Thursday 2 June 2011

Beza bodoh dan berani hanya senipis kulit bawang!


Assalamualaikum.. heyoo everyone!! ho ho ho!  ^_^


Semalam, aku membuktikan teori yang perempuan memang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Contohnya, semalam aku on fesbuk and chat dengan Encik Izzat Akmal. Sambil2 tu aku on jugak youtube tengok Maharaja Lawak. Pastu aku buat pulak blog walking..hehe.. Tapi yang aku nak cerita ni, bkn pasal kehebatan 3 in 1 yang aku lakukan semalam. Hekeleh! korang ingat aku sesaja nak chat dengan Izzat Akmal tu kalau takde benda penting?? Kamon la beb! Cik Fara a.k.a Cik Cantik jeles kang nayaaa je..tihihihi..(gurau je). 




Ok, berbalik kepada topik asal. Semalam, sedang aku berfesbuk, ada pulak 1 notification masuk..Ouh, Encik Izzat post something kat blog community. Aku pun usha la.. Rupanya mamat ni post 1 link pasal a girl's blog.. Macam ni lebih kurang mamat ni post: 






(saje aku bagi kalerful sikit.hehehe)





Lepas tu, kat chat Encik Izzat pun suruh la aku usha blog yang dia dah post tu. Aku pun usha la.. Korang takyah susah2 nak carik link adinda ni kat entry aku ni..Aku memang tak include kan pun link blog beliau. Pegi carik sendiri..hee



Mak aih, baru 14 tahun budak ni. Serius ka ni blog dia??





Aku bukan nak cakap ape, memang aku sedih, sebab minah ni mengaku terang-terangan dalam blog dia yang dia dah takde dara! Bagus budak ni, dia jujur betul dalam blog dia, dia mengaku dia dah pernah main. Sampai part tu aku paham lagi, (walaupun aku tak paham apa kerperluan tulis semua tu dalam blog..) 



Yang aku tak paham nyaa,,,, kenapa dia bangga dengan keberanian dia mengaku ketiadaan dara?? WATDEHEK SANGAT! Yang aku tak bulih terima, bila dia tulis dia tak kisah orang pandang hina dekat dia, asalkan dia ada maruah diri















ADIK, MARUAH DIRI YANG MANA KAU CAKAP NI??















Kebodohan dan keberanian tu bezanya senipis kulit bawang!  Kalau berani je, tapi asas datangnya keberanian tu tak bulih diterima akal, itu namanya bodoh. Aku tak berani nak cakap lebih2, aku just boleh doa je so that family, keturunan and kawan2 aku dijauhkan daripada perkara2 macam ni. AMIN.. 




Aku dah sangat takut dengan keberanian budak ni.. Memang gejala sosial dah teruk, bertambah teruk day by day. If kau dah rosak, simpan lah semua cerita tu untuk diri sendiri..Sumpah, aku kesian dengan budak ni.. Ini lah jadi bila nafsu mengatasi akal...Nauzubillah hi minzalik..



Semoga budak ni berubah.. It's never too late to change.. AMIN.....


Sebagai renungan bersama, aku selitkan sekali kisah betapa Allah sangat2 melaknat perlakuan zina ini sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri tidak teragak-agak untuk menjalankan hukuman kepada penzina seperti yang diperintahkan Allah s.w.t. 
.................................................................................................


"Basyir bin Muhajir menuturkan bahawa pada suatu saat, ketika dia duduk di samping Nabi, tiba-tiba seorang wanita dari kabilah Ghamid datang menemui beliau. Setelah dipersilakan duduk, wanita itu berkata, “Ya Rasulullah, aku telah berzina. Jatuhilah aku hukuman, agar aku dapat menyucikan diriku yang kotor ini!” Nabi dan para sahabat sangat terkejut.

“Pulanglah ke rumahmu!” perintah Nabi tidak menanggapinya secara serius. Wanita tersebut pamit dan meninggalkan rumah Nabi. Esoknya, ketika Nabi dan sahabatnya berkumpul, wanita itu menemui Nabi dan mengulangi permintaannya. Nabi tidak menanggapai dan lagi-lagi menyuruhnya pulang. Dengan rasa kecewa, wanita itu pulang ke rumahnya.


Pada hari ketiga, ia datang lagi. “Ya Nabi Allah, demi Allah, aku telah berzina dan kini sedang mengandung anak haram,” akunya. Sekarang pulanglah dan datanglah kemari setelah bayimu lahir!” jawab Nabi. Beberapa bulan kemudian lahirlah bayi yang dikandungnya. Wanita itu segera menemui Nabi. “Bayiku telah lahir,” ujarnya memberi tahu. “Pergilah dan susuilah bayimu hingga disapih!” perintah Nabi. Wanita itu pun pergi. 

Bulan berganti bulan dan selesailah tugas wanita itu menyusui bayinya. Ia kemudian datang menghadap Nabi sambil menggendong bayinya. Seraya menunjuk anaknya yang sedang mengenggam sepotong roti, wanita itu berkata, “Lihatlah, kini anakku tidak menyusu lagi! Ia sudah bisa makan roti.” Pada saat itu Nabi menyerahkan anak tersebut kepada seorang muslim untuk dipelihara.


Kemudian Nabi menyuruh beberapa orang menggali lubang. Tubuh wanita itu dipendam, kecuali leher dan kepalanya. Setelah itu Nabi menyuruh orang-orang muslim menghukumnya (hukum rejam), kerana ia telah berbuat zina muhshon (zina yang dilakukan oleh orang yang beristri atau bersuami). Wanita itu dihukum mati, setelah melakukan taubatnya. 


Hikmah dan tuntutan moral dari kelanjutan cerita di atas adalah ketika seorang sahabat bernama Khalid bin Walid (yang dikenal kasar) melemparkan sebongkah kayu menganga ke kepala wanita tersebut sambil mengumpatnya.


Ketika melihat hal itu, Rasulullah bersabda, “Jagalah dirimu! Demi Tuhan yang nyawaku berada ditangan-Nya, wanita itu telah bertaubat dengan sebenar-benarnya.” Setelah pelaksanaan rejam usai, Rasulullah melakukan shalat jenazah di hadapan jasad wanita itu dan turut menguburkannya" 

.................................................................................................


       Untuk Adik Adinda Evans ni.. Berubah la ye demi your future. You are only 14, banyak lagi benda nak kejar..Bukan semata-mata lelaki and duniawi...Sekarang cantik, bila dah besar jadi kain buruk..time tu nak cakap pasal maruah pun dah tak guna dik..:( 
       




      And untuk sesiapa jela yang dah pernah baca blog adik adinda ni, jangan la cepat judge dia.. Sedangkan Rasulullah pun tak suka2 menghukum pelaku zina, siapa lah kita ni nak buat macam tu kan.. Bagi dia peluang untuk berubah..





Pesanan penaja:

Firman Allah S.W.T:

"Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman pada ALLAH dan hari akhirat: 
    
(Surah An-Nur: 2)




^_^




7 comments:

  1. kes adinda evans lagi ye kak..mmg tgh hot budak ni kan kak chuna..wa pun ada baca blog dia..and yes, part maruah diri mana tu yg kita hairan tu..kesiannnn...

    ReplyDelete
  2. huishh..memang hot sgt..apa yang dia banggakan sangat pun tak tau lah..rosak betul..sedih kan..

    ReplyDelete
  3. btol jugak,salah mmg salah..tp d point is..yg ramai2 org dok maki2 tu,ape diorng dpt? ni la melayu, ble jd bnde2 cmni,maki,kutuk,tu je la diorng tau..yg ppuan2 pkai tdung pn sama naik dok mencarut bagai ape sume..menataliti tu yg pnting..bdk tu dh wat slh,kte jgn samakan taraf kte dgn die dgn cara memaki hamun balik.org xeducated ckp n post cmtu,kte pn nk jd uneducated blk ke dgn maki n ckp bnde2 xelok kt die?
    bdk tu slh,org yg so called jd judge dok judge bdk ni dgn memaki hamun pn salah.
    wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Yups..kesian pulak kat budak tu bila kena maki..she's only 14..belum matang lagi la tu..cakap pun mana nak fikir..diorang pun if nak tegur langsung takleh cakap elok2..macam maksum sangat jela sume..tegur elok2 la, kalau tak lagi la budak tu tanak terima..apela..

    ReplyDelete
  5. betul...tegur elok2..tapi sedih ada segelintir yang dok sokong cakap manusia takde hak judge... maksud judge di sini, hukumlah seeloknya...bukan cara maki tapi jangan di sokong pulak... kan aib kita,kita kene tutup dan segera bertaubat...mungkin dia ni kurang perhatian, nakkan perhatian... (sori chuna nyebok plak) hahahahha~

    ReplyDelete
  6. maruah dirinya berada di loji pembetungan najis...
    bangga pd bnd yg memalukan...
    what had happened to this poeple?
    makin hari mkin trok.
    Syial la! phui!

    ReplyDelete
  7. well bese la budak baru nakk up! bila da tua nanti, baru tau erti penyesalan -,-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...