Monday 30 January 2012

Mencipta Kenangan di Snow Walk!!! :D

Assalamualaikum warahmatullah! Hello beautiful people :D

Sebelum tamat tempoh Semester 5 aku hari tu, Encik Boyfriend berbaik hati ajak aku jenjalan pergi makan angin kat i-city (??) Aku pun tak faham kenapa aku menamakan "jenjalan kat i-city Shah Alam" tu sebagai makan angin. Nak pulak jarak i-city dan jugak rumah sewa aku ibarat sekangkang kera. Apatah lagi kat i-city tu hanya ada lampu-lampu berwarna-warni je pun, bukan ada air terjun untuk kami bermandi-manda, jauh sekali nak ada pasir putih on the seashore untuk kami bercanda di pasiran pantai dan melihat ombak laut berkejaran. 

Jadi apa sebabnya yang membawa kami sehingga ke i-city Shah Alam ni?? Apa?? APA?? Sebabnya ialah, firstly, Encik Boyfriend dah last semester buat MBA kat UiTM. So kami nak mencipta kenangan la kiranya ni... :D Secondly, beliau dah berjanji nak bawak aku masuk Snow Walk! Walaupun takde atmosfera seperti kat overseas, tapi dapat rasa sikit2 pun jadik la..iye dak? Snow Walk ni ada kat i-city nuu.. Boleh la try if nak rasa macam kat tempat bersalji :D 

Ada beberapa perkara yang korang kena tahu before masuk Snow Walk ni. Hari tu aku pergi, untuk daftar masuk kena bayar RM25 per person. Harga untuk kanak-kanak, aku tak sure. Maybe RM20 per person la kot. Sepatutnya ada tempat untuk sewa kasut, tapi hari tu kitorang pergi, booth tu dah tutup. Terpaksa la jenjalan pakai selipar je. Naik keras jari-jari kaki i tauuuu.... So sesiapa yang nak masuk, anda disarankan pakai kasut, gloves and stoking yang tebal dari RUMAH. Jaket disediakan. And yang paling penting, if nak take beautiful pictures, silalah bawa kamera sendiri ye. Sebab photographer memang disediakan, tapi makaihhh harga sekeping gambar RM 25. Memang takkkkk la naak beli kan...-_-" 

Now, kita layan gambar eh eh :D Tapi kualiti pictures tak berapa bagus, sebab pakai kamera henpon je, henpon Encik Boyfriend. Kalau guna henpon aku??? Lagi lah tak berkualiti. Pictures terus kabur, gelap gulita, hancur lebur..Maklum lah, henpon kita henpon cap hayamm je *kuis-kuis nasik dalam pinggan... T_T





















Thanks awak sebab belanja masuk Snow Walk. Awak nampak handsome sangat hari tu. Bahkan setiap kali awak belanja saya, awak nampak sangat handsome. Tak hairan lah semakin hari, awak nampak semakin handsome di mata saya. Eh! >_<




P/S: Kenangan tu boleh dicipta. Setiap kenangan lebih manis dengan adanya awak (Encik Bf, 2012)


I heart U 
>_< 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...