Friday 25 November 2011

Leggings ohhh leggings!


Assalamualaikum warahmatullah..Hello everyone!

Ok entry hari ni just a general opinion from me. About leggings!Kebanyakan, tak semua lah, perempuan di luar sana yang tak aware dengan benda ni. Mungkin nak cuba bergaya, tapi sebenarnya tak kena pada tempatnya.

Aku bukan nak cakap aku pandai bergaya ke apa..No no no.. Aku lagik la tak reti nak bergaya. Setakat baju t-shirt geloboh dengan jeans, tudung gaya makcik2 yang keluar pegi pasar, lupakan jela hasrat nak mengaku diri sendiri bergaya ala2 Heidi Klum. Tapi bukan nak cakap ape la, ramai jugak yang cakap muka aku ada iras-iras dia. Orang cakap la, aku tak cakap. Aku macam biasa la, tak suka la nak kecoh2.. Dah orang cakap camtu, aku redha jela... *Tepuk muka bertubi-tubi*


Berbalik kepada cerita asal. Aku sebenarnya nak cakap yang aku tak suka perempuan pakai tudung pakai leggings. Tahu tak leggings tu apa? Tengok gambar bawah ni eh.. 




Jadi nampak tak macam mana tahap dewa punya sarung nangka ? So pada aku macam tak sesuai gitu perempuan bertudung pakai leggings ni. Aku tahu lah diorang selalu pakai dengan baju labuh. Tapi, tetap tak sesuai. Sebab kebanyakan leggings jarang. Dah lah berbentuk, jarang pulak. Tak seswaiii la kak..Menangis dalam hati saya tengok. Kalau kurus takpe jugak. Kalau yang berbadan besar pun nak berangan kurus pakai leggings, ape kes??? BIG BIG BIG NO OK! Nampak sebijik2 yang tak patut nampak tu..It's not sexy, it's SCARY! T_T



Kalau perempuan yang tak pakai tudung pakai leggings, aku tak kisah sangat. Tapi carik la baju yang labuh bawah buttock hang tu.. Ni nak tunjuk seksi la kononnya, tapi nampak buruk kot. Segan la kak kalau lelaki pandang. Serius! 



Aku pernah terbaca kat satu blog, ada picture sorang perempuan ambil gambar pakai leggings, lepas tu nampak bentuk "triangle" beliau tu. Semua komen yang aku baca, kebanyakannya daripada perverts yang otak kuning, semua dok cakap pasal bentuk that thing tau. Sumpah aku pulak yang rasa malu. Oleh itu, kepada kaum2 hawa, berhati2 lah memilih pakaian ok! 

Bye! :D






Thursday 24 November 2011

Impian saya :)


1) Habiskan study dengan jayanya.

2) Lepas tu nak kerja, kumpul duit banyak-banyak. Boleh hantar mak abah pergi haji. Lepas tu nak bawak mak abah makan sedap-sedap. Lepas tu nak bawa mak abah jenjalan pusing satu dunia..hahaha...InsyaAllah :)

3) Nak merasa bagi duit tiap-tiap bulan kat mak abah. Harap2 dapat kerja yang bagus..Amin :D

4) Ambik lesen kereta T_T

5) Bila ada lesen, baru boleh bawak mak abah jenjalan naik kereta baru. hikhik :p

6) Nak beli rumah. Boleh bawak mak abah tengok rumah aku. hehe :p

7) Bina family sendiri. InsyaAllah :) 


AMIN :D





Saturday 19 November 2011

Pengalaman pahit dituduh forge sign orang lain :'(


Assalamualaikum warahmatullah...Hello everyone! (cewah! kunun kunun ada la orang yang baca kan..hihi :p )


Okay, hari ini punya entry panjang berjela. Reading it is on your own risk..haha..Tapi based on real story la. ahaksss! Ok, topik yang I nak ketengahkan hari ni kat u olls semua ialah mengenai "Orang kurang matang yang suka buat tuduhan melulu tanpa menyelidik fakta dan tanpa memikirkan akibat jangka masa panjang!" Fuh! panjang sungguh kan topik hari ni? Masya Allah...Masya Allah..:)


Ini contoh kisah setahun lebih yg lalu..Aku pernah dituduh forge sign kawan aku yang tak datang kelas. I emphasize, DITUDUH.. Kalau ikut undang2 uitm, memang perbuatan ni illegal. Kalau lecturer dapat tahu, memang kau kena bambu. Untunglah kalau kena marah je, atau dapat warning letter ke. Tapi kalau lecturer tu bagi nama kau kat orang atasan sambil cakap "pandai-pandai lah you kalau kena gantung semester", tak berdarah pulak hidung kau?? 


Tapi aku buat cool jela..(dalam hati dap dip dup, dap dip dup!)..Waktu tu bukan nama aku je naik, ramai lagi.. Nadrah best friend aku pun kena. Ex bf nadrah pun kena jugak. Alasan lecturer kesayangan hamba buat macam tu, sebab beliau tengok kitorang sign pakai colour pen lebih kurang same..Walaweh! Adat lah kan kalau kawan sebelah dah sign tu, kitorang main pass pass je pen yang same kat org sebelah, sebelah, dan sebelah lagik tu...... Ke korang tak buat macam tu......? *confuse*


Dipendekkan cerita, lecturer tu panggil la kitorang berdiskusi.. Kononnya nak tahu lah the real reasons from each of us, pasaipa jadik lagu ni..Pasaipa nak forge sign ni...pasaipa??? Apa untungnya tolong orang yang tak datang kelas ni?? Aku dengan nadrah convince kan madam yang kitorang semua tak sign kan pun..It's just dakwat pen tu je yang sama. Yes, kitorang guna pen yang sama. Tapi kawan kitorang yang tak datang tu iaitu A, memang kitorang tak sign kan pun..Siap bersumpah la bagai. Last-last, madam percaya.. Madam cakap madam tak ada niat pun nak tuduh2.. Tapi beliau pelik tengok attendance full, tapi kelas half je yang penuh..Kebetulan hari tu lecturer tu buat test mengejut. So lagi senang beliau nak detect kan, sape yang tak jawab test dengan sape yang jawab..


The case was closed. So kitorang balik dengan senang hati. Tapi tetibe.....JENG JENG JENG!!!! Ada "kawan-kawan" yang baik budi perkerti di mata khalayak, tapi telah menjadi manusia paling tak matang dalam dunia ni bila ada sorang minah ni post kat facebook and cakap, "Weh, hanjeng dua ekor tu da buat salah forge sign orang, sedap2 je orang lain kena tuduh.. Aku yang tak buat apa2 ni pun kena jugak tuduh! bla bla bla bla......" Opppss! hanjeng yang dimaksudkan bukan lah hamba, tetapi nadrah and ex bf beliau. Tapi kat komen2 ada lah jugak mention sikit2 pasal aku, tapi tak seteruk gelaran hanjeng tu..Punyelah ramai yang bersimpati kat nasib minah ni, siap bagi kekuatan, siap cakap "takpe, nanti diorang dapat lah tu balasan." Tapi takde sape pun yang even care nak tahu the real story. Macam mana dengan side kitorang pulak? Macam mana dengan hati dan perasaan kami pulak? Kami ni bukan kawan korang ke? Tiap kali aku terpandang wajah2 yang memberi komen, aku rasa pedih kat hati. Yes, i am very upset, till now :'( 








Ok sekarang ada 3 benda aku nak bagitau kat korang, and kat kawan-kawan yang terbaca..Maaf, jangan ambil hati, tapi ni pengajaran supaya kita belajar respect others and belajar jadi matang. Aku pun tak sempurna, tapi aku belajar memaafkan setiap words korang, jadi izinkan aku bagitau perkara sebenar. 


1) Si A yang tak datang kelas tu, dia mesej Nadrah and mintak tolong sign kan sebab tak larat nak datang kelas. Unfortunately, Nadrah and I skipped sekejap lecture hari tu sebab lecturer French Language kitorang bagi mesej suruh jawab test time tu jugak. Kitorang rushed pergi jawab test french hari tu. Pastu kena cepat2 masuk kelas balik sebab ada test mengejut. Nadrah tak signkan langsung untuk A. Bila kitorang masuk kelas, and dapat je kertas attendance tu, terus cepat2 sign. And tengok2 kat kotak nama A, dah bertandatangan pun. So kitorang assumed A datang kelas lah.. Bila dah jadi kes forge sign ni, si A dengan selamba badak pergi canang, cakap Nadrah yang sign untuk dia, tapi tak nak mengaku. Yang lagik best, dia boleh buat2 innocent cakap dia takde pun mintak tolong sape2 sign kan untuk dia, WHICH dia tipu sebab Nadrah simpan bukti mesej yang dia mintak tolong sign tu. Tapi Nadrah malas nak panjang cerita, and beliau tak pernah bukak langsung cerita ni kat siapa2..Except aku lah..hehe :p



2) Sebenarnya yang sign kan untuk A tu adalah antara kawan kitorang jugak, tapi dia tak nak mengaku. Sanggup dia tengok je Nadrah kena tuduh, kena maki..urggghhh! Memang aku takkan lupa la apa dia buat ni..Uncivilized! Sanggup tengok kawan kena macam tu..Pastu tak reti nak mintak maaf! Stupidos! Pastu boleh pulak berbaik2 dengan minah yang post status facebook emo tu! Talam dua muka punya orang..Tak layak buat kawan!huh..*maaf emo T_T Minah tu pun dah mintak maaf kat Nadrah, tu pun sebab Nad called her and sembur habis-habisan..Tapi dalam nada yang baik lah. Nadrah marah dia, tak bagi peluang. Nad explained all things yang dah jadi. Terdiam hamba Allah itu. Baru ada akal nak berfikir sejenak. Sebelum ni tak pernah terfikir nak bagi peluang untuk jernihkan keadaan, tapi makin memburukkan. Sekarang siapa yang malu? Mentang2 lah dulu Nadrah tak ada facebook, berbakul sumpah seranah beliau dapat. Apa kes?


3) Kawan-kawan, korang sedar tak yang bukan nama korang je yang kena panggil..Tapi nama aku, nama Nadrah, and etc pun kena panggil jugak. Jadi kita semua tak boleh berlagak jadi mangsa pun. Sebab pada aku, ni semua benda kecil, salah faham. Tak payah nak ambil hati sangat. Lagipun lecturer tu dah mintak maaf kot. And think, tak semua benda kita kena exposed kat public, kat facebook, kat twitter..ye adik2 :)


Yea yea aku tahu ni cerita lapuk yang dah basi. Tapi ni salah satu contoh kisah yang berkaitan dengan topik aku hari ni.. Takpe, lain kali aku cuba buat contoh lain yang lebih latest..hikhik :) Isi-isi pentingnya tetap sama, belajar respect others, selidik dulu fakta, fikir sebelum buat, dan keburukan facebook!hahahaha... Baiklah, sampai di sini sahaja. Selamat menjadi matang, dan ubahlah persepsi anda kepada mangsa2 yang terlibat. Sekian, terima kasih :) 














Tuesday 8 November 2011

Misi Pentingkan Diri


Aku dah mula menjalankan misi memujuk Encik Awak untuk kerja dekat-dekat Selangor ni sampai aku habis belajar. Lagi berapa tahun je pun.. (tahun???) Maklum lah, sekarang ni beliau dah semester akhir MBA. Amacam, sangat selfish kan? Well, tell me something I don't know..kihkihkih :D



Walaupun agak mustahil, tapi aku gagahkan jugak demi merealisasikan misi aku ni. Wish me luck! Ouh yeahhh!



K bye! 










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...