Thursday 26 May 2011

"Aku Seorang Yang Gagal........"





Waktu sekolah dulu, aku memang tersangat la aktif menginvolvekan diri dalam seni persembahan ni. Aku tersangat la minat dengan puisi, sajak, pantun teater ni, sampaikan kalau ada pertandingan aku wajib nak masuk jadi wakil sekolah. Pertandingan menulis puisi pun aku layan jugak. Gile publisiti gak aku ni dulu..hahaha.. Takde la, dah takde orang minat, aku nak la jadi rare minat benda2 macam ni.. Tapi serius, memang aku minat pun, tak main2..hehe.. 


Pernah sekali tu, ada seorang sahabat datang dekat dengan aku, and he said that dia suka baca sajak yang aku hantar kat majalah sekolah CITA. Waktu tu aku tak tahu pun diorang dah siarkan..huhu. Time tu karya biasa2 jela, takde la gempak mana pun.. So kat sini aku nak kongsi salah satu karya yang aku pernah buat waktu zaman2 kanak-kanak rebina waktu aku Form 5 dulu..Kanak-kanak rebina la, sebab sekarang aku baru remaja..hihihihi :D :D




AKU SEORANG YANG GAGAL!
Aku selalu bertanya:
Wahai ayah, di mana tabah inginku kutip,
seperti deritamu yang tidak kau titip?

Wahai ibu,
di mana cekalku ingin bertunjang,
seperti lenamu yang tak pernah panjang?

Wahai guru,
di mana perahu tekun inginku mudik,
seperti dirimu yang sabar mendidik?

Lalu jawabmu:
Demi kasih pada anakku,
selaut api bagaikan salju,
Demi sayang merantai hati,
Sanggup nyawaku bergalang ganti!

Dan kerana doamu itu,
Lantas, laksana bersaksi di saat ini,
Tatkala penaku bercanda,
Diperi oleh tinta menari,
Aku berjanji,
akan menjadi seorang yang gagal!
Gagal lantaran tidak mampu untuk menyapu setiap titis air matamu,
Yang mengalir di hari kejayaanku..

Ketahuilah wahai ayah, ibu dan guru,
malah rakan-rakanku,
Berdirinya aku,
Melangkah dengan kaki peribadi,
Lalu,
Ku alun nafas sendiri..





^_^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...