Tuesday 19 July 2011

Cik Diva to Puan Diva :D



Assalamualaikum w.b.t..

Ke hadapan Puan Diva dan suami..


Diharapkan anda berdua sihat dan selamat hendaknya. Puan Diva, maafkan saya kerana tidak dapat menghadiri majlis persandingan anda pada hari Ahad yang lalu, 17 Julai 2011. Ini adalah kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya juga khuatir tetamu2 Puan Diva akan lari melihat saya kerana saya telah diserang chicken pox.


Puan Diva, saya tahu, awak mesti rase sedih bila saya tak dapat menghadiri majlis awak bukan? Maklum lah, saya sebagai salah seorang VVIP tidak dapat memenuhi undangan anda. Jangan bersedih Puan Diva, cuba lagi di acara lain. Misalnya acara melenggang perut atau pun majlis cukur jambul baby Puan Diva dan suami, InsyaAllah. Amin.


Kepada Encik suami Puan Diva, saya selalu cakap dengan Puan Diva yang dia bertuah bersuamikan awak. Tapi awak pun jangan lupa, awak juga bertuah beristerikan sahabat saya ni. Puan Diva seorang yang sangat peramah, comel, havoc tapi at the same time beliau sangat hormat Encik suami. Baik kan beliau? hehehe..Saya mintak, Encik suami jagalah Puan Diva baik2 ye :)


Baiklah, sampai di sini sahaja. Saya syak orang lain mesti tertanya-tanya pulak apekehenye saya menulis surat dalam blog. Tak kenal kah saya pada pejabat pos?? hehe..Saya doakan anda berdua bahagia dan kekal sepanjang hidup. Dapat zuriat yang soleh dan solehah. Amin. :D  



Ouh ouh ye..saya sayang awak my housemate @ my roommate @ my BFF @ Puan Diva- 
Puan 'Aisyah Bukhari.






                                                       

Ikhlas daripada,
Nabilah Husna @ Chuna






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...