Monday 20 June 2011

Manja, tapi gagah!



Assalamualaikum warahmatullah..Hello everyone! ^_^


Kalau korang perasan, budak2 zaman sekarang semua da mewah! Hand phone tanak lagi canggih, ade kamera la, ade walkman la. Pastu dalam henfon tu ada macam2 applications wa cakap sama lu bro!huhu.. Contoh paling dekat, adik aku la. Baru From 2, dah macam2 hand phone beliau tukar! Kalau nak compare dengan aku, setakat Nokia 3310 tu, dari abes sekolah menengah mak aku belikan untuk aku, sampai laaa ni bernyawa lagi..5 tahun dah aku guna phone tu.. Mak aku belikan dulu pun sebab aku keje part time kat KL nun. Aku mula2 juai mahal la kan.. Aku siap cakap, mommy, why u belikan i henpon ni? I boleh call mommy guna public phone je mommy! Mak aku pun jawab, kau gila takde henfon?? Macam mana kau nak tepon mak kalau terlepas bas ke, tepaksa balik lambat ke?? SEE! Mak aku paksa, aku ambik je..muahahaha!



Tapi zaman kemewahan ni dah bermula dari zaman persekolahan aku sebenarnya. Dulu aku jaki jugak tengok member2 ada henfon kan. Siap mak bapak bagi duit lebih kot suruh topup! Cemburu? Ye memang aku cemburu..Tapi aku fikir, aku takde kepentingan nak pakai henfon pun time tu. Setakat nak bergayut dengan besties sejam dua, guna tepon rumah pun boleh. Apa ada hal? Mak abah aku rilek je..kikiki..



Dulu duit belanja sekolah aku pun paling banyak dua hengget je tau..Aku pulak si penyimpan duit paling terunggul bak kata mak abah aku la.. Aku bawak bekal pergi sekolah. Memang tak bersentuh la kan duit belanja sekolah aku tu. Kadang2 bila abah hantar aku pergi sekolah tiap2 pagi, aku cakap, daddy, takyah la daddy bagi duit belanja harini. Sebab duit belanja sekolah semalam I tak guna pun lagi. Abah aku lagi dia risau ade la. Beliau risau anak dia tak makan..Alahai daddy, ape guna bekal mommy siapkan pagi2 ni..hehehe



Bila aku dapat keje part time kat satu kedai roti kat satu shopping mall, first gaji aku tu, aku beli sweater kaler krim kesayangan aku. Korang bayangkan, aku tak penah ade sweater selama ni. Aku beli sweater sebab aku tak tahan kena angin malam time tunggu bas lepas balik keje. Dah la kena tukar bas sampai 2 kali. Kena aircond dalam bas lagi. Huih, boleh pecah rusuk kot kalau tak pakai sweater!huhu.. Sweater tu tak pernah berganti, and sekarang dah 5 tahun jugak usia dia. Nikmat beli barang2 guna duit sendiri ni, kita tahu nak menjaga and menghargai barang tu. Sampai sekarang sweater tu masih cantik lagi dan masih boleh digunakan..:)



Lepas tu aku sambung belajar Asasi Law kat UiTM Merbok Kedah. Second semester, dengan duit biasiswa aku yang seribu hengget per sem tu, aku beli my second handphone, brand Sony Ericsson, kaler pink lagi wooo..hihihi..Aku fikir sebab aku memang dah teringin sangat nak ada henfon berkamera and boleh dengar lagu, aku beli la satu. Tapi henfon lama tak buang ok! Henfon lama aku pakai sim card maxis. Henfon baru pulak aku guna sim card celcom untuk memudahkan aku call my parents yang guna line celcom. Plus, guna duit sendiri pun kan..Plus, duit biasiswa aku tu dari first sem sampai la ke second sem, elok je dalam bank islam aku tak berusik2. Kenapa? Hah, sebab kat Merbok tu apa sangat la yang ada? Nak keluar jalan2 pun tak memerlukan cost yang tinggi. Murah je kos kehidupan kat sana..




Bila dah terbiasa guna duit sendiri untuk beli kemudahan sendiri, aku jadi seorang yang penjimat. Err I mean, bertambah berjimat.hehe.. Every new semester, aku akan beli barang2 aku guna duit aku sendiri, kalau boleh aku tak nak susah kan mak abah aku. So aku seboleh-bolehnya nak dapatkan result bagus so that aku boleh mohon biasiswa JPA for my degree. Alhamdulillah, cgpa aku 3.51 and aku rasa lega sangat time tu, ada chance lah aku nak apply biasiswa. Akan tetapi, disebabkan ramai sesangat la students yang brilliant dapat DL, aku ni berada sekadar di pinggiran..sob sob sob :'(  Frust betul aku dibuatnya bila aku tak disenaraikan dalam list scholarship JPA tu, paling rendah cgpa yang diorang terima is 3.60..Demmit! Kurang 0.09 pointer je! wuuwuwuwu.....T_T




Sebenarnya, aku bangga macam ni. Aku bangga bila semua benda yang aku dapat sekarang sebab hasil usaha aku sendiri. Even though aku tak dapat apa yang aku nak, aku tahu macam mana nak berusaha lebih lagi untuk dapatkan apa yang aku nak. Aku bersyukur sebab aku tak diajar hidup dalam kesenangan membabi buta, jadi bila aku jatuh, aku tahu macam mana nak bangun balik. Bila aku upset, aku tahu nak sembunyikan. Bila aku gembira, aku tahu berpada-pada. Semua ni ajar aku jadi manusia yang kuat. Alhamdulillah :)




Ihsan dari Google.kikikiki...







Ok, kenapa dah dramatik sangat ni? =,=







Anyway, adik sayang mak and abah sangat2! Azam adik cuma satu je, dari dulu sampai sekarang, adik nak buat mak and abah proud of me..amin! ^_^






BYE!lalalalala :D







2 comments:

  1. haaa..kedai roti 2..leisure mall kn..I likeee..aida pnah amik pic ngan akak kt situ..ingat x ingat x??hehe..

    ReplyDelete
  2. ingat2..haha..time tu tgh bz gile..korang pun kecik2 je lg time tu..hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...