Tuesday 6 December 2011

Aku dan Kamu.



Kita muda dan banyak perkara harus diburu.
Itu kata kau pada aku.


Tapi rupanya senyummu sudah bukan untuk aku.
Kau sudah punya cinta baru.


Aku tidak ganggu hidup kamu.
Kerana itu yang kau mahu dari aku.


Sayang kau lambat sedar dari mimpimu.
Sedangkan peluang aku untuk kamu sudah lama berlalu.


Aku masih sakit melihat kisah lalu.
Dan aku masih sakit melihat kamu.


Kau bagai cerminan aku di masa dulu.
Cuma bezanya kini kau menjadi si penunggu.


Aku ada hidup aku.
Sama seperti kamu ada hidup kamu.


Aku gembira dengan hidup aku.
Dan aku mahu kamu juga begitu.


Teruskan hidup seperti tiada apa yang berlaku.
Aku pernah di tempat kamu, aku pasti kau kuat untuk itu.


Tiada cinta, hanya tinggal hormat aku pada kamu.
Mungkin itu sesuatu yang patut kau tahu.




Ehsan dari google :)



P/S: Puisi ini hanya rekaan semata-mata. tq :)



Sunday 4 December 2011

Pelat sebut huruf 'S'!!!!


Kenal tak Pierre Andre? Ala, pelakon and pengarah terkenal tu...Takkan tak kenal kot. Beliau ni memang agak feymez la sebab kebanyakan cerita beliau meletup jugak kat cinema. Yang paling aku minat time dia berlakon cite Dunia Baru kat tv3. Meamng aku tak pernah miss hokkay!!~

Ok, kalau tak kenal jugak, meh nak share satu picture beliau.



Sekarang nak tanya, kenal tak Lisa Surihani? Kenai dak?? Jangan cakap tak kenal. Beliau ni memang feymez laa kan. Antara artis wanita yang dilabelkan sebagai primadona Melayu. Lagipun, dah ramai gak orang cakap muka aku iras2 beliau. "Eh Chuna, i baru perasan muka u ada iras2 Lisa Surihani la!"..Haa camtu la lebih kurang ayat2 yang selalu dilemparkan kepada aku. So nampak la betapa fofular kan Lisa Surihani ni..hikhikhik :p *Abaikan.......-_-"    




Sekarang, cuba teka apa yang aku cuba sampaikan di sini? Apa persamaan diorang ni?? Apa? Apa?? hehehe..:D Sebenarnya Pierre Andre and Lisa Surihani ni pelat orangnya! Pierre pelat sebut huruf 'S', meanwhile Lisa pelat sebut huruf 'R'..

Tapi apa kena mengena dengan aku pulak kan kan kan??? Yang sebenarnya, aku pelat jugak!hahahaha..Pelat sebut huruf 'S'! Ramai lah member2 dok mengajuk aku bila sebut huruf 'S'..Tak terasa pun. Langsung tak..haha..Time presentation, aku kena berlatih bercakap so that huruf 'S' aku tak kedengaran terlalu sumbang and lecturer aku boleh faham apa aku cakap. Dugaan~ hahaha.. But, who cares! Best apa! Sebab aku suka, life aku adventurous. muahahaha! Korang ada? :p

Ala, benda ni bukan kelemahan pun. Ada jugak people find this pelat pelat thing interesting, some people find it's cute..hehe..Tak kisah la kan, yang penting, ada jugak bukti orang pelat ni boleh jadik public figure! Tak semestinya aku pelat, aku kena dok rumah and jadik katak bawah tempurung tak bergaul dengan orang lain. YEAHHH!~~~


Sekian. BYE! :'D










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...