Monday 6 February 2012

Maulidur rasul :)


Assalamualaikum warahmatullah.. Hello beautiful people! :)

Selamat menyambut Maulidur rasul buat semua umat musimin dan muslimat di seluruh dunia. Pada hari yang berbahagia ini, aku terasa nak buat entry supaya kita mengenang Rasulullah dan perjuangan baginda dalam menyebarkan dan menegakkan agama Islam. Wajarlah sesuatu yang baik itu kita kongsi bersama. Nak pulak mengenai Rasul terakhir junjungan kita. 

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabi'ulawal, tahun Gajah di Makkah al Mukarramah. Baginda merupakan putera kepada Aminah dan Abdullah. Perjuangan baginda menyebarkan Islam bermula apabila baginda mendapat wahyu daripada Allah di Gua Hira' pada usia baginda 40 tahun. Ini bukan lah kisah mengenai life begins at 40 ye kawan2. Ini merupakan titik tolak di mana perjuangan Rasulullah bermula, dalam menegakkan Islam dan sekaligus mengembangkan ajaran Islam.

Rasulullah telah mendapat pelbagai macam kutukan, cacian dan makian dalam proses untuk menyebarkan syiar Islam. Malah pernah juga Rasulullah dilemparkan najis oleh orang2 kafir. Bayangkan betapa susahnya Rasulullah nak menyampaikan dakwah Islam ni. Tak cukup dengan itu, pada waktu itu bapa saudara baginda iaitu Abu Jahal cukup kuat menentang ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad. 


Rasulullah telah menyampaikan Khutbah terakhir baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah pada 9hb Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah. Baginda seolah-olah mengetahui bahawa ajal baginda sudah semakin hampir. Baginda meminta supaya umatnya berpegang kepada ajaran Islam, berpegang kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah, supaya manusia tidak tersesat selama-lamanya. 

Rasulullah juga merupakan seorang nabi yang amat mencintai umatnya. Pada saat-saat kewafatan Nabi Muhammad, baginda telah meminta haknya kepada Allah. Apabila perkhabaran Syurga untuk baginda disampaikan oleh malaikat Jibril, baginda masih kelihatan cemas dan tidak tenang. Baginda masih resah gelisah mengenai nasib umatnya sesudah kewafatan baginda. Maka Allah telah berfirman "Sesungguhnya Aku mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."   Malah, sehingga nafas terakhir baginda, mulut baginda masih menyebut "Ummati! Ummati! Ummati!" Umatku Umatku Umatku! Begitu agung cinta Rasulullah kepada umatnya sehinggakan kita menjadi kerisauan baginda sehingga lah saat Izrail menarik nyawa dari jasad baginda.


Begitulah serba sedikit kisah hidup nabi Muhammad, nabi junjungan kita. Begitu tingginya darjat baginda di sisi Allah. Seharusnya kita sebagai umat baginda untuk mengenang kembali perjalanan sirah baginda. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Amin :) 










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...