Saturday 27 August 2011

Kosong Tiada Darjah.


Sekali lagi kita bertemu wajah
Tak, aku tak marah
Aku tahu beralah
Cuma kau yang tak mahu kalah.


Pernah, aku dah pilih titik tengah
Diam, tak mahu telagah
Tapi kau agungkan rasa amarah
Kau lupa persahabatan yang indah.


Aku tak mahu marah
Kerana sengketa amat sulit untuk kita redah
Tapi kau tak habis menuding jari bagi setiap salah
Sikapmu itu yang harus berubah!


Sumpah! Aku rasa lelah
Setiap kali pun egomu selalu bercambah
Kau menang, aku tak bagi kau rasa kalah
Aku pun dah tak mahu fikir yang sudah-sudah.


Menjaga hati kau bukan kerja mudah
Tapi ingat! Kau bukan tuhan untuk disembah
Maaf, hormat sudah lama terpisah arah
Sifar...Kosong tiada darjah.







By Nabilah Husna
27th August 2011
06.56 am





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...