Tuesday 7 June 2011

Isteri kena layan husband macam pelacur?? pffffttt!!!

 

Assalamualaikum w.b.t and helloo everyone! ^_^


Pagi ni aku bukak fesbuk, tengok ada kawan aku update status,



"Kelab Isteri Taat menyeru para isteri melayan suami macam pelacur. Sungguh bahlul dan bangang sekali Dr Rohaya Mohamed itu! (benarkah dia doktor?!) "
 
 
Apakah ini? Mengapa kawan fesbuk saya marah sampai macam tu sekali?? OMG OMG! (homaigod!)
 
So aku pun google2 la ape statement Dr Rohaya Mohamed bedasarkan status fesbuk kawan aku tu. Ini lah hasilnya!
.................................................................................................................................................

Tuesday, June 7, 2011

DR ROHAYA: ISTERI SAMA DENGAN PELACUR ?

بسم الله الرحمن الرحيم

'Layan macam pelacur'

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.



................................................................................................................................................


Basically, misi pertubuhan tu adalah untuk jadikan isteri2 dalam dunia ni taat kepada suami. Kan kalau taatkan suami, boleh masuk syurga..Betul dah tu misi tu.. Tapi yang beliau ni sampaikan, dan mengikut kefahaman aku dan orang2 awam yang protes dengan statement beliau ni, Dr Rohaya Mohamed ni cakap in order to taat dengan suami, seorang isteri kena layan husband kat ranjang menyamai pelacur, atau lebih lagi daripada pelacur! Seorang isteri itu mesti lah mengikut apa sahaja kehendak suami! Wow, bagus betul doktor ni..Aku dah mula doubt gelaran doktor beliau ni...



Apa ni doktor,,,dalam Islam pun dah cakap, suami tak boleh menyakiti isteri walaupun waktu melakukan hubungan seks.. Kenapa nak samakan isteri2 solehah ni dengan pelacur kat ranjang??? Tahu tak beza pelacur dengan isteri??? Pelacur tu buat hubungan seks dengan mana2 lelaki yang dia nak. Pelacur ni tak dilayan dengan baik pun dengan lelaki2 tu.. Tapi isteri pulak untuk disayangi dan bukan untuk disakiti. Kalau dah kena buat macam pelacur time layan husband, apa standard isteri ni sebenarnya?? Pelacur kelas atasan?? 



Doktor, kot ye pun nak tunjukkan how important it is layanan wife kat husband, tak perlu lah kot nak samakan isteri dengan pelacur..Celah mana la pelacur boleh jadi role model untuk isteri2 solehah ni?? Lain kali, fikir la dulu sebelum bagi statement.. Kecik hati mak saya kalau tahu doktor cakap isteri2 solehah ni pelacur..Not directly you cakap isteri ni pelacur, tapi you macam menyamakan standard isteri2 solehah ni dengan pelacur! Tak patut laa...Wallahualam....



6 comments:

  1. perghh... sampai mcm tu skali an??? apemenda la samakan isteri ngn pelacor.. adoiyai... bughok na munyik nya... ishk2.

    ReplyDelete
  2. saya rasa dia tersalah cakap ...hahaha ...aper yg diperkatakan , mcm punca kebahagiaan rumahtangga adalah seks ......so funny .! sampai sanggup jatuhkan martabat isteri jadi pelacur..no way ..

    x der maknenyer 'pelacur kelas pertama' boleh ikat suami dari 'makan luar' kalau dah suami tu solat pun x ... bile dah x solat, aish ..setan sane sini dok bertenggek ..wat rugi je kiter jadi pelacur mcm yg dia cakap ...x bahagia jugak ...org yg solat , dia sepatutnye tau ape yg baik dan buruk ...

    jadi , ape yg penting..??? yer ..solat dan tau tanggungjawab!
    itu didikan mak ayah saya.. =)

    ".aku kawen kerana Allah ... bukan kerana suami ."
    no way ...! ( eh dah sebut 2 kali ) ..x kuasa aku nak jadi pelacur untuk diorang...hehe peace ! =P

    note : makcik...jangan ikut sedap molot bile bercakap ..marah isteri2 seperti saya nie .. =)

    ReplyDelete
  3. Yup u are rite! I got her msg yg ckp seks tu penting..tapi apa yg kluar dari mulut beliau ni sangat2 disappointing la..kan?

    betul tu, kawen kerana allah, sebab nak tambah kan umat kat muka bumi..nampak kan Allah pun angkat tinggi darjat isteri tu..apela cakap isteri patut act cam pelacur time layan husband..sentap hati mak nakk! huuu

    kalau husband tu suruh buat benda bukan2, takkan nak ikut jugak..ish3..

    ReplyDelete
  4. Ya ampun...ini lah yang dikatakan " pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh di ajar "...ish ish ishhhhhh..

    ReplyDelete
  5. Peh, ini bangang...
    Dah terang isteri tu insan yg perlu dikasihi n disayangi seadanya oleh insan bernama suami...
    Inilah jadinye bile point betul, cara penyampaian salah...
    What kind of PhD does she hav? PhD in Trashtalking (hons)?

    ReplyDelete
  6. tau takpee bob! aku rase nak like komen kau seribu kaliii! :D :D :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...