa kau hebat
Mungkin kau rasa sudah kuat
Tapi fantasi takkan jadi hakikat
Terimalah realiti sahabat.



:)

















Saturday 6 April 2013

Janji yang kau ingkari.




Aku jenis orang yang tak lupa dengan janji.
Jadi kalau dah janji dengan aku, nak buat satu aktiviti bersama-sama,
tolong la jangan senang senang buat aktiviti tu dengan orang lain.


Takdela, aku tak kisah.
Tapi kalau tak boleh tepati janji, jangan la berjanji.
Sebab aku rela tak buat aktiviti tu sampai kita sama-sama ada masa.
Padahal aku boleh je keluar dengan family aku, kawan2 yang lain pun ada.
Tapi aku sanggup tunggu kau.
Tengok-tengok kau dah tinggalkan aku.


Tapi betul la kata orang,
tak semua orang akan act macam mana kita layan dia.
Mungkin aku yang kena berubah.
Jangan bagi muka sangat dengan orang.
Jangan percayakan orang.


Macam-macam hal.













Tuesday 2 April 2013

Random



Temanku, genggam tanganku
Pejam sekejap matamu
Lihatlah cahaya menunggu


Gapailah setiap citamu
dan kenal isi kulitmu
kan ada hidup yang baru......



Source: lagu Siti Nurhaliza. k bye.











Saturday 9 March 2013

Pipi pau pun cantik apa ~


Assalamualaikum warahmatullah! :D :D :D

Semoga semuanya ceria-ceria belaka. ehem..

Ok harini aku nak cerita pasal cantik. Cantik tu subjektif kan. Semua orang ada definisi cantik yang tersendiri. Pada aku, cantik tu tak termaktub kepada wajah atau tubuh badan je, tapi mesti disertakan sekali dengan great attitude and high self-esteem. Tu pada pendapat aku la.. Tapi ada jugak jenis orang yang pandang rupa je. Nasib baik Razin cakap dia suka org yang tembam-tembam, so aku yang berpenampilan sederhana ni dapat jugakla merasa ade boyfriend. aha. Kalau tak sape nak dengan orang pipi obes cam aku ni.. Stress je makan, happy je makan, sedih pun makan, marah pun makan. Mana tak gomok. Tahniah. 


Alhamdulillah, so far aku tak pernah kisah kalau orang cakap " Woi chuna gemuk. Kau tolong diet please." Serius tak kisah. Betul. *kepal penumbuk. HAHA!  Tapi, aku ada la cemburu jugak kan tengok orang cantik-cantik, badan pun slim, tinggi cam model. Pastu aku start la ngadu kat Razin dalam phone, sambil mulut mengunyah coklat, pastu ada hati nak kurus tinggi cam model. phui!! Luckily Razin tak pernah kisah pun aku gemuk ke kurus ke. Sebab dia mula2 kenal aku pun, memang pipi aku dah obes. Kalau dia tak minat, dah lama dia ngorat best friend aku, Nadrah. Perumpamaan ni diberikan oleh Razin sebab Nadrah kurus. So dia nak cakap aku gemuk ke apa sebenarnya ni? 


Pastu Razin cakap dengan aku, kadang-kadang cantik rupa je tak cukup. Dalaman lagi penting. Hati kena baik. Perangai kena sopan. Walaupun aku ada pipi pau daging berharga 2 ringgit, tapi tu tak bermakna aku buruk. Setiap pandangan orang tak sama. Walaupun aku tak pandai bergaya, tapi setakat kemas pun dah ok kat mata dia. Tu Razin la cakap. Kalau dia tipu aku taktau la kan.....


Tapi tula, masih ada orang yang rasa cantik tu penting. In fact, terlalu penting. Kadang-kadang aku berbulu tengok orang yang perasan cantik ni. Tau la ko cantik, tapi cantik je tak memadai. Hati nurani mau bersihhh maaa... Pastu pandang orang yang biasa-biasa dengan sebelah mata je. Eh biasa-biasa pun I eksklusif y'alls! haha! Till then, salam! :D 






Thursday 21 February 2013

Puisi buat Sahabat.



Rupa boleh menipu

Maka pandang dengan mata hati, bukan mata kepalamu
Jangan kau melangkah dengan terburu
Kalau tidak nanti keliru
Buka luas akal mindamu
Jangan tegar memilih nafsu


Usah kau rungkai persoalan dengan amarah
Percayalah, nanti kau sesal tak sudah
Biar kelu lidah
Biar kau rasa susah dan payah
Tanamkan sabar, mahalkan maruah
Berdiam bukan bererti kau kalah


Dalam setiap kesedihan yang kau rasa
Kembalilah kepada Sang Pencipta
Dia akan selalu ada
Mendengar setiap tahmid doa
Mencintai dengan setiap kurnia
Maka carilah jalan untuk kau jumpa Dia
Dan kau akan jumpa apa itu cinta.













Wednesday 20 February 2013

Jalan-jalan bersama Mr. R :D


Assalamualaikum warahmatullah! :D


Baru-baru ni Encik Razin datang Shah Alam. Maklum la, diriku ini dah habis sem 1 LLB and nak start sem baru pun, maka tak salah la kiranya beliau datang ke sini kan kan kan? hehe..


Nak dijadikan cerita, Razin datang sini naik bas express je. Nak jimat katanya. So, kitorang takde transport la nak bergerak pegi mana-mana kat Shah Alam tu. Tapi berbekalkan keazaman yang jitu (eh?) kitorang naik public transport jela. Kitorang pegi Times Square and Setia City Mall. Aku lak yang terlebih-lebih excited hokkay! Tak pernah pegi lagi Setia City Mall tuuuuuuuuuu...wehuuuuu! And and and Encik Razin janji nak belikan baju untuk aku.. hihihihi (gelak sopan...) XD


Hari kedua Razin kat Shah Alam, aku plak dapat result exam. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan hati. Razin plak yang terlebih bangga kat aku. Padahal result biasa-biasa je..kuikuikui XD


So inilah kitorang :D
















p/s: Abaikan mata bengkak ituuuuuuuuu XD











Friday 8 February 2013

Parents vs Boyfriend



Assalamualaikum warahmatullah! 


Sekarang ni aku perasan ada satu fenomena Shila Amzah dengan si Sharnaaz yang tengah hangat berchenta tu. Siap ada gaduh-gaduh dengan bapak Shila. Padia ni weh? Ok la, aku ada boyfriend. Tapi kalau boyfriend aku tak respect family or kawan-kawan aku, adakah aku akan tetap mencintai beliau? Sudah semestinya aku akan tetap mencintai beliau! Tapi cinta tak semestinya bersama kan? Mungkin aku akan putuskan saja dia oooo kasih... 


Aku mengaku memang susah nak lupakan cinta hati kita kan. Tapi aku meletakkan harga diri aku, family aku dan kawan-kawan aku kat tempat paling teratas dalam hidup aku. Kalau someone tu dah caci maki aku, kutuk-kutuk family aku, takkan aku nak sabar lagi kan? Mak abah aku bagi aku makan sampai aku jadi besar camni, alih-alih dia senang-senang nak cakap mak abah aku tak reti jaga aku apa semua. Memang sorry la aku nak hidup dengan orang macam tu. 


Yang si Shila tu pun satu. Bukannya mak ayah dia nak kongkong ke, over protected ke. Tapi dah si Sharnaaz tu dok maki2 dia dalam twittahhh tu amendenye.. Kalau mak abah aku la tau Razin dok maki2 aku dalam pesbuk, memang bye2 la nak jadi menantu. Ecehhhh..hehe.. Boleh lagi si Shila tu cakap Sharnaaz tu memang sayang dia, baik, ape semua. Oh yela, memang bila boyfriend maki girlfriend tu adalah manusia dalam kategori yang paling mulia. Yang paling takleh blah tu, Shila tanak mak bapak dia over protected dia, tapi si Sharnaaz tu kongkong dia takpe pulak? Orang tu takde pertalian pun dengan kau dik. Baik lah kalau ko dengar cakap mak bapak ko tu.. Ape lah..


Aku tengok kat kalangan kawan-kawan aku pun ada je kena kongkong dengan boyfriend. Lebihkan boyfriend daripada family. Tapi aku malas nak masuk campur. Masing-masing dah besar, ada akal boleh fikir. Kalau nak menangkan boyfriend daripada mak bapak, sila bayar balik semua perbelanjaan mak bapak kau dah habiskan selama besarkan kau. Yela kan, dah kau buat mak bapak kau macam musuh, macam tak pernah hidup dengan kau, kau agungkan sangat boyfriend kau tu, camtu sila lah balas balik semua benda yang parents dah buat untuk kau. Kalau kau rasa impossible nak balas balik semua jasa diorang, maka lebih elok kalau kau jaga maruah diorang, jangan burukkan nama diorang. Kalau takde mak bapak kau, takdenye kau kat dunia ni. Sekian, terima kasih. Bye!

Monday 28 January 2013

Sang Pendosa.



Tiada dosa kalau buruk
Yang berdosanya kalau si cantik mengeji mengutuk.


Tiada dosa kalau bodoh
Yang berdosanya kalau si pandai berlagak angkuh. 


Tiada dosa kalau kedana
Yang berdosanya kalau si kaya sombong semena.


Tiada dosa kalau tak bersuara
Yang berdosanya kalau si bising mencerca menghina. 


Nah, begitu ramai pendosa
Cuma antara sedar dan tidak
Menemani riak hati 
Tapi masa semakin suntuk
Sudahkah ampun kau perolehi?


Taubat kepada Allah, tapi ampun daripada mangsa
Fikir-fikirkan wahai pendosa.










Sunday 6 January 2013

Kamu :)


Kepada yang sabar melayan telatah
Semoga kau melebihi agamamu daripadaku

Kepada yang jarang merungut marah
Semoga tidak sesal kau kenaliku

Kepada yang selalu mendengar masalah
Semoga kau memilih santun lebih daripada rupaku

Kepada yang acapkali mengalah
Semoga kau terus sabar menungguku.

RO :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...