Thursday 26 May 2011

Special Entri: Apabila Cik Diva nak kahwin..lalalala ^_^




Kriuk kriuk kriukkk!! (perut berbunyi)

CHUNA: Fara, kau tak lapar ke? Aku dah lapar ni..

FARA: Gila kau, aku pun lapar gak ni. Jom makan kehepsi la nak??

Chuna mengangguk laju-laju mendengarkan cadangan Cik Cantik. KFC pun boleh la, kena gastrik kang siapa nak bertanggungjawab?? Bila dah kena gastrik baru nak aplikasikan konsep pepatah lama "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna", korang boleh la slow2 belajar lupakan hasrat murni korang tu ! 

Chuna dan Cik Cantik sebenarnya datang ke Shah Alam dari Hulu Langat kerana Chuna ingin memulangkan buku di library, manakala Cik Cantik pula ingin membeli pisau untuk kegunaan semester hadapan. Chuna dan Cik Cantik memilih untuk makan di KFC Seksyen 2, bersama-sama dengan adik Cik Cantik yang study di UNISEL Shah Alam. Lepas makan tu, kitorang singgah kat rumah sewa Chuna di Seksyen 2 jugak. Oh, ada orang rupanya di rumah ! Ada Cik Diva, Cik Finaz dan Cik Fiza :D :D Rindu kot kat diorang..hehe..

Cik Diva rupanya sedang pening nak buat guests list for her wedding bulan 7 ni! Banyak pulak tu tetamu beliau jemput..patut lah pening..aiyooo *_*

 ..................................................................................................................................................

TAPI TAPI DAN TAPI,,,,
Chuna tetap eksaited sebab Cik Diva dah nak kahwin! Lepas ni, Chuna mesti rindu nak gaduh dengan Cik Diva ni pasal peribahasa melayu yang beliau asyik salah cakap..huhu.. Ada ke mandi badak?? Sepatutnya mandi kerbau ok! Lagi satu, apa tu membantang?? Membangkang la mak cik!! hohoho.. Tapi Cik Diva ni ape dia kisah. Salah cakap pun konfiden je, macam la betul..haha.. Sebab tu I call her Cik Diva, sebab dia ni diva sangat tanak mengaku salah peribahasa! hihihi :D :D

Cik Diva ataupun nama sebenar beliau 'Aisyah Bukhari, seorang yang sangat best! Walaupun I selalu usik u, gelakkan peribahasa melayu u yang tak betul tu, tapi I sangat sayang u..awww!! I hope Cik Diva happy dengan encik tunang berbahagia hingga ke akhir hayat..AMIN :D 

Jom usha pictures Cik Diva waktu beliau bertunang baru-baru ni.. ^_^


Cantik kan Cik Diva..hehe



Cik Diva dan Encik Tunang <3




 Chuna dan Cik Diva :D


Chuna, Cik Diva dan Cik Model :D




May Allah bless both of you.. 
Aisyah & Muadz 



^_^






2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...