Monday 30 January 2012

Mencipta Kenangan di Snow Walk!!! :D

Assalamualaikum warahmatullah! Hello beautiful people :D

Sebelum tamat tempoh Semester 5 aku hari tu, Encik Boyfriend berbaik hati ajak aku jenjalan pergi makan angin kat i-city (??) Aku pun tak faham kenapa aku menamakan "jenjalan kat i-city Shah Alam" tu sebagai makan angin. Nak pulak jarak i-city dan jugak rumah sewa aku ibarat sekangkang kera. Apatah lagi kat i-city tu hanya ada lampu-lampu berwarna-warni je pun, bukan ada air terjun untuk kami bermandi-manda, jauh sekali nak ada pasir putih on the seashore untuk kami bercanda di pasiran pantai dan melihat ombak laut berkejaran. 

Jadi apa sebabnya yang membawa kami sehingga ke i-city Shah Alam ni?? Apa?? APA?? Sebabnya ialah, firstly, Encik Boyfriend dah last semester buat MBA kat UiTM. So kami nak mencipta kenangan la kiranya ni... :D Secondly, beliau dah berjanji nak bawak aku masuk Snow Walk! Walaupun takde atmosfera seperti kat overseas, tapi dapat rasa sikit2 pun jadik la..iye dak? Snow Walk ni ada kat i-city nuu.. Boleh la try if nak rasa macam kat tempat bersalji :D 

Ada beberapa perkara yang korang kena tahu before masuk Snow Walk ni. Hari tu aku pergi, untuk daftar masuk kena bayar RM25 per person. Harga untuk kanak-kanak, aku tak sure. Maybe RM20 per person la kot. Sepatutnya ada tempat untuk sewa kasut, tapi hari tu kitorang pergi, booth tu dah tutup. Terpaksa la jenjalan pakai selipar je. Naik keras jari-jari kaki i tauuuu.... So sesiapa yang nak masuk, anda disarankan pakai kasut, gloves and stoking yang tebal dari RUMAH. Jaket disediakan. And yang paling penting, if nak take beautiful pictures, silalah bawa kamera sendiri ye. Sebab photographer memang disediakan, tapi makaihhh harga sekeping gambar RM 25. Memang takkkkk la naak beli kan...-_-" 

Now, kita layan gambar eh eh :D Tapi kualiti pictures tak berapa bagus, sebab pakai kamera henpon je, henpon Encik Boyfriend. Kalau guna henpon aku??? Lagi lah tak berkualiti. Pictures terus kabur, gelap gulita, hancur lebur..Maklum lah, henpon kita henpon cap hayamm je *kuis-kuis nasik dalam pinggan... T_T





















Thanks awak sebab belanja masuk Snow Walk. Awak nampak handsome sangat hari tu. Bahkan setiap kali awak belanja saya, awak nampak sangat handsome. Tak hairan lah semakin hari, awak nampak semakin handsome di mata saya. Eh! >_<




P/S: Kenangan tu boleh dicipta. Setiap kenangan lebih manis dengan adanya awak (Encik Bf, 2012)


I heart U 
>_< 


Saturday 28 January 2012

One Happy Family ~


Assalamualaikum warahmatullah :D Hello beautiful people! :D

Last Tuesday, my family and I hantar my youngest sister balik politeknik beliau kat sabak bernam. We had fun actually. Sebab dah macam jalan-jalan makan angin pulak. Mana taknya, satu family pergi kan. Dah macam nak hantar anak pergi belajar kat overseas pulak..-_-" 


Adik aku suggest pergi Bagan Nakhoda Omar. Sempat lagik singgah makan kat tepi laut! Fuh! Terbaik la seafood kat situ..Fresh amat! Aku order nasi goreng udang, sedapppp~ hehe.. Lepas tu, of course la jenjalan dan berlagak jadik model! Kelasss kau nyah~haha :D














One Happy Family !! :D




Bila sampai time nak tinggalkan adik aku kat poli, itu lah saat yang paling membahagiakan sebab takyah bersempit lagik dalam kereta!!! HAHAHAHA! *Joking*


Sudah semestinya adik aku yang terkenal sebagai ratu air mata akan menangis tanpa segan silu bila kitorang nak balik. Padahal setiap minggu boleh dikatakan beliau akan menjejakkan kaki di bumi Hulu Langat tercinta ni. Poodaahhh! 


Sekian~







Sunday 22 January 2012

Entry Malas Malas Bukan Rajin Rajin XD


Kali ni aku nak buat entry paling malas. Azab punya malas.

1) Aku dah habis exam. Yeay.

2) Takleh letak tanda seru kat "yeay" atas beberapa faktor.

   i)   Satu, aku tak jawab dengan gempak untuk last paper, subjek Insurance Law. 
   ii)  Encik Bf dah habis belajar dan dah nak balik Penang. Lepas ni susah nak jumpa. 
   iii) Aku tengah fikir nak buat apa cuti nanti. Sure bosan T_T

3) Aku nak qada tidur selama mana yang boleh sebab aku dah hilang banyak masa tidur sepanjang sem 5 ni! haha XD

Ok bye.





Monday 9 January 2012

Luahan hati on Project Paper and Final Exam!!!

Assalamualaikum..hello peeps! :D

Berkurun lama tak hapdet kan.. Dok baca blog orang je. Tapi tak update2 blog sendiri.hihi.. I am a very busy person for the next few weeks because sekarang ni tengah final exam. Sebelum2 ni pun busy jugak sebab kena siapkan project paper. Yeayyy! Finally dah siap project paper! Walaupun sampai bergaduh-gaduh dengan groupmates. haha! 

1) Bergaduh dengan groupmates.

Bergaduh dengan groupmates? Jeng jeng jeng! haha.. Tak nak salahkan sesiapa. Masing-masing ada kesilapan masing-masing. I admit on that malam durjana (haha!) I was very emotional because I can not control my emotion and I burst out. Aku marah sebab groupmates merungut nak balik cepat, and at that time aku tengah siapkan part editing. Editing part was so hard. Kalau senang sangat, then kenapa depa je tak buat, kan? Kenapa bagi aku? Then they have no right to complaint nak itu nak ini. Mula-mula aku tak cakap ape-ape. Aku just blah masuk bilik and I was very quiet, melenting ape pun tak. Suddenly my housemates, (yes, kitorang buat kerja kat rumah sewa aku), dengar dorang mengutuk aku. Hello guys! Korang dalam rumah sewa aku, and korang mengumpat aku. Bayangkan perasaan aku time tu. They were very rude. Very very rude. Then aku melenting. Memang aku melenting. Then one of them update status twitter cakap aku sial, bitch and etc. 

Then patut ke tak aku marah sebab perempuan tu update status kat twitter kutuk2 aku? Patut lah kan.. And tetibe ramai kawan2 dia bagi support kat dia sebab ada groupmate s*** macam aku. Kesian dia kan. Tapi aku takkan diam lah. Mentang2 aku takde twitter. Takpe, aku balas lah balik kat facebook, cakap aku dah buat kerja aku, so on what ground kau nak kutuk2 aku? Lain la cerita kalau aku tak buat kerja, time tu kau nak cakap aku sial pun takpe la. Ala, sebelum2 ni pun dia pernah maki aku kat twitter sebab tak reply mesej dia. Sis, awak bukan anak raja ye. Learn to respect others boleh? Why she must update status macam tu? Tidakkah dia tahu macam mana cara untuk menghormati orang lain? Awak tu dah 21, act like one la. And suddenly kawan baik dia cakap aku menagih simpati kat laman sosial. Dahhhh, kawan baik kau tu tak menagih simpati pulak? Sebab dah kecoh satu batch, baru kau orang tahu nak stop mengutuk, tak gitu? Apa rasa orang bercakap pasal korang pulak? Seronok?

One of my groupmates dah apologized. Serius, aku tak ambik hati. Tapi yang aku terasa, benda ni jadi teruk sebab orang luar pun dah tahu hal2 dalaman group kitorang. Then tetibe the girl yang kutuk2 aku tu mesej mintak maaf, like 1 week after that incident. And she said that, what is past is past. Ewah2, mintak maaf takde ape semua, senang je cakap yang dah lepas tu biar lepas. Mana belajar ni dik? Hari ni kau maki orang, esok kau cakap what is past is past. Esok maki orang balik, lusa kau cakap what is past is past. Takyah mintak maaf ape semua. Orang lain boleh la kau pijak2, aku kau jangan buat main. Memang aku nampak lembut. Tapi tu semua luaran je. Kau malu orang cakap kau tak buat kerja kan? Demi Allah, semua yang orang cakap tu, bukan disampaikan dari mulut aku. Kau lupa ke housemates aku tu batchmates kita jugak. Jangan ingat aku nak tagih simpati sangat la ok. Kau bukan sape2 untuk aku ambik peduli. Serius meluat dengan perangai kau. Dok kutuk orang sana sini. Yang kawan baik awak tu, dia tak tau tu awak ada mengutuk dia jugak. Kalau dia tau, apa perasaan dia eh? Ingat, awak tu bukan malaikat ok!




                       Haa, ni lah hasilnya..heee :)


2) FINAL EXAM!!!!!

Alhamdulillah, siang tadi dah settle my first paper- Islamic Family Law. Jangan main-main, ingat senang ke paper ni? Susah amat. Sebab? First, kena hafal surah2 dalam Al- Qur'an. Secondly, kena letak opinions on various mazhab. Thirdly, kena hafal kes yang berlambak-lambak and setiap satu kes, semua fakta berbeza. For example, kes muta'ah, setiap satu kes fakta lain2 and jumlah yang seorang isteri boleh dapat pun lain2. Lastly, kena menulis laju-laju seperti machine gun for 3 hours straight sebab takut tak sempat jawab semua soalan!  Nak angkat kepala tengok orang pun tak sempat... Just imagine, soalan 5 markah pun kena letak at least 1 ayat al- Qur'an, opinions on mazhab, and cases; at least 2 cases. Soalan 5 markah pun aku jawab dua muka surat. The best part is, for Part A ada 6 soalan, Part B ada 2 soalan, tak termasuk anak2 nya, and Part C ada 1 soalan tak termasuk anak2 nya. 

And kalau korang nak tau, for me, this paper is the easiest, i repeat, the EASIEST paper to score. Kalau yang banyak macam ni pun aku dah kata senang, bayangkan paper lain macam mana pulak. This sem ada 6 paper I have to seat for final. Ok, aku pengsan kejap T_T 

I'm very sure yang setiap orang pun from different courses pun mesti ada pengalaman macam ni kan. Yang penting, kita usaha, doa and tawakal. Insyaallah, boleh jawab. Peringatan untuk diri sendiri :) 

Akhir kata, wish me luck ok friends ! Please pray for me :D :D :D


* Ok, stay up malam ni. Two killer paper are coming soon. AND TAKDE GAP! WHY????? T_T


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...