Sunday, 30 December 2012

Sujud



Banyak lagi perlu aku cari
Sepanjang perjalanan abadi
Ku tahu banyak noda tidak tercuci
Berona hitam, busuk dan kotor
Ku takut dengan janji Illahi
Dan tidak ku mahu berpaling atur


Sujudku pada kuasaMu
Kau Yang Satu
Tetapkanlah hatiku 
Amin



Saturday, 10 November 2012

Rasa.


Kepada Allah.


Hari ini hatiku disakiti oleh seseorang. Dia terlalu sombong dengan kepandaian yang Kau anugerahkan kepadanya sehinggakan pendapat aku diketepikan. Bukanlah aku berdendam, tapi aku berharap semoga Kau tunjukkan pengajaran kepadanya agar jangan terlalu takbur dengan kurniaanMu.


Aku tidak menangis apabila dimarahi, aku tidak marah apabila dijauhi, dan aku tidak berdendam apabila disakiti. Tapi dari dahulu sehingga sekarang, aku kuat kerana aku selalu yakin yang Kau akan buktikan siapa yang betul dan siapa yang salah akhirnya. Semakin ramai yang membenci, semakin ramai juga yang menyayangi. Aku takkan mengeluh jika setakat ini rezekiMu kepadaku.


Masih jauh perjalanan aku di sini. Semoga Kau mengurniakan semangat yang kuat kepadaku.  


Amin.


Monday, 5 November 2012

Syurga.


Cabul langkah percaturan
Kiri dan kanan sedikit tidak kau hiraukan
Kau robek tapak sabar
Apa kau fikir kau terlalu besar?

Ramai memandang tidak percaya
Namun, kau bangga mendabik dada
Konon kau menongkah arus dusta
Kau gunakan agama sebagai senjata

Bukankah Islam agama yang mudah
Mencari saudara, menolak amarah
Tapi cerca nista yang kau hamburkan
Kini kau kata itu ajaran tuhan?

Apakah sudah hilang peradaban
dalam diri seorang perempuan?
Sudah hancurkah rasa rendah hati
dalam diri seorang lelaki?

Kita sama di mata Allah
Amalan yang membezakan setiap darjah
Jangan kau bongkak kuatnya agama
Belum tentu jaminanmu syurga.




Wednesday, 31 October 2012

Dry Heart. (terjemahan secara terus daripada bahasa melayu)


Situasi:


BF:     Helo! ha, dah siap ke belum?

GF:     Kejap kejap, nak keluar dah ni.

BF:    Lambat! Saya pegi dulu la, nak jumpa member dulu. Awak tunggu la, sejam lagi saya datang                       balik.

GF:     Tapi.....saya dah siap. Tinggal nak keluar je ni. (sambil bukak pintu pagar)

BF:     Vrooommmmmm!!!! (Dah jalan....)

GF:     Sobsss.... :'(



Yes, he is my bf. Hati kering. But tak kisah la. Pengajaran: Siap on time. Kalau tak, tinggal!



Sekarang, rasa beruntung tak bf sanggup tunggu awak bersiap lama-lama? So, kalau si dia membebel, awak tahan jela telinga tu eh. haha..



Bye!







Monday, 29 October 2012

Sedia untuk Bertatih.


Cari aku dalam keterbatasan waktu
Meniti norma-norma kehidupan
Gelak tawa yang semakin sayup
Udara yang semakin sukar untuk dihirup
Senyap dan diam,
Juga resah, membungkam di dadaku


Ku kira percaturan masa semakin menghimpit aksaraku
Ku takut melebihi kemampuanku
Susur galur beriak sumbang
Sengaja aku biar pincang
Agar tidak terhanyut jauh
Dalam meraih arah tuju


Cari aku dalam warna warni kerinduan
Membilang setiap satu kenangan
Aku relakan diri menipu hati
Mengoyak sanubari
Melihat sisa-sisa kehidupan yang telah pergi
Tapi aku janji aku akan datang kembali


Sungguh, jalan ini yang aku pilih
Maka aku sedia untuk bertatih.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...