Tuesday 6 December 2011

Aku dan Kamu.



Kita muda dan banyak perkara harus diburu.
Itu kata kau pada aku.


Tapi rupanya senyummu sudah bukan untuk aku.
Kau sudah punya cinta baru.


Aku tidak ganggu hidup kamu.
Kerana itu yang kau mahu dari aku.


Sayang kau lambat sedar dari mimpimu.
Sedangkan peluang aku untuk kamu sudah lama berlalu.


Aku masih sakit melihat kisah lalu.
Dan aku masih sakit melihat kamu.


Kau bagai cerminan aku di masa dulu.
Cuma bezanya kini kau menjadi si penunggu.


Aku ada hidup aku.
Sama seperti kamu ada hidup kamu.


Aku gembira dengan hidup aku.
Dan aku mahu kamu juga begitu.


Teruskan hidup seperti tiada apa yang berlaku.
Aku pernah di tempat kamu, aku pasti kau kuat untuk itu.


Tiada cinta, hanya tinggal hormat aku pada kamu.
Mungkin itu sesuatu yang patut kau tahu.




Ehsan dari google :)



P/S: Puisi ini hanya rekaan semata-mata. tq :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...