Monday 22 August 2011

Kenapa orang panggil saya Chuna?



Assalamualaikum warahmatullah..Hye everyone! :D :D :D


Kira-kira 12 tahun yang lalu, pada tanggal 17 Ogos, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di Hospital Besar Kuala Lumpur. Setelah dipikir-pikir nama apakah yang sesuai untuk bayi perempuan ini, maka ibu bapa beliau pun menamakan beliau dengan nama Nabilah Husna. Nabilah bermaksud cerdik atau mahir. Husna pulak bermaksud kebaikan. Dengar cerita, atuk baby comel ni yang bagi nama. Tak kisah la kan, janji baby ni enjoy! (??????)  -_-"


Hari berganti hari, tahun bersilih ganti, maka bayi ini pun telah menjejak ke usia kanak-kanak. Sudah menjadi lumrah, time-time kecik cenggini la manusia akan merasa takjub melihat kanak-kanak. Standard la tu..Teruja kena lebih..Macam-macam nak tanya, nama la, umur berapa la, itu lah ini lah..Macam mana saya tahu??? Saya pun manusia seperti anda :D



"Adik ni sape nama?" Makcik Bedah bertanya sambil mencubit pipi kanak-kanak itu.

"Umur berapa?" Makcik Senah pulak bertanya.

"Dah pandai cakap ke belum ni sayang? " Makcik Tipah pulak menyoal.


Ek eleh makcik-makcik ni..Ingat budak ni kaunter pertanyaan ke ape??


"Jawablah dik, makcik tanya tu.." mak kanak-kanak tersebut bersuara.

"Anak aku ni pemalu. (haktuihhhh!) Umur dia 2 tahun. Pandai dah cakap tapi pelat lagi.." mak budak tersebut bersuara lagi. Kanak-kanak itu tersipu-sipu malu. Alahai, pemalu sungguhhh......(sila pengsan sekarang!)


"Nama saya Nabilah Hucna.."kata kanak-kanak tersebut sambil menyorok di belakang emaknya.


"Bukan Nabilah Hucna la dik. Nabilah Husna. hehehe..Tu lah, anak aku ni pelat lagi..Sebut nama pun tak betul.." mak budak tersebut membetulkan.


Setelah beberapa lama, akhirnya nama Hucna pun transform jadik Chuna di kalangan ahli keluarga beliau dan melekat lah nama itu padanya sehingga lah beliau dewasa.... Err tak dewasa sangat lah.. Sekarang ni saya baru 12 tahun..tehehehehehe.............................:) :) :)



Aku sewaktu berumur 2 tahun.                   




































P/S: Nama dan pelaku di dalam cermen (cerita menipu) ini tiada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Malah cerita ini telah banyak ditokok tambah bagi menyedapkan jalan cerita.





K bye!





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...