Thursday 19 July 2012

How could you be so selfish~


Assalamualaikum warahmatullah :)

Selfish. Selfish tu kadang2 bagus. Tapi kadang2 boleh buat orang naik muak. Contohnya, bila kau dah janji nak keluar dengan kawan2 kau, tapi tiba2 kau cancel sebab boyfriend kau ajak jumpa. Lepas tu kau nak conceal perihal kau nak pegi dating dengan boyfriend, kau sanggup tipu kawan2 kau dengan alasan2 tak logik. Friend, I don't mind u nak pergi dating, tapi boleh kot bagitau benda yang betul. Apa kes nak tipu2 bagai? If kau tak nak lepak2 dengan kitorang since dah last sem degree ni, apalah daya diriku mahu menghalang. Tapi ralatnya hatiku ini kerana dirimu memilih kekasih lebih daripada kawan2, dan bertambah terluka jiwaku apabila kau menipu diriku dengan alasan2 basimu. Aku kini menjadi sangat tegar untuk tidak mempedulikanmu. Sebab aku sangat2 benci orang menipu aku... Betapa selfish nya kamu :'(


Sememangya aku tak kisah kalau ada kawan2 yang mementingkan boyfriend lebih daripada kawan2, sebab dia dah besar, dia boleh pilih jalan hidup sendiri, dah boleh fikir. Tapi at some point, aku rasa nak sayang boyfriend pun kena berpada-pada la. Aku pun ada boyfriend, tapi takdela sampai macam tu. Boyfriend aku pun faham kalau aku dengan family or friends, dia takkan kacau aku. 


Aku teringat pernah sekali nak buat kerja group, tapi sorang kawan aku ni tak sampai2 rumah aku untuk buat kerja sama2. Bila aku tanya, dia cakap tengah dating. Fine, aku sambung buat kerja sorang2. Sepicing pun aku tak marah. Tapi bila sampai ke malam baru nak datang, time tu aku berasap. Aku ni dah berjanji dengan boyfriend aku nak pegi tengok wayang terpaksa cancel sebab time tu baru kau terhegeh2 nak datang rumah aku. Sumpah annoying gila. Tapi memikirkan kawan, aku sabar je. 


Aku tahu banyak benda walaupun kau tak bagitau. Aku diam sebab aku tunggu kau mengaku. Memang lah nampak aku macam tak kisah, buat muka takde perasaan apa semua, memaafkan semua tingkah laku, tapi sampai satu masa bukan semua orang boleh sabar dengan perangai manusia macam ni. Kalau aku sebagai kawan pun tak boleh terima, apatah lagi orang lain. 


Semoga kau bahagia dengan cara kau. Tapi ingat la siapa dengan kau waktu susah dan waktu senang. Don't take them for granted. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah. Ok!









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...