Saturday 10 November 2012

Rasa.


Kepada Allah.


Hari ini hatiku disakiti oleh seseorang. Dia terlalu sombong dengan kepandaian yang Kau anugerahkan kepadanya sehinggakan pendapat aku diketepikan. Bukanlah aku berdendam, tapi aku berharap semoga Kau tunjukkan pengajaran kepadanya agar jangan terlalu takbur dengan kurniaanMu.


Aku tidak menangis apabila dimarahi, aku tidak marah apabila dijauhi, dan aku tidak berdendam apabila disakiti. Tapi dari dahulu sehingga sekarang, aku kuat kerana aku selalu yakin yang Kau akan buktikan siapa yang betul dan siapa yang salah akhirnya. Semakin ramai yang membenci, semakin ramai juga yang menyayangi. Aku takkan mengeluh jika setakat ini rezekiMu kepadaku.


Masih jauh perjalanan aku di sini. Semoga Kau mengurniakan semangat yang kuat kepadaku.  


Amin.


Monday 5 November 2012

Syurga.


Cabul langkah percaturan
Kiri dan kanan sedikit tidak kau hiraukan
Kau robek tapak sabar
Apa kau fikir kau terlalu besar?

Ramai memandang tidak percaya
Namun, kau bangga mendabik dada
Konon kau menongkah arus dusta
Kau gunakan agama sebagai senjata

Bukankah Islam agama yang mudah
Mencari saudara, menolak amarah
Tapi cerca nista yang kau hamburkan
Kini kau kata itu ajaran tuhan?

Apakah sudah hilang peradaban
dalam diri seorang perempuan?
Sudah hancurkah rasa rendah hati
dalam diri seorang lelaki?

Kita sama di mata Allah
Amalan yang membezakan setiap darjah
Jangan kau bongkak kuatnya agama
Belum tentu jaminanmu syurga.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...