Friday 27 May 2011

Kisah patah hati dan cara2 menanganinya~



 Assalamualaikum warahmatullah! ^_^

Entri kali ni panjang sikit, ia berkaitan motivasi diri..ecewahh! hehe.. Aku bukan la pakar motivasi, apatah lagi pakar psikologi.. I'm just a normal human being.. Yang tahu rasa gembira, sedih, kecewa dan patah hati.. (ahah mengadanya ayat! Sila tepuk pipi laju laju..ekekeke :p ) So for today, aku pilih untuk memotivasikan diri berdasarkan cerita kisah patah hati yang dialami sahabat2 aku..Kisah2 patah hati ni macam bermusim tau.. Bila seorang patah hati, semua orang pun berjangkit nak patah hati jugak.. :( :(  


Tapi, aku ambil contoh 1 kisah je la ye..takde la korang korang semua rasa muak nak baca..Maklum lah, dah banyak sangat jadi kan..Aku pun, bila dengar cerita-cerita macam ni, sampai cakap macam ni..




" Hah, korang dah clash? Dia ada perempuan lain?Tula u, siapa suruh u tak colour rambut kaler merah macam perempuan tu..U pegi blonde kan rambut u, memang la ex u mintak clash..Eh u jangan nak kutuk perempuan tu ye, dia ada rambut merah, sebab tu ex u suke..u ada ke?heee"





Sangat rileks kan aku menuturkan kata-kata tersebut?  hohoho.. Jangan cuba ni dengan kawan2 yang korang tak rapat.. Memang korang sengaja menempah tiket untuk dibelasah beramai2 secara eksklusif di tepi koridor kelas korang! 



Serius sikit Chuna! Kita tengah entri patah hati ni ! Ok semua, jom kita tengok kisah sahabat beta ni.....Buat lah muka sedih sikit.....:'(  


KISAH PATAH HATI:
Ada seorang tu dah couple 7 tahun..tapi end up encik boyfie ada perempuan lain lah pulak.. Apela ex beliau ni, girlfriend dia sikit punya cantik, kulit bak telur dikupas, pipi bak pauh dilayang, bibir bak delima merekah, TAPI ex beliau ada gak hati tu nak test market kat perempuan lain..ish ish ish... 

7 years, u keep clinging to the same guy. Mesej setiap 5 minit..call setiap 3 jam, and u keep doing the same routines every single day. And suddenly KABOMMMM!!!!!! That guy ada orang lain! So what do u expect? Susah kan nak lupa? Sebagai seorang wanita sejati, apa lagi my BFF ni boleh buat selain menangis, menangis dan menangis....Malam yang beliau dapat tahu her ex ada perempuan lain, satu malam tu aku dan Nadrah berkampung dalam kereta untuk memujuk beliau..she cried all night long..Why?? Sebab beliau dapat tahu the truth bukan daripada that guy, tapi daripada orang lain!

Sampai sekarang dah beberapa bulan diorang putus cinta, tapi sahabat saya masih lagi tak buleh nak move on..and that guy, sekarang contact my bff tu sebab still sayang. Tapi dah terlambat, my bff sudah tawar hati....... Beliau selalu mintak advice on how to forget her ex sebab beliau dah tak nak terima langsung her ex..

Tapi esok lusa siapa yang tahu kan..Sebab kau dah terbiasa dengan orang yang sama for 7 years..Bukan senang nak alih rasa sayang eh rasa sayang sayang hei..hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei..(cis, kenapa aku menyanyi lak kat sini??)

************THE END*************************

Sahabat ni pernah tanya aku, 
"Macam mana Chuna move on? " krek krek krek.....Ada bunyi cengkerik la kan..Aku pun tak tahu nak cakap macam mana..

"Err...kena provide kajian2 saintifik tak untuk menjawab soalan ni? hehehe..Ke Cik BFF nak tahu my experience je?" My BFF gelak dan mengangguk.

So, inilah cara-cara saya moved on... serius serius! :D




1: Ingat Allah :D
Mengadu dengan Allah. Jangan salahkan Allah atau tertanya-tanya kenapa benda ni semua jadi kat kita. Tapi be thankful sebab Allah tu kan Maha Mengetahui untuk setiap yang terjadi. Mesti ada sebab kenapa Allah bagi semua ujian ni kat kita. Kalau kita tak cukup kuat, Allah takkan bagi semua ujian ni kat kita.Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah tunjuk kat kita dari awal baik buruk orang yang kita pernah sayang tu. Banyak kan berdoa pada Allah so that Allah hapuskan rasa sayang kita pada orang tu kalau betul2 dia bukan untuk kita..

Doa yang saya amalkan: 



2: Right mind set!
Mind set tu paling penting! Jangan sekali-kali doakan yang buruk2 pada ex kita. Treat dia macam kawan biasa. Walaupun dia salah, jangan persoalkan kenapa dia buat macam tu. Set kan dalam otak kita ni, yang perasaan tu tak boleh nak dipaksa. Bukan lah salah ex kita kalau dia terjatuh cinta kat orang lain. Sebab Allah yang wujudkan perasaan tu dalam hati diorang, siapa lah kita nak halang..betul tak? 

So kalau dapat mesej daripada ex yang kononnya nak mintak maaf and be your friend, jangan nak berperang dunia keempat pulak! Tarik nafas panjang2, act cool, reply lah macam takde apa2 jadi..Lepaskan semua dendam kesumat korang tu. Insyaallah, lagi senang korang nak lupakan someone tu bila korang baik dengan dia, bukan bermusuh dengan dia.



3: Sharing is caring...awwww~
Tadi tu cara2 abstrak..Sekarang cara2 yang boleh dinampak ye..hehehe..:D Find a friend, or friends, yg korang betul2 percaya, mengadu lah kat diorang..Mengadu lah sampai diorang mabuk and muntah2 dengar luahan hati dan perasaan korang tu! Kalau diorang pengsan sekali pun, korang ugut je nak simbah asid satu botol kalau tu je satu2nya cara untuk buat diorang dengar!hahaha..Kejam sangat dah tu..hihi.. Menangis lah kalau boleh legakan hati korang..Lepas tu, jangan salahkan orang lain kalau diorang tanya macam ni,

" Eh, u betul ke takde sepupu sepapat dengan panda? Mata korang sama la.." hehehehe


4: Ceriakan hari anda !!!!
Next important way is dengan menyibukkan diri anda ! Bukan lah dengan menjadi penyibuk ye, tapi busy kan diri sendiri dengan aktiviti2 berfaedah :D Such as, keluar dengan kawan2, have fun dengan family, baca buku banyak2, tengok tv, main game, buat past years questions, study study dan study..hahahaha..Trust me, selagi masa terluang korang diisi dengan benda2 macam ni, korang takkan ada masa untuk fikir pasal ex korang tu ;)  

Ini kalau korang dok terperuk dalam bilik, tengok gambar ex, baca mesej2 ex, mengenang kembali down memory lane, memang takkan jadi ape my dear.. Lepas tu nanti korang mula lah nak try luck mesej balek ex korang, kot2 dia layan. Kalau layan takpe lah, kalau dibuatnya dia cakap korang tak paham bahasa, tak ke sadis tu? Korang gak yang sakit hati..Nak pulak kalau time tu dia tengah dating dengan gf baru, lupakan jela impian korang yang mengharap dia reply mesej korang ! *_*


5: Tolong la jadi kejam dengan diri sendiri..pliss pliss plissssss!
Memang la korang tengah patah hati. Waktu tu korang rasa semua orang tak paham korang. Tapi trust me, aku sangat memahami korang.huhu.. Tapi aku tak tunggu lama untuk jadi kejam dengan diri sendiri..HOW?? Senang je...:D :D :D

Delete je semua apa2 yang berkaitan dengan ex korang. Mesej2 and gambar2, dah layak dah tu masuk tong sampah henfon korang tu! Henfon canggih takkan takde tong sampah kan? Henfon baling anjing mati aku tu pon ade tau tong sampah! Jangan nak bagi 1001 alasan pulak okeh..hee..Buang semua benda yang boleh buat korang ingat kat dia.  Kalau tak sampai hati nak buang, simpan barang2 tu semua kat tempat yang korang jarang nampak. Tak pun, pulangkan je balek kat ex korang, ape susah? hehehe..



Ok, setakat tu je la cara2 saya..tu basic je. Yang selebihnya terpulang la kat korang-korang semua ye..huhu..Bukan semua orang sama caranya. Tapi ini cara saya. So far, takde masalah sakit jiwa pun. Selamat mencuba!!!





^_^






6 comments:

  1. *meleleh air mate jap bace* its almost half year passed, mims still mcm ni. hehe. tnye nad. anywaym thanx chun for the advice :)

    ReplyDelete
  2. be strong sayang! memang susah sangat. iknow..susah nak describe..tp u shud try it, jangan sedih2 lagi ok honey!

    ReplyDelete
  3. very useful tips..baca rse tenang sket..hehe..errr btw rmbut merah?? sapekah? krekk krekk krekk =.='

    ReplyDelete
  4. btw..igt nk beli benefit lg la..zz..zz..krohh..kroh..kroh..

    ReplyDelete
  5. Aku main petik je rambut tu..waktu mula2 mims cakap dia clash, tu lah rambut aku cakap kat dia..haha

    ReplyDelete
  6. Itulah makanya..perlu diingatkan kepada anak-anak semua, tidak salah bercinta, tapi gunalah formula untuk keselamatan diri...

    Waktu bercinta, 70% untuk kamu, 30% untuk sidia (jika putus, tidaklah menangis sampai separuh mati, x boleh nak buat apa-apa dah, rasa macam dunia dah nak kiamat, harus diingat, ada 70% lagi cinta untuk diri kamu).

    Waktu bertunang (jika ada jodoh), naik sikit, 60% untuk kamu, 40% untuk sidia (sebab, semua manusia mahu kebahagiaan, tapi jika tidak kesampaian, tidak akan sampai membunuh kamu kerana rasa sakit dan pedih ditinggalkan, hidup harus diteruskan, masih ada 60% untuk diri kamu)

    Waktu berkahwin, 70% untuk keluarga dan sidia, 30% untuk kamu (sebab, langit bukan selalunya cerah, ada waktu kelam, masih ada perlindungan dan kekuatan diri untuk kamu mengharungi segala musibah).

    Fikirkan dan cubalah berubah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...