Thursday 25 August 2011

Ceritera Chuna #1 : Supian dan Wajiknya.


*Based on true story.


Malam tadi, lepas balik dari main futsal, Supian, Mamat, Jep, Syuib, Nabil, Abu, Ali, Ahmad dan beberapa lagi kawan mereka pergi makan steamboat kat Menara Tinjau Ampang. Buat sahur kata mereka. Walaupun sudah lewat malam, walaupun awek masing-masing dah menalipon banyak kali sambil membebel mengenai bilaaaa laruuttt malammmm..tarkucaca tarakucaca~~ Mereka tetap beranggapan malam itu masih muda. Muda seperti saya. 

  

Mereka sudah bersiap-sedia mahu makan, tiba-tiba Supian bersuara.


"Wei Abu! Kau hulurkan wajik tu kat aku." 

Supian berkata kepada Abu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah pinggan berisi wajik.


"Wajik? Celah mane ade wajik pulak atas meja ni Supian oiii?"  

Giliran Abu bertanya sambil mengurut-urut janggutnya. Beliau mula sangsi mengenai tahap keseriusan Supian. Mungkin Supian cuba membuat lawak sahaja. Mungkin.


"Tu yang depan kau tu. Wajik la tu. Haih, wajik pun dah tak kenal? Melayu mudah lupa kau ni.." 

Supian membebel. Beliau memang teringin makan wajik itu. Kalau direbus mesti lagi sedap rasanya. Manakala, Abu pula amat pasti, wajik yang diperkatakan Supian itu sememangnya tiada di atas meja itu. Lagipun, apa jadah pulak makan steamboat ade wajik?? Musykil musykil.. 


"Wei Supian, sabar lah. Raya lagi seminggu je. Nanti raya kau makan lah wajik sampai muntah ye.." 

Kata Jep pula. Kalau melayan Supian punya keras hati nak makan wajik, sampai ke lusa pun tak habis. Makan jela apa yang ada ni.



 "Apa korang mengarut ni? Cepat lah bagi aku wajik tu, aku nak rebus ni. Kang tak masak kang.."

Supian sudah mula panas hati melihat kawan-kawannya tak memberi respon positif mengenai wajik yang diperkatakan. Dia tertanya-tanya di dalam hati, apakah dia seorang sahaja boleh nampak wajik tersebut?? Misteri misteri..........



"Owh yang ni ke Supian? Supian sayang, ni bukan wajik.."

Tutur Abu pula. Beliau sudah memegang pinggan berisi wajik yang diperkatakan oleh Supian itu. Di dalam hati, Abu sudah berkira-kira mahu menghamburkan tawanya.



"Apa pulak, ini lah wajik! Ni makanan orang Melayu tau tak. Malu la sket wajik pun tak kenal.. Shame on you, shame on you....."  

Supian menggeleng-geleng kepala. Apa sudah jadi dengan anak Melayu sekarang. Semuanya berpaksikan Barat. Sampaikan wajik pun sudah tak kenal! 



"Korang tau tak lagu raya yang Anuar Zain nyanyi kecik-kecik dulu? Ala yang lirik dia macam ni, wajik dan dodol jangan lupakan, peninggalan nenek zaman-berzaman. Hah! Inilah wajik yang saing-saing dengan dodol tu. Selalu time raya ada tau tak, makan dengan dodol! Haishhh..."

Supian menambah lagi. Geram apabila rakan-rakannya tidak tahu mengenai kuih-muih tradisional. Nasib baik ada beliau. Terselit rasa riak dalam hatinya.



"Supian, ini bukan wajik sebenarnya.. " 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"Kalau kau nak tau, ini WANTAN!" 

Jerit rakan-rakan Supian di hadapan muka Supian. Supian mengelap air liur mereka yang bersepai di mukanya sambil tersengih-sengih. 



"Ooohhhhh bukan eh? Yang macam dalam lagu tu pun, bukan menatang ni la...? Aku ingatkan dodol tu manis, sebab tu makan dengan yang ni, kira macam manis lawan dengan pedas-pedas sikit la..hihihihihi........."  

Supian cuba cover malu. Lalu beliau pun sambung la makan steamboat sambil digelakkan rakan-rakannya.




 Wantan yang disangka wajik oleh Supian:



 

Supian, ini lah wajik yang sebenarnya:
 
 



Maaf Supian, sumpah tak sama langsung wajik dengan wantan -,-"





K bye!




4 comments:

  1. Hurm... Ni la entry yg paling aku suke...
    Sgt2 mengimbau kenangan...

    ReplyDelete
  2. haha..ni lah entry yang buat aku taip sambil gelak kau tau..:D :D :D

    ReplyDelete
  3. errkk.... apakah???? mcm tak jewp... bau2 bacang pon takderk. x sama langsung. ahkahkhahak..

    ReplyDelete
  4. ahahaha..huda,da penat kot bgtau supian..dia tanak caye..huhuhuhu :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...