Friday 29 July 2011

Players Singapore = Pelakon Terbaik!




Yer, players Singapore memang ada bakat jadi pelakon cemerlang! TAHNIAH! Tak sia-sia berlatih main bola selama ni..Dapat jugak korang tunjukkan bakat terpendam jadi pelakon kat tengah padang..ERKKK! Apasal cam tak kena je ni..Main bola semata-mata nak jadi pelakon?? Haih, takleh carik makan Aaron Aziz pasni..Kawan senegara dah buat onar nak rampas job kau! Cedera itu lah, sakit ini lah..Kau boleh ke berlakon cam diorang haa Aaron Aziz?? Setakat Nora Elena tu, memang sekadar di pinggiran la kalau nak compare dengan aksi-aksi stunt yang dipamerkan pemain Singapore ni! hahaha..



Urgghhh!!! Aku benci la tengok match yang tak clean cenggini..Buang masa aku je..Syamsul Yusof boleh la if nak ambik players Singapore ni untuk next action film pasni.. Ouh ouh jangan lupa dia punye paramedik wanita tu..NICE ACT GIRL! Ramai terpedaya..kahkahkah! Semua team korang nak spotlight kan? Dengan goalkeeper sekali nak jugak..TERsakit kepala sebab kena bola..Boleh tak kalau satu team korang ni jangan lembik sangat?? Loserr yang amat..haih!



Tapi pemain Malaysia pun, please la jangan malas sangat kejar bola tu! Haih, penat kawan sorang2 bawak bola, bile pass, takde soghang pun dok jaga..Panasss je tengok! T_T




Apa-apa pun, saya still sokong Malaysia..Go Harimau Malaya!!!! *Tq Khairul Fahmi and Safee Salii :D




P/S: Takleh nak marah2 sangat..Ramadhan dah dekat..Sucikan hati dari amarah ye..huhuhuhuhu ^_^






Tuesday 19 July 2011

Cik Diva to Puan Diva :D



Assalamualaikum w.b.t..

Ke hadapan Puan Diva dan suami..


Diharapkan anda berdua sihat dan selamat hendaknya. Puan Diva, maafkan saya kerana tidak dapat menghadiri majlis persandingan anda pada hari Ahad yang lalu, 17 Julai 2011. Ini adalah kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya juga khuatir tetamu2 Puan Diva akan lari melihat saya kerana saya telah diserang chicken pox.


Puan Diva, saya tahu, awak mesti rase sedih bila saya tak dapat menghadiri majlis awak bukan? Maklum lah, saya sebagai salah seorang VVIP tidak dapat memenuhi undangan anda. Jangan bersedih Puan Diva, cuba lagi di acara lain. Misalnya acara melenggang perut atau pun majlis cukur jambul baby Puan Diva dan suami, InsyaAllah. Amin.


Kepada Encik suami Puan Diva, saya selalu cakap dengan Puan Diva yang dia bertuah bersuamikan awak. Tapi awak pun jangan lupa, awak juga bertuah beristerikan sahabat saya ni. Puan Diva seorang yang sangat peramah, comel, havoc tapi at the same time beliau sangat hormat Encik suami. Baik kan beliau? hehehe..Saya mintak, Encik suami jagalah Puan Diva baik2 ye :)


Baiklah, sampai di sini sahaja. Saya syak orang lain mesti tertanya-tanya pulak apekehenye saya menulis surat dalam blog. Tak kenal kah saya pada pejabat pos?? hehe..Saya doakan anda berdua bahagia dan kekal sepanjang hidup. Dapat zuriat yang soleh dan solehah. Amin. :D  



Ouh ouh ye..saya sayang awak my housemate @ my roommate @ my BFF @ Puan Diva- 
Puan 'Aisyah Bukhari.






                                                       

Ikhlas daripada,
Nabilah Husna @ Chuna






Sakit itu kifarah dosa..Alhamdulillah..



Assalamualaikum w.b.t..Hello eberibadi!! hehe ^_^


Hari ni, da masuk minggu ke-2 aku kena chicken pox..Mule2 kene hari tu memang kucar-kacir jugak hidup aku sebab aku asyik tergaru2, rasa pening2, rasa loya, tak sedap badan, selera makan berkurang, tak selesa, kene siram badan and tukar baju sampai 5 kali sehari sebab baju mesti ade kesan darah. So aku memang marah bila orang mempertikaikan keadaan kesihatan aku sampai tak pergi praktikal sebab selagi korang tak rase, jangan banyak mulut ok. Ada jugak yang pertikaikan kenapa aku boleh online, tapi kononnya cakap sakit. Ok lah, let's make it simple. Doktor bagi aku ubat kurangkan bengkak, ubat kurangkan gatal, ubat tidur, ubat sapu, and ubat tahan sakit. Semuanya mengantuk. So bila aku dah online, kadang2 aku tertidur tak sedar pun aku tak offline lagi. Kadang2 aku online, tapi lepas tu aku sakit kepala, aku masuk bilik then aku tertidur. Kadang2 aku online, sebab aku bosan takde buat ape kat rumah. Kadang2 aku online sebab aku nak tengok ape status terbaru yang group mates praktikal aku update so that aku boleh tengok progress group kitorang. So satu dosa ke bile aku online time sakit? Kacau hidup orang lain ke? Bukan aku mintak sakit ni pun..Kalau nak pertikaikan, maknanya korang pertikaikan kuasa Allah la! Demmit la nak perli2 aku pulak! *Kan dah teremosional..wuwuwuwuwu....T_T



Tapi lepas tu, aku fikir mungkin diorang tak nampak keadaan sebenar aku. So aku tak buleh salahkan diorang..Baiklah kawan2, chicken pox tu sebenarnya cacar air ye, bukan lah demam campak seperti yang diperkatakan kebanyakan orang. Maka tak sama lah demam campak dan cacar air itu kerana cacar air seperti bintik-bintik yang besar dan berair. Kadang-kadang boleh berdarah. Demam campak tu pulak bintik2 merah saje..Contohnya macam gambar kat bawah ni..


Chicken pox/ cacar air:








Beza pulak dengan demam campak atau measles:



Sama je bahaya dua penyakit ni..Memang lebih kurang je nampaknye kan. Tapi sebenarnye chicken pox lagi membuatkan pesakit tak selesa. Sebab berair, dan kalau pecah, boleh luka..Sekarang dah boleh nampak tak the clear vision keadaan aku sekarang? Aku tahu korang mesti geli. Sebab tu aku tak nak korang tanye macam mane keadaan aku, aku tak nak korang tanye lebih2. Aku malu. Paham? Aku tak merungut pasal sakit aku ni. Tapi aku kesal..(cewah kesal!haha) 



Yela aku kesal sebab orang cakap kat aku:

"Chuna, kau cakap sakit. Boleh pulak online kan?"- Dah tu, takkan korang nak aku mereput kat rumah ni! Dunia dah kat hujung jari la weh. Patutnya korang happy untuk aku kalau aku boleh online. Tu tandanya aku hidup lagi. Paham??


"Chuna kau ni saje buat alasan tak nak g praktikal kan.."- Ah! Group mates praktikal aku pun tak kecoh macam korang. Diorang lagi kenal aku and macam mane aku berharap sangat aku boleh pergi same2 kerja dengan diorang. Orang lain, shut up!


"Chuna, kau ni asyik sakit je la"- Lah, dah Allah nak bagi. Takkan aku nak cakap jangan Allah, jangan bagi aku sakit. Aku tak nak sakit. Aku nak sihat je sampai bila2. Boleh pulak kan tolak macam tu?? Huh..Ni semua kuasa ALLAH S.W.T.. Sakit ni kan kifarah dosa. Sedangkan aku pun cuba bersabar dan tahu ni semua rezeki Allah nak kurangkan dosa aku kat dunia ni, support lah aku..Haiya....Aku tahu lah korang takde dosa, sebab tu tak sakit. Jangan nak riak pulak. Sekali Allah bagi kat korang, baru tahu. Wekkkk!



P/S: Eleh tanye keadaan aku pun tak. Kecoh je lebih...pffftttttt!!! Cube2 lah bawak2 berdoa, doakan keselamatan dan kesihatan aku ni ha..








Saturday 9 July 2011

Praktikal oohh praktikal ~



Assalamualaikum w.b.t..Hello eberibadi!!! ^_^


Disebabkan arini ada Perhimpunan BERSIH yang tak berapa nak mendamaikan negara sedang diadakan kat tengah bandaraya Kuala Lumpur tu, aku terpaksa duduk kat rumah dan membosankan diri! *Demmit! Daripada buang masa, aku fikir elok gak aku mem'BERSIH'kan blog aku yang da bersawang sebab dah berapa minggu tak hapdet ni..hihihi.. Haa BERSIH yang macam ni baru lah boleh diterima sebab tak kacau hidup orang lain..huuhuhu ^_^


Ok, arini aku nak citer pasal praktikal kat Attorney General's Chamber kat Putrajaya. Aku baru pergi three divisions je..First, Civil Division. Second, Drafting Division. Third, International Division. So far, it goes well. Alhamdulillah :D 


Tapi bila takde keje tu, memang betul2 takde keje. Kitorang sampai bosan sebab takde benda nak buat. Tapi bila ada keje tu, busy sampai tak hingat dunia T_T...Tapi yang best nya sebab dapat banyak experiences from lawyers and bekas majistret. *Mintak2 la aku pun berjaya dalam life macam diorang..AMIN ^_^


The most interesting part is when aku dapat satu group dengan kawan2 yang sekepala dengan aku..Basically ada 19 students UiTM yang buat praktikal kat sini. And aku dapat satu group dengan Nazi, Haifaa', Fiza and Iswat. Kalau takde kerja kitorang memang selalu lepak same2. G tengok wayang time lunch, lunch sesame, lepak kat library, tak pun pergi court tengok court proceeding.Well, memang best la sebenarnya perasaan buat attachment kat AGC ni..Tapi at certain parts, kitorang kena berpuas hati dengan surface experience je dari orang2 kat sini. Because banyak urusan kerajaan yang sulit dan tak bulih lepas kat pengetahuan awam. Kitorang pun kira public jugak la, so pehe2 jola..Setakat suruh buat research sikit2 tu, boleh la.But anyway, kitorang still dapat pujian daripada lawyers and pegawai2 kat sane sebab bila diberi kerja, kitorang tersangat la komited. Ni bukan puji diri sendiri, ini lah komen diorang kat kerja kitorang.Alhamdulillah, kinda bersemangat sikit la bila kena puji kan..hehe (--,)


Actually tanak buat entry panjang2. Just nak share sikit2 je. At the same time nak bagitau kat readers yang blog ni still beroperasi..hehe


P/S: Ouhhhh ouhh ye! Sekarang ni dah reti nak tido awal, before 12 and bangun awal pagi at 5.30 am! Bangga kot dengan diri sendiri..hohohoho  :D

Row belakang: Yasmin, Sara, Azira. They are from the other group.
Row depan: Me, Haifaa', Fiza and Nazi :D






With my group, buat research kat library ^_^




With yasmin and Haifaa'




Terbaikkkk la tengok cite Sekali Lagi time lunch ari Jumaat! hehe
P/S: Ade lelaki tak pegi solat jumaat duduk satu row dengan kitorang.Sumpah annoying! -__-"





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...