Aku bukan pencinta haiwan. Tapi pelik, macam mana aku yang bukan pencinta kucing tiba-tiba boleh terjatuh sayang kat depa ni.. hehe.. Kuasa Allah. Sekejap je boleh terbalikkan hati aku. Sekarang ni bila jauh pun aku teringatkan diorang. Weird huh? :p
Thursday, 30 August 2012
Monday, 27 August 2012
Jus Belimbing di akhir Ramadhan
Aku bukan jauharimu yang tegar
Mengenalimu cuma sebagai sahabat kakak
Hanya dapat ku visualkan daripada penceritaan
Kadang ku simpan, kadang samar di fikiran
Kakak banyak memuji kamu
Tawa kakak jarang mengalah bila menyebut tentang kamu
Sedih kakak sekejap dengan nasihat kamu
Kakak begitu menyanjung kamu, itulah interpretasiku
Ramadhan tiba menyambut umat
Tetapi kakak selalu pulang lambat
Ku kira kerja menimbun menjadi punca
Rupanya melawat kamu di hospital setelah berbuka puasa
Seminggu terakhir Ramadhan
Keadaan kamu semakin membimbangkan
Kakak minta kamu bertahan
Syawal bakal menjelma dan kakak akan bawa kamu jalan-jalan
Kau pinta kakak urutkan kakimu
Kakak buat
Kau pinta kakak melawat kamu selalu
Kakak buat
Cuma satu,
Pintamu supaya kakak belikan jus belimbing buatmu
Tidak kakak tunaikan
Doktor berpesan buahan patut kamu jauhi
Kerana itu kakak berkeras tidak mahu membeli
4 syawal
Kau sudah tidak boleh bersuara
Jari jemarimu keras tidak boleh merasa
Kakak mula menangis
Tapi kakak cuba optimis
Dalam senyum kau memberi isyarat
Meminta kakak supaya lebih kuat
5 Syawal
Setelah 24 jam bertarung nyawa dalam koma
Kamu akhirnya pergi buat selamanya
Kakak menggoncangkan perlahan bahumu
Kakak masih menagih janji-janjimu untuk sihat seperti dulu
Berlagu-lagu tangis kakak sehingga rebah dalam sendu
Doktor memeriksa seluruh badan
Sambil menitipkan waktu kematian
Dengan sisa iman, kakak menghubungi semua kawan-kawan
"Shawal sudah tiada", pesanan bersama tangisan
Kakak masih terasa dengan kehilanganmu
Tapi di saat-saat terakhir nyawamu,
kakak puas kerana dapat menemanimu
mengharungi Ramadhan dan Syawal terakhir bersama denganmu
Sesungguhnya sedikit pun kakak tidak terkilan
Jus belimbing untuk kamu tidak dibelikan
Kerana kakak mahu menjaga kesihatanmu
Kakak harap kamu faham tentang itu
Tenanglah kamu di sana
Kami akan selalu mendoakanmu ....
Al- Fatihah buat abang Ahmad Shawal Amir Rahman yang telah meninggal dunia kerana lymphoma dan kanser darah.
" Ya Allah, tempatkanlah hambaMu ini di sisiMu. Sesungguhnya dia banyak menggembirakan manusia di sekelilingnya. Maka, gembirakan lah dia dengan memuliakan darjatnya di sisiMu. Amin ya Rabb al 'alamin..."
Subscribe to:
Posts (Atom)