Friday 24 February 2012

Kek Kasih Sayang :)


Ini Faralina, my best friend. 



Aku panggil beliau Cik Yat. Dia pun panggil aku Yat. Seperti kembar bukan? Tapi tidak. Fara lebih cantik. hihi..


Kami tak pernah mengalami krisis identiti sebab panggilan rasmi ni antara kitorang je, orang lain tak panggil kami macam ni.


Anyway, Cik Yat ni bukan sahaja baik dan cantik jelita, malah beliau juga seorang yang hebat memasak, maklum lah degree student in Pengurusan Seni Kulinari la katakan :D 


Nak dijadikan cerita, kakak cantik kita ni teramat la tahu aku ni tersangat la suka makan kek. Oleh itu, beliau selalu buat kek untuk aku dengan niat nak bagi aku gemuk. 


Baru2 ni beliau tiba-tiba buat "surprise!" dengan menghantar satu kotak kek comel kat rumah aku. Terharu la sekejap kan :')






Meh kita intai isi dalam kotak ni..JENG JENG JENG!!!




Comellllllllllll ^_^



TADAAAAA!!!







Nampak tak nama "Yat" tu? Nampak tak? Nampak tak??




Nah close up shot.






Aku sempat snap picture sebelum kek ni menjadi mangsa korban perut manusia2 di rumahku ini..hihihi ^_^


Hokkeh! Rakan-rakan sekalian! Kalau ada hati nak order kat cik Fara kita ni buatkan kek yang comel dan sedap seperti ini, boleh la inform me ye. Cupcakes pun Cik Fara boleh buat jugak :D


Aip! Order kek sahaja ok! Order number phone tak boleh. Nehi nehi! Nanti lebam bijik mata kena tumbuk dengan boipren dia. >,<


To Cik Yat, thanks so much for this lovely cake. Rupa kek tak penting, your love for me is all that matters. 


I heart u !

:D









Thursday 16 February 2012

RAYYAN


Ini Rayyan.




Tak percaya? Ok tak apa. Kita tanya dia sendiri. Siapa Rayyan, angkat tangan!



See?? Hye Rayyan, I am your daddy's cousin. Call me Angah cantik.

Erm, Rayyan suka buat apa? Hah? Rayyan suka menari sambil main gitar??










WAIT!



Okay........ What's with that look?


Yes, that look!



JENG JENG JENG!!



Tott tett tott tett! (jalan terkedek-kedek)




Tot tet tot tet!




Tot tet tot tet tot tet!!



GOTCHA! Angah snap picture Rayyan curik2! 



Jap, macam best pulak tengok webcam nih.......

ZUP!!


Rayyan usha line belah kiri. Mommy is watching.



ZAP!


Rayyan usha line belah kanan. Wan is watching.


Common guys! I'm a big guy la...


Ah tak kira! Nak usha gak laptop Angah cantik ni..


 GET SET!





READY......



GO!!!



ZRAPPPPPP!



Jap, camana gua boleh lupa Angah cantik ada kat sebelah gua ni??

Now, gua terpaksa pura-pura innocent pulak!



Ini tidak adik tidak adil bagiku........





Ini tidak adil tidak adil baginya.......................


Sigh..~



Anyway.......

my name is Rayyan, and I'm cute.

Thank you.



:D







Sunday 12 February 2012

Cikgu kah daku?


Assalamualaikum warahmatullah..Hello beautiful people! :D

Cuti ni aku jadi replacement teacher for Form 3 students untuk kelas BI, and also for Form 2 students untuk subjek Sejarah. Kenapa tak ajar subjek lain?? Errr subjek matematik? Ok, rule pertama kalau nak mintak student Law ajar tuisyen, jangan sekali-kali mintak kami ajar subjek yang berkaitan nombor! Aku tak kata semua students Law macam ni, tapi kebanyakannya la.. Dan dalam kebanyakan tu, aku adalah salah seorang insan yang tak berdaya yang dipilih oleh Allah...sob sob....T_T Sains?? Errr, sorry saya memang tak minat sains dari dulu......*kuis2 jari kaki kat karpet...... Geografi? Minat jugak..Tapi kena lukis2 peta pulak..Maaf, jejari runcing i tak berseni. I jejari kayu je. Eh. 








And and and, I jadi ustazah pada setiap hari Rabu pukul 9 till 10 pm and hari Sabtu 1030 am till 12.30 pm. Hambekau! Aku melarang sekeras-kerasnya dan menentang bermati-matian (ok over!) my only student tu panggil aku ustazah. Eh eh dia nak panggil cikgu pun aku tak bagi tau. Aku ingat nak suruh dia panggil aku Si Cantik je. OUCHHH!! Siapa baling batu sungai kat aku ni???!!! OK FINE! Aku suruh dia panggil aku akak je..Kak Husna. He is my only student sebab beliau ni special case. Why? Beliau memang agak ketinggalan compared to students lain. So terpaksa bagi private tutor kat beliau. Geddit? Good. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses membaca Iqra' :D







Amacam? Ada gaya seorang guru ganti di pusat tuisyen tak? *Flip hair sambil angkat kening. >_<

Cikgu dah cecantik snap picture sebelum pegi kelas tadi. Students pun selalu confuse umur cikgu. Selalu nampak macam baru 16 tahun. Eh, cuba memuji diri sendiri pula. Maafkan saya (suara kartun dalam cerita Conan).





Ok, tu saja buat masa sekarang. Take care! Bubbyyyeeee :D












Monday 6 February 2012

Rasulullah Pencinta Umat.


Rasulullah Pencinta Umat.

Diperkatakan nurnya di dalam rahim Aminah oleh malaikat
Menjadi perbualan haiwan di laut dan di darat
Disambut gembira pepohon yang berbuah lebat
Menggantikan kawasan yang kering dan tandus amat

12 Rabi’ulawal tahun gajah 
Lahirlah seorang putera di Makkah Al Mukarramah
Cahaya keluar dari tubuh badannya, Subhanallah!
Menerangi sehingga ke Istana Busra, dengan izin Allah

Ya Muhammad!
Kau insan terpilih!
Risalah dari Rabbul izzati kau persembah
Mengharap anak Adam berpegang pada Al-Qur’an dan as sunnah
Supaya jalan lurus tidak bersiur
Supaya duniawi tidak menggiur
Supaya kesesatan tidak menegur!
 Sesungguhnya hanya Islam agama yang benar dan indah
Jangan sesekali terleka dengan godaan syaitan laknatullah!

Namun Ya Muhammad!
Dewasamu tidak semudah disangka
Berkali-kali perasaanmu tercalar dengan sejuta duka!
Kau dihina dan dicerca!
Kau ditohmah kata-kata nista!
Kau dilempar najis di mana-mana!
Mereka langsung bongkak bertanya:
Mengapa Muhammad, atas alasan apa harus kau kami ikuti?
Mengapa Muhammad, tegar kau memperlekeh agama nenek moyang kami?
Mengapa Muhammad, ajaran gila apakah ini??
Tunjukkan kepada kami mana tuhan kamu! Mana tuhan kamu Muhammad!

Namun kau tegas membalas,
Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah, dan Islam itu sebenar-benar agama!
Apa yang kalian agungkan ini hanyalah patung-patung tanpa nyawa!
Tiada permintaan yang bisa dikabulkan!
Allah itu tidak bisa dilihat, disentuh mahupun dirasa,
Tetapi Allah itu ada! Dia yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa!

Ya Rasulullah!
Berkat kesabaran dan ketabahan
Berkat akhlak mulia yang kau tonjolkan
Maka berkembanglah agama yang kau perjuangkan
Islam yang indah dan menenangkan
Islam yang tidak merendah-rendahkan martabat kaum wanita!
Islam yang tidak membezakan mereka yang miskin dan yang kaya!
Islam yang mengharamkan pembunuhan anak perempuan!
Islam yang memerdekakan hamba-hamba bertuan!

Wahai kekasih Allah…
Bila di saat ajalmu datang menjelang
Khabaran syurga tidak sedikit pun membuatmu tenang!
 “Ummati!”
Cintamu kepada umatmu langsung tidak berkurang!
“Ummati!”
Kau masih menyeru umatmu di hujung nafas sayang!
“Ummati! Ummati! Ummati!”
Sehingga lah nyawamu berpisah dari jasad dan tulang belulang…


Wahai Nabi Muhammad, Rasulullah, kekasih Allah..
Semulia-mulia insan di bumi!
Pemergianmu amat dirasai
Sirahmu kini kami susuri
Kau lah penyinar hidup kami
Yang sesungguhnya mencintai kami
Sesungguhnya ya Allah,
Aku bersaksi, bahawa
Tiada tuhan yang wajib disembah melainkanmu ya Allah
Dan hanya Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Muhammad.

Nukilan,
Nabilah Husna bt. Ahmad Fadzil
5 Februari
5.17pm










Maulidur rasul :)


Assalamualaikum warahmatullah.. Hello beautiful people! :)

Selamat menyambut Maulidur rasul buat semua umat musimin dan muslimat di seluruh dunia. Pada hari yang berbahagia ini, aku terasa nak buat entry supaya kita mengenang Rasulullah dan perjuangan baginda dalam menyebarkan dan menegakkan agama Islam. Wajarlah sesuatu yang baik itu kita kongsi bersama. Nak pulak mengenai Rasul terakhir junjungan kita. 

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabi'ulawal, tahun Gajah di Makkah al Mukarramah. Baginda merupakan putera kepada Aminah dan Abdullah. Perjuangan baginda menyebarkan Islam bermula apabila baginda mendapat wahyu daripada Allah di Gua Hira' pada usia baginda 40 tahun. Ini bukan lah kisah mengenai life begins at 40 ye kawan2. Ini merupakan titik tolak di mana perjuangan Rasulullah bermula, dalam menegakkan Islam dan sekaligus mengembangkan ajaran Islam.

Rasulullah telah mendapat pelbagai macam kutukan, cacian dan makian dalam proses untuk menyebarkan syiar Islam. Malah pernah juga Rasulullah dilemparkan najis oleh orang2 kafir. Bayangkan betapa susahnya Rasulullah nak menyampaikan dakwah Islam ni. Tak cukup dengan itu, pada waktu itu bapa saudara baginda iaitu Abu Jahal cukup kuat menentang ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad. 


Rasulullah telah menyampaikan Khutbah terakhir baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah pada 9hb Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah. Baginda seolah-olah mengetahui bahawa ajal baginda sudah semakin hampir. Baginda meminta supaya umatnya berpegang kepada ajaran Islam, berpegang kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah, supaya manusia tidak tersesat selama-lamanya. 

Rasulullah juga merupakan seorang nabi yang amat mencintai umatnya. Pada saat-saat kewafatan Nabi Muhammad, baginda telah meminta haknya kepada Allah. Apabila perkhabaran Syurga untuk baginda disampaikan oleh malaikat Jibril, baginda masih kelihatan cemas dan tidak tenang. Baginda masih resah gelisah mengenai nasib umatnya sesudah kewafatan baginda. Maka Allah telah berfirman "Sesungguhnya Aku mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."   Malah, sehingga nafas terakhir baginda, mulut baginda masih menyebut "Ummati! Ummati! Ummati!" Umatku Umatku Umatku! Begitu agung cinta Rasulullah kepada umatnya sehinggakan kita menjadi kerisauan baginda sehingga lah saat Izrail menarik nyawa dari jasad baginda.


Begitulah serba sedikit kisah hidup nabi Muhammad, nabi junjungan kita. Begitu tingginya darjat baginda di sisi Allah. Seharusnya kita sebagai umat baginda untuk mengenang kembali perjalanan sirah baginda. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Amin :) 










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...