Wednesday 22 June 2011

Pervert !!! HUH!~



Assalamualaikum warahmatullah..Heyo semuanya!!! ^_^


Sape2 pernah ada pengalaman dahsyat dengan pervert, sila angkat kaki!!!









Aku pun pernah ada pengalaman dengan pervert. Takde la berapa nak dahsyat sangat. Tapi ngeri sikit la sebab pervert tu seorang uncle cina. Camni kisahnya..


Pada suatu hari, aku and best friend aku, cik Fara telah singgah kat kedai makan boifren Fara, encik Izzat. Kat area Hulu Langat jugak. Kedai mamat ni ada jual sate. Aku sebagai peminat sate yang sejati telah pun dibelanja oleh tuan kedai, maklum la kawan kawan kan..Yang lagi best, tukang bakar sate pun member aku jugak, Bobby..Mula la aku mintak macam2 kat dia. Semuanya extra, dari kuah sate sampai la ke nasik impit..hehe..


Bila dah masuk maghrib, Fara pegi la bersolat kat bilik solat tepi kedai. Aku? Pe jadah nya nak solat time uzur gitu? Buat dosa je! Maka aku dok la tercongok sensorang kat meja.



Sekali tu ada la seorang uncle Cina ni masuk kedai. Pakai baju smart, kereta besar. Memang sekali tengok sah orang kaya beliau ni. Aku cakap dalam hati, masa muda2 dulu mesti kacak ni. Dah tua tu pun smart bergaya lagi wa cakap sama lu bro! Uncle ni duduk lah kat meja sebelah aku. Pastu manis je mulut dia tanya nama aku, belajar kat mana, umur berapa. Aku layan kan aje la, dah standard umur abah aku kan. Mana la tau kot2 uncle ni saje nak beramah mesra ke, tak layan kang, kedai member aku kene ban pulak..Based on his appearance,memang nampak baik sangat la. Tapi sori lah uncle, bila sate ayam I sampai, I buat tak layan sangat dengan u. Aku tengah makan sate kot! Antara uncle tu dengan sate ayam 50 cucuk depan bijik mata aku ni, sate ayam shall prevail! hohoho...



Lepas je uncle tu abes makan, dia pandang je aku..Eh uncle ni tersengih2 macam kambing tertelan dinosaur pehal lak??



"Amoi, u nak tak ikut I balik? U layan I lah.." 



Macam terkena electric shock, aku terus bangun and terus lari kat Bobby ! Pedulik hape aku kalau Bob tengah bakar sate ke, buat air ke, aku tarik2 baju dia suruh sembunyikan aku! WATDEHEK!!




Ok, uncle tu pegi bayar bil..Alamak! Dia pusing balik kat aku! Bob dok gelak2. Kau gelak ye Bob, kang aku kerat mamat ni 18, baru dia tau erti penyesalan! huh!




"Amoi, jom lah ikut I!" Aik macam takde tanda2 langsung uncle ni nak blah..Bob buat muka garang. Dia usha je uncle tu. Aku memang dah buat2 tak reti sambil buat2 susun nasik impit kat sebelah Bob. Ape lagi nak buat weh! Sabar sabar, kedai member tu..Sabar..




"Amoi, tak nak ikut ka? Jom lah.." Eh eh..Uncle ni blah je la. Kang ada gak kena hantuk dengan kerusi plastik yang cantik jelita tu..




"U bagi I fon number U lah ok? " Aku buat tak layan. 




"Ok lah, I jalan dulu lah. Ada masa kita jumpa lagi ok amoi. Bye!" Hambik kau, siap dengan kenyit dan senyuman gatal tu..Finally, beliau pun blah..fiuhh!!! Selamat aku..





Hah, ngeri kan?? So nasihat aku, jangan cepat nak percaya orang based on his/ her appearance ok! Take care of yourself ye kawan2. Especially yang perempuan :)




BYE!






Monday 20 June 2011

Manja, tapi gagah!



Assalamualaikum warahmatullah..Hello everyone! ^_^


Kalau korang perasan, budak2 zaman sekarang semua da mewah! Hand phone tanak lagi canggih, ade kamera la, ade walkman la. Pastu dalam henfon tu ada macam2 applications wa cakap sama lu bro!huhu.. Contoh paling dekat, adik aku la. Baru From 2, dah macam2 hand phone beliau tukar! Kalau nak compare dengan aku, setakat Nokia 3310 tu, dari abes sekolah menengah mak aku belikan untuk aku, sampai laaa ni bernyawa lagi..5 tahun dah aku guna phone tu.. Mak aku belikan dulu pun sebab aku keje part time kat KL nun. Aku mula2 juai mahal la kan.. Aku siap cakap, mommy, why u belikan i henpon ni? I boleh call mommy guna public phone je mommy! Mak aku pun jawab, kau gila takde henfon?? Macam mana kau nak tepon mak kalau terlepas bas ke, tepaksa balik lambat ke?? SEE! Mak aku paksa, aku ambik je..muahahaha!



Tapi zaman kemewahan ni dah bermula dari zaman persekolahan aku sebenarnya. Dulu aku jaki jugak tengok member2 ada henfon kan. Siap mak bapak bagi duit lebih kot suruh topup! Cemburu? Ye memang aku cemburu..Tapi aku fikir, aku takde kepentingan nak pakai henfon pun time tu. Setakat nak bergayut dengan besties sejam dua, guna tepon rumah pun boleh. Apa ada hal? Mak abah aku rilek je..kikiki..



Dulu duit belanja sekolah aku pun paling banyak dua hengget je tau..Aku pulak si penyimpan duit paling terunggul bak kata mak abah aku la.. Aku bawak bekal pergi sekolah. Memang tak bersentuh la kan duit belanja sekolah aku tu. Kadang2 bila abah hantar aku pergi sekolah tiap2 pagi, aku cakap, daddy, takyah la daddy bagi duit belanja harini. Sebab duit belanja sekolah semalam I tak guna pun lagi. Abah aku lagi dia risau ade la. Beliau risau anak dia tak makan..Alahai daddy, ape guna bekal mommy siapkan pagi2 ni..hehehe



Bila aku dapat keje part time kat satu kedai roti kat satu shopping mall, first gaji aku tu, aku beli sweater kaler krim kesayangan aku. Korang bayangkan, aku tak penah ade sweater selama ni. Aku beli sweater sebab aku tak tahan kena angin malam time tunggu bas lepas balik keje. Dah la kena tukar bas sampai 2 kali. Kena aircond dalam bas lagi. Huih, boleh pecah rusuk kot kalau tak pakai sweater!huhu.. Sweater tu tak pernah berganti, and sekarang dah 5 tahun jugak usia dia. Nikmat beli barang2 guna duit sendiri ni, kita tahu nak menjaga and menghargai barang tu. Sampai sekarang sweater tu masih cantik lagi dan masih boleh digunakan..:)



Lepas tu aku sambung belajar Asasi Law kat UiTM Merbok Kedah. Second semester, dengan duit biasiswa aku yang seribu hengget per sem tu, aku beli my second handphone, brand Sony Ericsson, kaler pink lagi wooo..hihihi..Aku fikir sebab aku memang dah teringin sangat nak ada henfon berkamera and boleh dengar lagu, aku beli la satu. Tapi henfon lama tak buang ok! Henfon lama aku pakai sim card maxis. Henfon baru pulak aku guna sim card celcom untuk memudahkan aku call my parents yang guna line celcom. Plus, guna duit sendiri pun kan..Plus, duit biasiswa aku tu dari first sem sampai la ke second sem, elok je dalam bank islam aku tak berusik2. Kenapa? Hah, sebab kat Merbok tu apa sangat la yang ada? Nak keluar jalan2 pun tak memerlukan cost yang tinggi. Murah je kos kehidupan kat sana..




Bila dah terbiasa guna duit sendiri untuk beli kemudahan sendiri, aku jadi seorang yang penjimat. Err I mean, bertambah berjimat.hehe.. Every new semester, aku akan beli barang2 aku guna duit aku sendiri, kalau boleh aku tak nak susah kan mak abah aku. So aku seboleh-bolehnya nak dapatkan result bagus so that aku boleh mohon biasiswa JPA for my degree. Alhamdulillah, cgpa aku 3.51 and aku rasa lega sangat time tu, ada chance lah aku nak apply biasiswa. Akan tetapi, disebabkan ramai sesangat la students yang brilliant dapat DL, aku ni berada sekadar di pinggiran..sob sob sob :'(  Frust betul aku dibuatnya bila aku tak disenaraikan dalam list scholarship JPA tu, paling rendah cgpa yang diorang terima is 3.60..Demmit! Kurang 0.09 pointer je! wuuwuwuwu.....T_T




Sebenarnya, aku bangga macam ni. Aku bangga bila semua benda yang aku dapat sekarang sebab hasil usaha aku sendiri. Even though aku tak dapat apa yang aku nak, aku tahu macam mana nak berusaha lebih lagi untuk dapatkan apa yang aku nak. Aku bersyukur sebab aku tak diajar hidup dalam kesenangan membabi buta, jadi bila aku jatuh, aku tahu macam mana nak bangun balik. Bila aku upset, aku tahu nak sembunyikan. Bila aku gembira, aku tahu berpada-pada. Semua ni ajar aku jadi manusia yang kuat. Alhamdulillah :)




Ihsan dari Google.kikikiki...







Ok, kenapa dah dramatik sangat ni? =,=







Anyway, adik sayang mak and abah sangat2! Azam adik cuma satu je, dari dulu sampai sekarang, adik nak buat mak and abah proud of me..amin! ^_^






BYE!lalalalala :D







Saturday 18 June 2011

RESULT!!!!




Demmm!!! Teruk pulak result aku..mahaha..




Nasib baik mak and abah still support anak mereka yang comel ni..kikiki...Eh no no no, saya bukan tak berusaha! Dah cuba, tapi mungkin tak cukup bagus, kena terima dengan hati yang terbuka..








A friend of mine cakap, Chuna kita datang sini nak belajar, bukan nak dengar cakap2 orang.. After this tunjuk kat orang lain yang you boleh majukan lagi diri you..Thanks friend! :)








Thanks jugak kat AWAK sebab bagi semangat :)







I will try my hardest in the next semester! YEAH!!








OK CHUNA, U CAN DO IT! AMIN ^_^







Thursday 16 June 2011

Ada apa dengan kpop dan jpop??



Assalamualaikum warahmatullah..Hello eberibadi!!! 



Dahsyat sungguh wabak kpop and jpop yang tengah menular kat Malaysia sekarang ni kan kan kan..Ramai dah berjangkit dengan virus ni..Walaupun tak membawa maut, tapi aku memang boleh kena lemah jantung kalau tengok aweks2 dan balaks2 mula meniru gaya2 artis pojaan hati mereka nun kat korea and jepun sana tu...


Guys, aku pun minat tengok cite korea and jepun, kadang2 aku join sekaki jugak dengan housemates tengok rancangan korea, or video klip groups yang tengah femez sekarang ni..Ramai je kawan2 aku yang freak kpop and jpop, nasib baik aku tak berjangkit sama. To be honest, aku bukan lah penggemar sikap2 terlalu takjub dengan kpop or jpop ni. Aku akan rase senang untuk annoying, macam dah takde benda lain lah pulak korang nak cakap, asyik kpop, jpop, lepas tu mention nama2 yang aku pun berbelit lidah nak sebut, tapi korang rasa bangga pulak dapat sebut dengan betul..*jeles.hehe..Ada je kengkawan aku minat bagai nak rak, tapi diorang tahu je nak diam2.Golongan ni aku tak kisah la..


Yang aku hangin nyee, bila masing2 mula la sibuk nak cakap2 korea la, jepun la, dress up macam korea la, color rambut macam artis korea la..watdehek kan?


Tapi jangan risau, disebabkan ramai peminat2 setia artis korea and jepun ni tak kacau life aku, so aku takde hak nak mengulas dengan panjang lebar apa yang korang minat tu.. Aku pun ada minat aku sendiri, ye dak? Tapi kurang2 kan lah..ye..Bukan ape, kadang2 nampak tak manis..




Bayangkan boifren korang buat macam ni..Urghhhh...Comel sungguh kan? ^^
 

Jejaka2 bergaya cute persis artis2 korea dan jepun pujaan hati aweks2 semalaya! Shaheizy Sam pasti meraung melihat kekacakan mereka..awww! Sweet u ollsss!


Aweks2 bergaya seperti anak patung barbie! Tampak fresh seperti ikon yang boleh dicontohi..Sexy, itu yang diperlukan ^^




Apabila gadis2 mula meniru gaya2 artis popular dari Korea dan Jepun, pastinya akan nampak sekiut artis2 itu juga! Tahniah :D





GELI.BYE! 








Tuesday 14 June 2011

Kakak Kawasan!



Chuna a.k.a kakak kawasan with anak2 buah..hohohoho


Assalamualaikum..heyoooooo everyone!!! :D



Pagi2 tadi aku bangun, saja nak check kawasan.. Maklum la, semenjak takde buat apa time cuti2 ni, aku buat la keja part time jadi kakak kawasan..mahahaha! :D  Nampak tak gambar kat atas tu? Yang kena bulat tu aku la sebagai kakak kawasan dengan anak2 buah aku..hehehehe...Aku check kawasan rumah je la, don't worry.. Jap jap, ada van memekak kat luar rumah aku ni, nak sound sat! Ouh, pak cik kerja kat kilang depan rumah aku ni kene blocked dengan kereta lain, tak bulih keluar la tu..Pekerja kilang depan rumah aku ni pun suka buat aku hangin, sebab diorang suka buat bising tak tentu pasal. Kau orang ingat ni kawasan perindustrian ke ha?? Kalau aku buat report nuisance karang, dengan bos2 korang pun takleh carik makan kang! huh




Kalau aku dah start jadik kakak kawasan, memang banyak benda yang aku rasa aku boleh report ni. Mak aku cakap, mentang2 la aku belajar law, semua benda aku nak report..hihihi..Mungkin la kot. Kalau tak apply, nanti berkarat otak weh..:D 



Tapi ini hakikat, nak tak nak kena terima. Macam kilang kotak depan rumah aku ni, ini kalau ada orang report cakap terlalu bising ke, or habuk banyak daripada kilang ke, memang tutup la kilang ni. Based on apa yang aku belajar, kalau ramai yang report, and the effects are not too remote, and any reasonable man will get the same effects, then memang kilang ni tak sesuai untuk berada di kawasan ni lah..It means, kalau ramai penduduk yang dapat bad effects macam batuk2 ke, penyakit gatal2 kulit ke, rasa terlalu bising sampai tak bulih nak tidur ke, memang court akan consider kilang ni tak beneficial la untuk penduduk kat sini, even though kilang ni dah mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk..Banyak lagi la faktor lain kan..Tapi ni kira basic la..Cukup la tu kan..hehe




Lagi satu, kalau kat kawasan kampung macam rumah aku ni, memang ramai la pakcik makcik, atok nenek yang sesuka kaki jela membakar sampah sarap dorang.. Tapi nak salahkan penduduk kampung macam kami ni tak boleh jugak. Aku pernah pergi satu environmental talk kat UiTM, kami bincangkan isu2 severe global warming kat dunia ni. Aku tertarik dengan satu cadangan peserta ni, untuk tambahkan lagi lori2 kutip sampah untuk masuk ke kawasan2 kampung so that penduduk kampung tak bakar sampah sarap dorang. Apa, kami tak bayar cukai ka?? Nanti bila ada problem pembakaran sampah secara terbuka, salahkan kami pulak..Tapi kemudahan yang dah ada, langsung tak diprovide untuk penduduk kampung macam kami ni.. Apa bezanya taman2 perumahan dengan rumah2 kampung ni? Ada beza ke?? Memang betul ada tong2 sampah besar yang disediakan kat pekan, tapi tu pun lepas sampah sarap dah bercucu bercicit baru nak datang bersihkan! Tapi memang best la aku tengok muka panel time tu, terkedu jugak kau takleh jawab kan..hehehehe




Hah lagi satu masalah yang mendapat perhatian aku..Adoi,,,,sistem bus! Hari tu aku tunggu bas dekat 2 jam baru ada! WATDEHEKKKKK!!!  Bukan ada jadual ke pakcik bas oiiiii......Kau kena la ikut jadual tu... Pernah sekali tu aku pergi rumah Fara kat Lui, nak balik tu aku naik bas, pak cik bas tu boleh stop sekejap sebab nak makan! PAK CIK NI BUAT PERANGAI NAK MINTAK MAKI KE APE......Saya pun lapar pak cik, tapi agak2 la. Kalau sekejap takpe. Ni dekat setengah jam kau pergi berborak dengan awek seberang tu apehal pulak! Tergedik2 la aku tengok aweks2 tu melayan kau..adoyai... Disiplin ni penting pak cik..Berkat tu yang kita nak...Tapi exception kepada pakcik2 bas yang stop sebab nak solat. Aku tak kisah, bagus jugak sebab aku boleh join sekaki..hehe




Lepas tu, masalah congestion! Yang ni tak boleh nak salahkan sesiapa la kan. Sape2 yang rajin sangat nak datang mandi sungai kat Langat ni dengan family hari weekend, memang bagus la, merapatkan hubungan kekeluargaan. Tapi aku nak bagitau kat korang, lepas dah masuk Hulu Langat ni, memang nightmare la. Korang akan susah sangat nak keluar!HOHOHOO...Sesak yang amat! Sedangkan penduduk2 Langat sendiri pun fikir 25 setengah juta kali kalau nak keluar time weekend..Hari2 biasa pun dah perit menghadap jem kat Langat ni..sakittt weh! 




Kadang2 kami konfius, ini Langat atau pun Kelumpo?? Korang bayangkan, nak keluar dari kawasan Langat ni, hari biasa pun takes almost 45 minutes! Weekend, korang fikir la sendiri..Tapi aku ada petua, kalau lepas mandi manda tu, korang pergilah merayau mana2 dulu. Pergi lah carik saudara-mara jauh kat Langat ni sementara tunggu lepas Maghrib. Time tu dah tak sesak sangat dah. Kalau takde sedara-mara kat sini, hah pergilah ketuk pintu rumah sape2, pura2 je cam korang adik-beradik terpisah kecik2 dulu..InsyaAllah, kalau tak dapat pelempang, dapat gak korang satu family tido lokap secara FREE! hihihihi




Sampai di sini saja...take care semua yeeeee!! Kakak kawasan nak lunch! Babai! 



^_^





Sunday 12 June 2011

A Special Letter For Special YOU! ^_^




Dear awak,



Mula-mula jumpa awak, awak memang tak banyak cakap pun. Saya syak awak mesti rasa takjub sebab mulut saya tak pandai stop pot pet pot pet..Kan? Sampai sekarang pun semua benda saya nak cerita kat awak. Nasib baik je awak tak kenal Mak Cik Semah jiran saya tu. Kalau tak, pasal ayam itik dia bertelur pun saya nak cerita kat awak.. Tapi awak sporting, even though saya merepek pun awak sanggup je dengar. Thanks awak, sebab tak pernah komplen pasal mulut bertih goreng saya ni :)




Lepas tu kita selalu keluar makan sama2. Awak pelik tengok saya makan takde kuah. Saya memang makan kering2 je awak. Awak tu tak makan sayur apasal pulak? huh.. Each time keluar makan, mesti awak alihkan sayur2 masuk kat pinggan saya..Mengapa awak??? Cuba lah belajar2 makan sayur...haha..Err saya pun selalu gak habiskan air yang awak order kan? Nasib baik awak tak kisah..hehehe..Tapi awak best, even though awak tengah busy dengan assignments pun, awak curi masa jugak nak makan dengan saya. Thanks awak, sebab tak pernah berkira bawak saya pegi makan :)




Pernah sekali tu saya gastrik. Pukul 3 pagi saya tak boleh nak tidur. I missed my lunch and dinner sebab busy buat assignment T_T... Tiba-tiba pukul 4 pagi awak terpacak depan pintu gate rumah sewa saya. Awak belikan roti bakar untuk saya. Kebetulan awak baru siapkan assignment awak, terus awak dengan kawan awak singgah nak bagi roti bakar. Awak said sorry sebab ada roti bakar je. Penat dah korang pusing carik kot2 ada lagi burger stall bukak lagi. It's ok awak, dah cukup la tu. Thanks awak, susah payah je datang pagi2 buta hantar makanan. Sweet je...:D




Ouh ada lagi, ada lagi! Saya pernah cakap dengan awak, saya nak tengok movie "Just Go with It"..Ala, yang Jennifer Aniston and Adam Sandler berlakon tu la..Saja la nak hint2 awak kan..hehe.. Tapi awak suruh saya pergi tengok dengan nadrah pulak. Tak sporting la awak ni..huhu.. Esok nya tu sekejap2 je awak mesej saya, awak cakap awak busy siapkan assignment. Tapi pukul 5 pm macam tu, ada satu mesej awak sent kat saya yang saya ingat lagi. Awak cakap awak cuba settle kan semua assignment awak cepat2, sebab if sempat awak nak bawak saya tengok movie "Just Go with It" yang saya nak tengok sangat tu! Tapi sampai pukul 11 malam pun assignment awak tak siap lagi. Awak said sorry, ingatkan sempat nak bawak saya pergi tengok cerita tu..You know what, saya tak kisah pun. Awak ingat small things about me, tu dah cukup. Thanks awak. Sweetttt jeee.....:D


 

Ouh, ada lagi. Ada satu hari tu, saya rushed balik rumah Shah Alam dari KLIA sebab hantar mak saya pergi umrah. Sampai je kat rumah sewa dah pukul 3 petang. Saya ada group discussion pulak pukul 3.30 petang. Awak cakap awak boleh hantarkan. Saya cakap takpe, saya naik bas je. Tapi awak cakap, awak pun ada hal kena masuk UiTM, kena pergi fakulti, so boleh la hantar saya sekali. Ok lah kalau macam tu, awak pun hantar saya sampai kat Cempaka. Saya tanya awak, lepas tu awak kena pergi fakulti pulak kan? Pelik lah, awak senyum je. Rileks je awak cakap, "eh, saya mana ada hal. Lepas ni nak balik makan. Bye!" Ok, apakah?? Tipuuuu sayaa eh! Tapi sweeetttt jee...hukhukhuk :D




Awak pun sukaaaaa sangat cakap saya ketot, pipi bulat, mata kecik..FINE LA KAN! Lepas tu awak gelak gelak gelak..Tu jela keje awak.huhu..Tapi awak cakap, biarlah bulat ke, ketot ke, mata kecik ke, awak ok je with it :) Elelele ambik hati la tuuu..Pandai eh! Mengada betul :p




Banyak pulak kalau nak cerita. Sikit2 sudah la kan. hehe.. Awak jangan blushing pulak eh. Elele malu la tu..kikiki.. Anyway, thanks again awak ^_^



                                                                                                                                                                                                                             Sincerely, 
                                                                               Saya  :D

Tuesday 7 June 2011

Mungkin awak bukan tulang rusuk kiri dia..



Assalamualaikum w.b.t... Kaum Hawa, my friends :-)


Saya tahu awak sedih sebab lelaki yang awak sayang tinggalkan awak..



Saya tahu awak tertanya-tanya kenapa dia buat awak macam tu..



Apa kurangnya awak, apa salah awak, apa awak dah buat?



Awak marah sangat kat Adam tu!




Sampai awak rasa nak buat macam ni.....





Ke awak tak rasa macam ni....? Sebab saya memang ada rasa nak tolong buat kan untuk awak sebab dia dah buat kawan saya menangis..hehehehe



Jangan menangis lagi HAWA..



Awak tak salah apa2 , awak tak kurang apa2, awak cantik, awak hebat!




MUNGKIN ALLAH DAH TENTUKAN YANG AWAK BUKAN DICIPTAKAN DARIPADA TULANG RUSUK KIRI MANUSIA ADAM YANG AWAK SAYANG TU..




Jangan menangis lagi HAWA. BE STRONG!




Jangan menangis lagi HAWA. IT'S HIS LOST!



Jangan menangis lagi HAWA. NANTI MATA BENGKAK TAKDE ORANG NAK!




Jangan menangis lagi HAWA. Nanti make-up semahal Simply Siti pun tak boleh nak cover eye bag awak! Or maybe make-up jenama BENEFIT yang my best friend obsessed sangat tu! huhu :D








Hawa...


Nanti awak dah jumpa manusia Adam yang sesuai, and u just know that he is the right person for you, TIME TU BERSEDIA LA JADI TULANG RUSUK KIRI!HAHAHA..



Ok, serius!



Call lah saya selewat 3 pagi pun, just to cry, I don't mind. 


 

Tapi 1 year from now, I know you'll be laughing bila ingatkan situasi awak sendiri masa ni :) Tapi awak akan sedih balik sebab Adam tu dah hurt u....:(


 


Tapi,, awak kuat, awak tahu tu.



At least, 1 year from now, even though awak dah hurt, awak tahu that he was a mistake. I repeat, A MISTAKE. So, u won't do the same mistake again. Dah penat saya tengok awak jahit hati awak sendiri. 







So, Hawa, untuk kesekian kalinya, saya nak nasihatkan awak, pakai lah shade bila nak keluar rumah. Macam tak cool la keluar jalan-jalan, pakai baju cantik2, tapi mata bengkak! hehehe..




Takpun, beli la set penjagaan kulit dan wajah daripada Mary Kay yang along saya jual. Make-up pun ada :)




IKLAN:  Kalau nak tahu pasal Mary Kay, bagitau saya ye :D
 




Ok Hawa, saya nak tutup entry ni. Sebab nanti awak nangis lagi. Saya terharu kalau awak nangis sebab baca entry ni. Tapi saya syak tangisan awak lebih kepada teringatkan ex Adam awak tu! Touching la saya macam ni! hehe..



Mak saya cakap, kalau kita broke up, bukannya bermaksud dunia awak dah nak kiamat! 


So Hawa, senyum la balik ye... Nanti saya suruh mak saya marah awak, baru awak tau...hihihiihi..:D :D :D 



Eh you know what??







Assalamualaikum, HAWA ^_^




Isteri kena layan husband macam pelacur?? pffffttt!!!

 

Assalamualaikum w.b.t and helloo everyone! ^_^


Pagi ni aku bukak fesbuk, tengok ada kawan aku update status,



"Kelab Isteri Taat menyeru para isteri melayan suami macam pelacur. Sungguh bahlul dan bangang sekali Dr Rohaya Mohamed itu! (benarkah dia doktor?!) "
 
 
Apakah ini? Mengapa kawan fesbuk saya marah sampai macam tu sekali?? OMG OMG! (homaigod!)
 
So aku pun google2 la ape statement Dr Rohaya Mohamed bedasarkan status fesbuk kawan aku tu. Ini lah hasilnya!
.................................................................................................................................................

Tuesday, June 7, 2011

DR ROHAYA: ISTERI SAMA DENGAN PELACUR ?

بسم الله الرحمن الرحيم

'Layan macam pelacur'

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.



................................................................................................................................................


Basically, misi pertubuhan tu adalah untuk jadikan isteri2 dalam dunia ni taat kepada suami. Kan kalau taatkan suami, boleh masuk syurga..Betul dah tu misi tu.. Tapi yang beliau ni sampaikan, dan mengikut kefahaman aku dan orang2 awam yang protes dengan statement beliau ni, Dr Rohaya Mohamed ni cakap in order to taat dengan suami, seorang isteri kena layan husband kat ranjang menyamai pelacur, atau lebih lagi daripada pelacur! Seorang isteri itu mesti lah mengikut apa sahaja kehendak suami! Wow, bagus betul doktor ni..Aku dah mula doubt gelaran doktor beliau ni...



Apa ni doktor,,,dalam Islam pun dah cakap, suami tak boleh menyakiti isteri walaupun waktu melakukan hubungan seks.. Kenapa nak samakan isteri2 solehah ni dengan pelacur kat ranjang??? Tahu tak beza pelacur dengan isteri??? Pelacur tu buat hubungan seks dengan mana2 lelaki yang dia nak. Pelacur ni tak dilayan dengan baik pun dengan lelaki2 tu.. Tapi isteri pulak untuk disayangi dan bukan untuk disakiti. Kalau dah kena buat macam pelacur time layan husband, apa standard isteri ni sebenarnya?? Pelacur kelas atasan?? 



Doktor, kot ye pun nak tunjukkan how important it is layanan wife kat husband, tak perlu lah kot nak samakan isteri dengan pelacur..Celah mana la pelacur boleh jadi role model untuk isteri2 solehah ni?? Lain kali, fikir la dulu sebelum bagi statement.. Kecik hati mak saya kalau tahu doktor cakap isteri2 solehah ni pelacur..Not directly you cakap isteri ni pelacur, tapi you macam menyamakan standard isteri2 solehah ni dengan pelacur! Tak patut laa...Wallahualam....



Selamat Hari Lahir Abah..:D



Assalamualaikum w.b.t..Heloo everyone!!! ^_^

Actually this entry should be posted two days ago, because my dad's birthday was on 5th June. But today dah 7 Jun. Dah lewat 2 hari!!! Sorilah abah. Bukan sebab apa, time nak buat entry ni, USB untuk transfer pictures misplaced pulak.. Terpaksa la postpone! Dem u yu es bi..pffttt! So abah aku takde hak nak cop aku sebagai anak derhaka hokeyh! Takpe, aku tahu abah aku sayang aku. Jangan nak jeles2 pulak. Pegi sayang abah korang! Ni abah titeww..Aih sakit perut lak taip style mat rempit ni.huh!



So on 5th June, 2011, at 9pm, my family and I went to Arena Restaurant to celebrate my dad's birthday. Macam biasa lah kalau sambut birthday kan, what else do you expect? Mesti la ada kek besar, makanan penuh satu meja, lepas tu ada topi tinggi yang selalu budak2 pakai kalau nak celebrate birthday anak Makcik Bedah umur 5 tahun duduk sebelah rumah tu (ni optional,,bergantung kepada nama makcik yang duduk sebelah rumah korang), lagi best sebab pakai baju samaaaa je satu family! Best kan?? huhuhu.. 



IN YOUR DREAM LAAA WEHH! hoho.. Ni birthday golongan middle age, jgn berangan nak ada partayyyy pulak! Mestilah suasana dia macam ni, makanan penuh satu meja, lepas tu ada..................hmmm,,hah! Ada  ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Rasenye aritu cam ada bawak mainan tiup2 tu.....Ok takde pape -___-" ... Smpai situ, order makan, baca doa, makan. Ambik gambar sikit2 (tu pun kene cover2 sebab segan dengan orang kat restoran tu T_T ).. Lepas tu balik rumah sambung tengok tv channel AXN..



Esoknya, on 6th June, mak aku balik kerja bawak balik kekkkk tuuu! Untuk pengetahuan korang, aku memang hantu kek....Cis, ni tak termasuk dalam pengetahuan am yang patut diketahui Chuna! pffftttt!!! Ok lah, aku jadi teruja la nampak kek kan. So bila Along aku sampai je kat rumah dari tempat kerja, aku terus bangun. My mom thought aku bangun nak tolong bukakkan pintu. Mak aku silap besar la...ha ha ha..Aku sebenarnya bangun pergi dapur, ambik kek dalam peti ais, bawak pergi ruang tamu. Ouh, siap bawak pinggan and sudu2 sekali. Along aku tahu ni memang dia tak bagi aku elaun bulanan daripada gaji dia dah ni..deymm! Jap kene padam ni...tak bulih bagi along tahu! So bila Along aku sampai je kat rumah dari tempat kerja, aku terus bangun. My mom thought aku bangun nak tolong bukakkan pintu. Mak aku silap besar la...ha ha ha..Aku sebenarnya bangun pergi dapur, ambik kek dalam peti ais, bawak pergi ruang tamu. Ouh, siap bawak pinggan and sudu2 sekali. OK, BARU SENANG HATI. ALONG TAK TAHU DAH..BIJAK JUGAK AKU NI....:D :D :D



Ni serba ringkas pictures kitorang satu family. I love u abah! Happy Birthday yang ke- 58! And of course I love you mak! I love you along! I love you Ijah! I love you Pozan! Muahhhhhxxxxx!!!!! ^_^






Birthday boy! Oppss,,birthday man..hehe


Mommy! :)



Along :)


Ijah :)


Fauzan :)


Me with my hot mommy!









**** Merepek apa aku carik USB bagai, padahal kamera digital guna memory card yang boleh masuk direct kat laptop aku ni! Aku memang buta IT! Watdehek......pfffttt...... T_T





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...