Tuesday 6 December 2011

Aku dan Kamu.



Kita muda dan banyak perkara harus diburu.
Itu kata kau pada aku.


Tapi rupanya senyummu sudah bukan untuk aku.
Kau sudah punya cinta baru.


Aku tidak ganggu hidup kamu.
Kerana itu yang kau mahu dari aku.


Sayang kau lambat sedar dari mimpimu.
Sedangkan peluang aku untuk kamu sudah lama berlalu.


Aku masih sakit melihat kisah lalu.
Dan aku masih sakit melihat kamu.


Kau bagai cerminan aku di masa dulu.
Cuma bezanya kini kau menjadi si penunggu.


Aku ada hidup aku.
Sama seperti kamu ada hidup kamu.


Aku gembira dengan hidup aku.
Dan aku mahu kamu juga begitu.


Teruskan hidup seperti tiada apa yang berlaku.
Aku pernah di tempat kamu, aku pasti kau kuat untuk itu.


Tiada cinta, hanya tinggal hormat aku pada kamu.
Mungkin itu sesuatu yang patut kau tahu.




Ehsan dari google :)



P/S: Puisi ini hanya rekaan semata-mata. tq :)



Sunday 4 December 2011

Pelat sebut huruf 'S'!!!!


Kenal tak Pierre Andre? Ala, pelakon and pengarah terkenal tu...Takkan tak kenal kot. Beliau ni memang agak feymez la sebab kebanyakan cerita beliau meletup jugak kat cinema. Yang paling aku minat time dia berlakon cite Dunia Baru kat tv3. Meamng aku tak pernah miss hokkay!!~

Ok, kalau tak kenal jugak, meh nak share satu picture beliau.



Sekarang nak tanya, kenal tak Lisa Surihani? Kenai dak?? Jangan cakap tak kenal. Beliau ni memang feymez laa kan. Antara artis wanita yang dilabelkan sebagai primadona Melayu. Lagipun, dah ramai gak orang cakap muka aku iras2 beliau. "Eh Chuna, i baru perasan muka u ada iras2 Lisa Surihani la!"..Haa camtu la lebih kurang ayat2 yang selalu dilemparkan kepada aku. So nampak la betapa fofular kan Lisa Surihani ni..hikhikhik :p *Abaikan.......-_-"    




Sekarang, cuba teka apa yang aku cuba sampaikan di sini? Apa persamaan diorang ni?? Apa? Apa?? hehehe..:D Sebenarnya Pierre Andre and Lisa Surihani ni pelat orangnya! Pierre pelat sebut huruf 'S', meanwhile Lisa pelat sebut huruf 'R'..

Tapi apa kena mengena dengan aku pulak kan kan kan??? Yang sebenarnya, aku pelat jugak!hahahaha..Pelat sebut huruf 'S'! Ramai lah member2 dok mengajuk aku bila sebut huruf 'S'..Tak terasa pun. Langsung tak..haha..Time presentation, aku kena berlatih bercakap so that huruf 'S' aku tak kedengaran terlalu sumbang and lecturer aku boleh faham apa aku cakap. Dugaan~ hahaha.. But, who cares! Best apa! Sebab aku suka, life aku adventurous. muahahaha! Korang ada? :p

Ala, benda ni bukan kelemahan pun. Ada jugak people find this pelat pelat thing interesting, some people find it's cute..hehe..Tak kisah la kan, yang penting, ada jugak bukti orang pelat ni boleh jadik public figure! Tak semestinya aku pelat, aku kena dok rumah and jadik katak bawah tempurung tak bergaul dengan orang lain. YEAHHH!~~~


Sekian. BYE! :'D










Friday 25 November 2011

Leggings ohhh leggings!


Assalamualaikum warahmatullah..Hello everyone!

Ok entry hari ni just a general opinion from me. About leggings!Kebanyakan, tak semua lah, perempuan di luar sana yang tak aware dengan benda ni. Mungkin nak cuba bergaya, tapi sebenarnya tak kena pada tempatnya.

Aku bukan nak cakap aku pandai bergaya ke apa..No no no.. Aku lagik la tak reti nak bergaya. Setakat baju t-shirt geloboh dengan jeans, tudung gaya makcik2 yang keluar pegi pasar, lupakan jela hasrat nak mengaku diri sendiri bergaya ala2 Heidi Klum. Tapi bukan nak cakap ape la, ramai jugak yang cakap muka aku ada iras-iras dia. Orang cakap la, aku tak cakap. Aku macam biasa la, tak suka la nak kecoh2.. Dah orang cakap camtu, aku redha jela... *Tepuk muka bertubi-tubi*


Berbalik kepada cerita asal. Aku sebenarnya nak cakap yang aku tak suka perempuan pakai tudung pakai leggings. Tahu tak leggings tu apa? Tengok gambar bawah ni eh.. 




Jadi nampak tak macam mana tahap dewa punya sarung nangka ? So pada aku macam tak sesuai gitu perempuan bertudung pakai leggings ni. Aku tahu lah diorang selalu pakai dengan baju labuh. Tapi, tetap tak sesuai. Sebab kebanyakan leggings jarang. Dah lah berbentuk, jarang pulak. Tak seswaiii la kak..Menangis dalam hati saya tengok. Kalau kurus takpe jugak. Kalau yang berbadan besar pun nak berangan kurus pakai leggings, ape kes??? BIG BIG BIG NO OK! Nampak sebijik2 yang tak patut nampak tu..It's not sexy, it's SCARY! T_T



Kalau perempuan yang tak pakai tudung pakai leggings, aku tak kisah sangat. Tapi carik la baju yang labuh bawah buttock hang tu.. Ni nak tunjuk seksi la kononnya, tapi nampak buruk kot. Segan la kak kalau lelaki pandang. Serius! 



Aku pernah terbaca kat satu blog, ada picture sorang perempuan ambil gambar pakai leggings, lepas tu nampak bentuk "triangle" beliau tu. Semua komen yang aku baca, kebanyakannya daripada perverts yang otak kuning, semua dok cakap pasal bentuk that thing tau. Sumpah aku pulak yang rasa malu. Oleh itu, kepada kaum2 hawa, berhati2 lah memilih pakaian ok! 

Bye! :D






Thursday 24 November 2011

Impian saya :)


1) Habiskan study dengan jayanya.

2) Lepas tu nak kerja, kumpul duit banyak-banyak. Boleh hantar mak abah pergi haji. Lepas tu nak bawak mak abah makan sedap-sedap. Lepas tu nak bawa mak abah jenjalan pusing satu dunia..hahaha...InsyaAllah :)

3) Nak merasa bagi duit tiap-tiap bulan kat mak abah. Harap2 dapat kerja yang bagus..Amin :D

4) Ambik lesen kereta T_T

5) Bila ada lesen, baru boleh bawak mak abah jenjalan naik kereta baru. hikhik :p

6) Nak beli rumah. Boleh bawak mak abah tengok rumah aku. hehe :p

7) Bina family sendiri. InsyaAllah :) 


AMIN :D





Saturday 19 November 2011

Pengalaman pahit dituduh forge sign orang lain :'(


Assalamualaikum warahmatullah...Hello everyone! (cewah! kunun kunun ada la orang yang baca kan..hihi :p )


Okay, hari ini punya entry panjang berjela. Reading it is on your own risk..haha..Tapi based on real story la. ahaksss! Ok, topik yang I nak ketengahkan hari ni kat u olls semua ialah mengenai "Orang kurang matang yang suka buat tuduhan melulu tanpa menyelidik fakta dan tanpa memikirkan akibat jangka masa panjang!" Fuh! panjang sungguh kan topik hari ni? Masya Allah...Masya Allah..:)


Ini contoh kisah setahun lebih yg lalu..Aku pernah dituduh forge sign kawan aku yang tak datang kelas. I emphasize, DITUDUH.. Kalau ikut undang2 uitm, memang perbuatan ni illegal. Kalau lecturer dapat tahu, memang kau kena bambu. Untunglah kalau kena marah je, atau dapat warning letter ke. Tapi kalau lecturer tu bagi nama kau kat orang atasan sambil cakap "pandai-pandai lah you kalau kena gantung semester", tak berdarah pulak hidung kau?? 


Tapi aku buat cool jela..(dalam hati dap dip dup, dap dip dup!)..Waktu tu bukan nama aku je naik, ramai lagi.. Nadrah best friend aku pun kena. Ex bf nadrah pun kena jugak. Alasan lecturer kesayangan hamba buat macam tu, sebab beliau tengok kitorang sign pakai colour pen lebih kurang same..Walaweh! Adat lah kan kalau kawan sebelah dah sign tu, kitorang main pass pass je pen yang same kat org sebelah, sebelah, dan sebelah lagik tu...... Ke korang tak buat macam tu......? *confuse*


Dipendekkan cerita, lecturer tu panggil la kitorang berdiskusi.. Kononnya nak tahu lah the real reasons from each of us, pasaipa jadik lagu ni..Pasaipa nak forge sign ni...pasaipa??? Apa untungnya tolong orang yang tak datang kelas ni?? Aku dengan nadrah convince kan madam yang kitorang semua tak sign kan pun..It's just dakwat pen tu je yang sama. Yes, kitorang guna pen yang sama. Tapi kawan kitorang yang tak datang tu iaitu A, memang kitorang tak sign kan pun..Siap bersumpah la bagai. Last-last, madam percaya.. Madam cakap madam tak ada niat pun nak tuduh2.. Tapi beliau pelik tengok attendance full, tapi kelas half je yang penuh..Kebetulan hari tu lecturer tu buat test mengejut. So lagi senang beliau nak detect kan, sape yang tak jawab test dengan sape yang jawab..


The case was closed. So kitorang balik dengan senang hati. Tapi tetibe.....JENG JENG JENG!!!! Ada "kawan-kawan" yang baik budi perkerti di mata khalayak, tapi telah menjadi manusia paling tak matang dalam dunia ni bila ada sorang minah ni post kat facebook and cakap, "Weh, hanjeng dua ekor tu da buat salah forge sign orang, sedap2 je orang lain kena tuduh.. Aku yang tak buat apa2 ni pun kena jugak tuduh! bla bla bla bla......" Opppss! hanjeng yang dimaksudkan bukan lah hamba, tetapi nadrah and ex bf beliau. Tapi kat komen2 ada lah jugak mention sikit2 pasal aku, tapi tak seteruk gelaran hanjeng tu..Punyelah ramai yang bersimpati kat nasib minah ni, siap bagi kekuatan, siap cakap "takpe, nanti diorang dapat lah tu balasan." Tapi takde sape pun yang even care nak tahu the real story. Macam mana dengan side kitorang pulak? Macam mana dengan hati dan perasaan kami pulak? Kami ni bukan kawan korang ke? Tiap kali aku terpandang wajah2 yang memberi komen, aku rasa pedih kat hati. Yes, i am very upset, till now :'( 








Ok sekarang ada 3 benda aku nak bagitau kat korang, and kat kawan-kawan yang terbaca..Maaf, jangan ambil hati, tapi ni pengajaran supaya kita belajar respect others and belajar jadi matang. Aku pun tak sempurna, tapi aku belajar memaafkan setiap words korang, jadi izinkan aku bagitau perkara sebenar. 


1) Si A yang tak datang kelas tu, dia mesej Nadrah and mintak tolong sign kan sebab tak larat nak datang kelas. Unfortunately, Nadrah and I skipped sekejap lecture hari tu sebab lecturer French Language kitorang bagi mesej suruh jawab test time tu jugak. Kitorang rushed pergi jawab test french hari tu. Pastu kena cepat2 masuk kelas balik sebab ada test mengejut. Nadrah tak signkan langsung untuk A. Bila kitorang masuk kelas, and dapat je kertas attendance tu, terus cepat2 sign. And tengok2 kat kotak nama A, dah bertandatangan pun. So kitorang assumed A datang kelas lah.. Bila dah jadi kes forge sign ni, si A dengan selamba badak pergi canang, cakap Nadrah yang sign untuk dia, tapi tak nak mengaku. Yang lagik best, dia boleh buat2 innocent cakap dia takde pun mintak tolong sape2 sign kan untuk dia, WHICH dia tipu sebab Nadrah simpan bukti mesej yang dia mintak tolong sign tu. Tapi Nadrah malas nak panjang cerita, and beliau tak pernah bukak langsung cerita ni kat siapa2..Except aku lah..hehe :p



2) Sebenarnya yang sign kan untuk A tu adalah antara kawan kitorang jugak, tapi dia tak nak mengaku. Sanggup dia tengok je Nadrah kena tuduh, kena maki..urggghhh! Memang aku takkan lupa la apa dia buat ni..Uncivilized! Sanggup tengok kawan kena macam tu..Pastu tak reti nak mintak maaf! Stupidos! Pastu boleh pulak berbaik2 dengan minah yang post status facebook emo tu! Talam dua muka punya orang..Tak layak buat kawan!huh..*maaf emo T_T Minah tu pun dah mintak maaf kat Nadrah, tu pun sebab Nad called her and sembur habis-habisan..Tapi dalam nada yang baik lah. Nadrah marah dia, tak bagi peluang. Nad explained all things yang dah jadi. Terdiam hamba Allah itu. Baru ada akal nak berfikir sejenak. Sebelum ni tak pernah terfikir nak bagi peluang untuk jernihkan keadaan, tapi makin memburukkan. Sekarang siapa yang malu? Mentang2 lah dulu Nadrah tak ada facebook, berbakul sumpah seranah beliau dapat. Apa kes?


3) Kawan-kawan, korang sedar tak yang bukan nama korang je yang kena panggil..Tapi nama aku, nama Nadrah, and etc pun kena panggil jugak. Jadi kita semua tak boleh berlagak jadi mangsa pun. Sebab pada aku, ni semua benda kecil, salah faham. Tak payah nak ambil hati sangat. Lagipun lecturer tu dah mintak maaf kot. And think, tak semua benda kita kena exposed kat public, kat facebook, kat twitter..ye adik2 :)


Yea yea aku tahu ni cerita lapuk yang dah basi. Tapi ni salah satu contoh kisah yang berkaitan dengan topik aku hari ni.. Takpe, lain kali aku cuba buat contoh lain yang lebih latest..hikhik :) Isi-isi pentingnya tetap sama, belajar respect others, selidik dulu fakta, fikir sebelum buat, dan keburukan facebook!hahahaha... Baiklah, sampai di sini sahaja. Selamat menjadi matang, dan ubahlah persepsi anda kepada mangsa2 yang terlibat. Sekian, terima kasih :) 














Tuesday 8 November 2011

Misi Pentingkan Diri


Aku dah mula menjalankan misi memujuk Encik Awak untuk kerja dekat-dekat Selangor ni sampai aku habis belajar. Lagi berapa tahun je pun.. (tahun???) Maklum lah, sekarang ni beliau dah semester akhir MBA. Amacam, sangat selfish kan? Well, tell me something I don't know..kihkihkih :D



Walaupun agak mustahil, tapi aku gagahkan jugak demi merealisasikan misi aku ni. Wish me luck! Ouh yeahhh!



K bye! 










Wednesday 26 October 2011

Nyawa seorang Nabilah Husna.











 Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadaMu, kasihi dan peliharalah ibu bapaku dalam keredhaanMu, seperti mana mereka menyayangi, mengasihi dan memelihara aku dari kecil sehingga dewasa kini. 


Kurniakan lah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat, seperti mana mereka telah membahagiakan dan menjadi nyawa dalam hidupku di kala aku gembira mahu pun duka.  



Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon Ya Allah.


Amin.... 




Wednesday 19 October 2011

Semoga Kau Bahagia :)


Ke hadapan Semoga Kau Bahagia..



Aku rasa, tak salah pun kalau kau nak sedih-sedih sebab berpisah dengan boyfriend or girlfriend. Lepas tu kau update status facebook or twitter 24 hours cakap kau sedih sebab dah broke up.




Betul! Sumpah tak salah :) Ramai je buat macam tu...




TAPI AGAK2 LAH KALAU DAH BERKURUN KAU CLASH, PASTU EX KAU TU DAH ADA KEKASIH BARU, TAPI KAU STILL HARAPKAN DIA BALIK KAT KAU. KAU PAHAM TAK YG EX KAU DAH TAK NAK KAT KAU? 







Kau faham tak yang orang lain sampai dah tak larat nak LIKE status facebook kau, dah malas nak komen kat status sedih kau ? Apa maksudnya semua itu?? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri!!








Sekarang, boleh tak kau hentikan semua kekarutan of "SEEKING OTHERS' ATTENTION" ini dan MOVE ON! 






Ni peringatan je...





Sekian, terima kasih. 





Yang ikhlas,
JanganKacauApaYangSayaPunya:)








Sunday 16 October 2011

STRANGER

There was a stranger walked past me last night
and I was with someone whom I love so much
we were  having our late dinner,
and I pretended not to notice the stranger.


Stranger,
you are
my untold story,
my uncertain memory,
my unrecognized history.


Stranger
don't just come and act nice
because past is only a past and we had broken apart 
I wish I had never know you
because we both know that we cannot find the missing part.


Stranger
you have become invisible, somehow.
Go away, I'm fine now
I don't know you
Just pretend that you don't know me too
I don't need you
as much as you don't need me too
Because finally, I have found someone truly better than you.


4 am in the morning,
my phone keeps ringing waiting to be answered
ouh it is the stranger.
You know what, 
You and I are not meant to be together.
So please keep it this way.
I'm not so much like you
Breaking others' hearts is not my woo.


My mom always says to me,
"Honey, do not talk to the stranger."
And that's what I do. 
So, good night stranger
sleep well and may God bless you.








Wednesday 12 October 2011

Kalau tak pandai bawak basikal roda dua, jangan longkang dalam hendak diduga!



Aku terjaga pagi tadi. Aku mimpi ngeri. Tiba-tiba rasa susah nak bernafas. Trauma datang balik. Aku macam terbayang-bayang lagi keadaan dan situasi masa tu. Aku tekup muka dengan bantal. Aku cuba lupakan peristiwa tu. Mimpi tu sebenarnya peristiwa betul! Aku pernah mengalami keadaan yang sebenar macam dalam mimpi tu! Aku takut, trauma, seram, ngeri...... Disebabkan peristiwa tu lah, aku takut berada kat tempat yang sempit. Aku rasa lemas!



Ok, dah sehabis dramatik gaya penceritaan aku ni. Sebenarnya aku trauma bila nampak longkang besar je. ehehehehe..Kenapa?? Sebab waktu umur aku 5 tahun, aku sebagai seorang kanak-kanak kecil yang naif, comel dan baru-baru sahaja pandai bawak basikal beroda dua (eksyen lebih sikit!), telah menjatuhkan diriku sendiri dalam longkang besar kat tepi padang! muahahahahahaha! Dah lah time tu petang nak dekat senja, dah start hujan renyai-renyai, tak ramai pulak orang lalu lalang kat situ..Aku dah start berimaginasi time tu..Kalau lah ada putera raja selamatkan aku, akan aku kahwini beliau..ecewah! Maaf, ini hasil penangan snow white and cinderella -_-"  Tapi, penat jugak lah aku menangis, takde sape nak selamatkan aku..isk isk isk :'( 




Aku dengar azan maghrib berkumandang kat surau berdekatan. Lama jugak aku tersadai dalam longkang besar tu. Dengan lutut koyak, kepala berdarah sebab terhantuk kat batu longkang tu, aku memang sangat tak larat nak bergerak. Nak pulak basikal tu along aku yang punya! Risau aku kalau kena marah dengan mak abah..Time tu aku dah pasrah. Aku cuba panjat lagi longkang tu, tapi tak berjaya pulak..Untuk pengetahuan semua, aku ni memang seorang yang pendek dan tak reti nak membesar. Boleh imagine lah betapa pendek dan keciknya nya aku waktu umur 5 tahun. Dah lah air sampai paras lutut. Serammmmm weh,,,camane kalau aku lemas???? HUWAAAAAA!!!!!! :'(



Kuasa Allah! Selepas 3 jam berhempas pulas menangis, meminta tolong, dan memanjat longkang besar tu, akhirnya, ada seorang atok yang tinggal betul-betul kat seberang jalan tiba-tiba tergerak hati nak menjenguk kat dalam longkang besar tu.



"MasyaAllah! Ada budak dalam ni!" Terus atok yang baik hati, hensem dan kacak bergaya tu panggil isteri beliau dan jiran2 mintak tolong selamatkan budak comel tersebut iaitu aku..ehehehehe :D Beramai-ramai la jiran-jiran datang tolong angkat aku dengan basikal aku..Atok tu bukak air paip depan rumah beliau, terus dia mandikan aku untuk hilangkan lumpur dan segala kekotoran yang ada. Pastu aku nampak mak and abah aku datang..Menangis-nangis mak aku. Ingatkan aku dah hilang, dari pukul 5 keluar tak balik-balik. Mata abah aku pun bergenang je. Penat abah cari satu taman, tak jumpa2..Kesian mak abah aku...:'( 



Alkisahnya, rupanya atok yang selamatkan aku tu keluar sekejap nak usha pokok bunga beliau. Tetiba terdengar suara halus menangis mintak tolong. Atok tu bajet2 makhluk halus. Beliau siap baca segala macam surah lagik! Tapi dah semua surah beliau baca, sampai nak khatam dah al-Qur'an, (maaf exaggerate) suara halus tu tak hilang2 jugak..Tu yang atok tu tercari-cari mana lah datang suara tu. Rupa-rupanya ada aku kat dalam longkang besar depan rumah beliau..Magic tak magic tak?? Mesti atok tu cam rasa SURPRISEDDDD!!! hihihihihi..Sampai sekarang atok tu dengan wife dia ingat aku disebabkan longkang besar tu..hehe..


Moral of the story, kalau tak pandai bawak basikal roda dua, jangan longkang dalam hendak diduga!


BYE!                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...