Saturday 28 July 2012

Filem Melayu.

Assalamualaikum warahmatullah :) 


Lately makin banyak aku tengok cerita-cerita Melayu yang kurang bermutu kat televisyen. Aku bukan anti cerita Melayu ye, aku layan je since parents aku mana layan cite omputih sangat. Tapi, kalau dah sampai mengarut sangat tu, aku mula la sakit hati nak tengok. 


Yang paling aku tak boleh nak terima bila cerita berkaitan dengan apa yang aku belajar. Contoh, drama Natasha yang si Fasha Sandha berlakon dulu tu. Apa jadahnya bila anak Jalaluddin Hassan dalam cite tu mati, Fasha Sandha pulak dipersalahkan, konon-konon dia bawak sial. Sebab sial Fasha dalam cite tu, anak Jalaluddin Hassan yang cinta mati dekat Natasha jadi arwah disebabkan kesialan tersebut. Dipersalahkan tu takpe lagi kot, tapi didakwa di mahkamah ye! Ok Natasha, tunggu surat peguam dari aku sebab kesialan ko dah membunuh anak aku. Eh ni kalau orang luar tengok cite ni mau tergelak terguling-guling! Gobloknya la peguam dari Malaysia sampai boleh terima kes ni kan? Ayoyo.. Menjejaskan kredibiliti guaman la weh..



Ye ye, aku tau banyak je cerita omputih and hindustan yang berlebih-lebihan dalam penyampaian filem diorang tu. Contohnya, cerita Incredible Hulk yang aku tengah tengok sekarang ni. But hello, sains tu terlalu luas untuk diteka kemampuan dia ye. Apa2 pun boleh jadi dalam sains. Cerita Koi Mil Gaya lakonan Hrithik Roshan and Preity Zinta, superb! Aku salute cerita XX ray yang Aziz M. Osman buat dulu tu. Aku suka cerita Senario XX yang Fazura jadi heroin tu. Ala yang Apek and Wahid Senario jadi alien tu. Kenapa? Sebab itu lah sains. At least filem Malaysia cuba untuk berdiri sama taraf dengan movie dari luar. Kita tak boleh berlebih-lebihan sangat sebab negara kita majoriti citizens are Muslims.  Nanti orang cakap percaya makhluk halus and alien ni macam orang takde agama pulak. The point is, sains tu subjektif, unpredictable. But laws are facts, fix punishments. So please, buat kajian dulu ok before approve cerita2 yang boleh bagi bad impression dekat orang luar.



Ouh lagi satu, please please, cerita hantu dari Malaysia, memang ada bagusnya buat, tapi jangan lah melampau-lampau sangat pengeluarannya. Dah nanti orang ingat negara kita kaya dengan hantu je. But aku suka cerita Khurafat yang Shamsul Yusof arahkan tu. Nampak kesinambungan dia. At least aku tau kenapa hantu tu ganggu dia. Bukan sekadar hantu bangkit dari kubur sebab nak balas dendam. Tapi rupanya Shamsul tu dah guna-gunakan Sabrina Ali guna roh orang mati. Bila Sabrina mati, roh dia tak tenang la. 



Cerita indonesia yang drama-drama aku tak layan. Memang aku tak minat pun. Banyak pengarutan yang mengarut. Sorry! Tapi movie diorang pasal keagamaan memang marvelous! Tak perlu bersentuh-sentuhan, mesej dah cukup kuat untuk disampaikan. Yang pasti, pengarah-pengarah kat Malaysia banyak yang tak yakin dengan pembawaan konsep yang macam ni. Kena ada jugak peluk-peluk, cium-cium, gesel-gesel baru cerita jadi fantastic. Yeah right. Aku rasa after this kalau ada jugak adegan2 macam ni, patut nya haramkan je tayangan. *Emo. 


Sekian :) 















Saturday 21 July 2012

Petua menjaga kulit muka.

Assalamualaikum warahmatullah :) 

Selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama memperoleh berkat daripada Allah s.w.t. Amin :)


Ok lah, short entry je ni. Pagi-pagi tadi after mandi, aku saja nak try apply tomato kat muka. Petua ni aku dapat daripada ex bibik cousin aku. Untuk hilangkan jerawat dan haluskan kulit muka. Serius, muka beliau sangat-sangat licin. Baru sekarang aku berkesempatan nak cuba. Hari pertama try tak boleh la nak nampak efek kan. But, memang rasa la jerawat macam mengecut. hehe..Akan ku cuba lagi, tengok berkesan atau tak, dan baru aku update kat sini la. Segan la pulak nak cerita lebih2 sebab baru nak try. hihi :p


Cara-caranya mudah saja. Ambil sehiris tomato, pastu gosok lembut di muka. Kalau tak puas hati, boleh apply lagi sehiris. Then biar kering dalam 30 minit. Lepas tu basuh dengan air suam.


Lepas tu, petang tadi aku try apply putih telur kat muka. Petua ni untuk tanggalkan semua kekotoran di muka. Erm aku rasa ni memang berkesan la. Tertanggal semua blackhead whitehead aku. Buat seminggu sekali je. Cara ni depends la kat jenis kulit masing-masing.hehe.. Takpe, nanti aku cuba lagi, dan akan diupdate lagi. 


Cara-caranya:
1-   Asingkan putih telur dan kuning telur. 
2-   Putih telur dikacau dalam mangkuk sampai sebati (berbuih). 
3-   Buih tu sapu di muka sehingga rata. Biar kering dalam 5 minit. 
4-   Sapu lagi layer yang kedua. Then terus letak tisu atas muka. 
5-   Lepas letak tisu, terus apply layer ketiga atas tisu. Biar kering dalam 30 minit. 
6-   Tanggalkan tisu perlahan-lahan dari bawah ke atas muka.
7-   Basuh muka dengan air suam.


Ok, selamat mencuba! :D





Thursday 19 July 2012

How could you be so selfish~


Assalamualaikum warahmatullah :)

Selfish. Selfish tu kadang2 bagus. Tapi kadang2 boleh buat orang naik muak. Contohnya, bila kau dah janji nak keluar dengan kawan2 kau, tapi tiba2 kau cancel sebab boyfriend kau ajak jumpa. Lepas tu kau nak conceal perihal kau nak pegi dating dengan boyfriend, kau sanggup tipu kawan2 kau dengan alasan2 tak logik. Friend, I don't mind u nak pergi dating, tapi boleh kot bagitau benda yang betul. Apa kes nak tipu2 bagai? If kau tak nak lepak2 dengan kitorang since dah last sem degree ni, apalah daya diriku mahu menghalang. Tapi ralatnya hatiku ini kerana dirimu memilih kekasih lebih daripada kawan2, dan bertambah terluka jiwaku apabila kau menipu diriku dengan alasan2 basimu. Aku kini menjadi sangat tegar untuk tidak mempedulikanmu. Sebab aku sangat2 benci orang menipu aku... Betapa selfish nya kamu :'(


Sememangya aku tak kisah kalau ada kawan2 yang mementingkan boyfriend lebih daripada kawan2, sebab dia dah besar, dia boleh pilih jalan hidup sendiri, dah boleh fikir. Tapi at some point, aku rasa nak sayang boyfriend pun kena berpada-pada la. Aku pun ada boyfriend, tapi takdela sampai macam tu. Boyfriend aku pun faham kalau aku dengan family or friends, dia takkan kacau aku. 


Aku teringat pernah sekali nak buat kerja group, tapi sorang kawan aku ni tak sampai2 rumah aku untuk buat kerja sama2. Bila aku tanya, dia cakap tengah dating. Fine, aku sambung buat kerja sorang2. Sepicing pun aku tak marah. Tapi bila sampai ke malam baru nak datang, time tu aku berasap. Aku ni dah berjanji dengan boyfriend aku nak pegi tengok wayang terpaksa cancel sebab time tu baru kau terhegeh2 nak datang rumah aku. Sumpah annoying gila. Tapi memikirkan kawan, aku sabar je. 


Aku tahu banyak benda walaupun kau tak bagitau. Aku diam sebab aku tunggu kau mengaku. Memang lah nampak aku macam tak kisah, buat muka takde perasaan apa semua, memaafkan semua tingkah laku, tapi sampai satu masa bukan semua orang boleh sabar dengan perangai manusia macam ni. Kalau aku sebagai kawan pun tak boleh terima, apatah lagi orang lain. 


Semoga kau bahagia dengan cara kau. Tapi ingat la siapa dengan kau waktu susah dan waktu senang. Don't take them for granted. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah. Ok!









Tuesday 10 July 2012

Lukisan misteri~








Siapakah gerangan yang berani menconteng arang ke atas attendance list aku ni??


Dah lah guna pen! Sabar jela..-_-"




Tiap-tiap minggu aku kena berusaha cari liquid paper nak padam masterpiece sahabat aku ni.. Tanak mengaku pulak tu!!! 0_o



Ok sambung study balik. Musim exam.. InsyaAllah lepas habis exam, akan aktif berbloging seperti biasa.. :D



Sekian.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...